PERKEMBANGAN PENERBANGAN AWAM DI ALAM MELAYU

Oleh : Kuah Guan Oo
Foto oleh : Saliman Leman

Penyertaan orang Melayu dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) termasuk yang memegang jawatan penting boleh dibanggakan, kata Felo Penyelidik Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kapten Mohd Azharuddin Osman di sini hari ini.

Kini terdapat seramai 952 orang juruterbang Melayu atau 65% daripada sejumlah 1474 juruterbang, manakala daripada sejumlah 3811 pramugara/pramugari, 2132 atau 56% adalah orang Melayu.

Beliau menyifatkannya sebagai suatu perkembangan yang amat membanggakan jika dibandingkan dengan keadaan dalam syarikat itu pada 1973 sewaktu beliau mula bertugas dengannya di mana lebih daripada 60% daripada kakitangannya adalah orang asing.

Kapt Azaruddin, Pengarah Operasi MAS, memberikan angka-angka itu di dalam wacananya mengenai “Perkembangan Penerbangan Awam di Alam Melayu” di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, di sini hari ini. Wacana itu adalah yang julung kali diberikan seorang pakar penerbangan awam.


Beliau yang telah dilantik sebagai Felo Penyelidik Bersekutu ATMA,  menerangkan bahawa dalam pengurusan atasan MAS (naib presiden ke atas) 13 daripada 16 orang pegawai syarikat itu adalah Melayu.

Dilahir di Kota Bharu, Kapten Mohd Azaruddin berkhidmat dengan MAS  selepas menjalani latihan yang dikendalikan oleh Qantas di Sydney. Mulai sebagai seorang pembantu juruterbang, beliau telah menerima latihan tambahan dan kenaikan pangkat untuk mengendalikan pesawat Fokker 27 dan B737 hingga ke B747-400 yang boleh memuat 359 penumpang dengan kelajuan 918km/jam.

Beliau masih memandu pesawat sekali sebulan untuk penerbangan jarak jauh ke London, Amsterdam dan Sydney.

Kapten  Azaruddin berkata sejarah penerbangan awam di Malaysia bermula pada 1937 apabila Wearnes Air Service ditubuhkan dengan memulakan penerbangan domestik. Malayan Airways Ltd (MAL) ditubuhkan pada 1947 memulakan penerbangan komersial dengan menggunakan pesawat Airspeed Consul.

Semasa Malaysia ditubuhkan pada 1963 MAL ditukar nama kepada Malaysian Airways Limited dan pada 1965, Borneo Airways Limited yang ditubuhkan pada 1957 digabungkan dengan MAL.
 

Pada 1967, MAL dirombak menjadi Malaysia Singapore Airlines (MSA) dan pada 1971, kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju supaya kedua negara itu menubuhkan syarikat penerbangan masing-masing, dengan MAL ditukarkan kepada Malaysian Airline System.

Pada 23 Julai 1972, pesawat pertama B737 tiba dari Seattle dan MAS dilancarkan secara rasmi pada 30 Sept 1972.

Pada 1 Okt 1972, penerbangan pertama MAS bermula dari Kuala Lumpur ke Singapura yang dipandu olek Kapten Hassan Ahmad, seorang bekas guru yang juga menjadi kapten pesawat udara Melayu yang pertama di Malaysia pada 1965. Kapten Hassan juga telah menjadi Pengarah Operasi Penerbangan Melayu yang pertama dan telah bersara pada 1992.

Kapten Mohd Azaruddin berkata beliau bangga dengan perkembangan MAS yang telah menjadi suatu jati diri negara (national flag carrier) dan pasti “wau bulan” itu berterusan ujud apabila beliau bersara kelak.

Sumber : http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/670-malay-involvement-in-public-air-transportion-is-encouraging-says-ukm-fellow.html

Post a Comment

1 Comments

  1. Definitely believe that which you stated. Your favorite justification seemed
    to be on the web the simplest thing to be mindful of. I say
    to you, I definitely get annoyed even as other people think
    about worries that they just don't realize about. You managed to hit the nail upon the highest as smartly as outlined out the whole thing with no need side-effects , folks can take
    a signal. Will likely be back to get more. Thanks

    my homepage ... learning management systems

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.