PROFILE PANGLIMA TENTERA DARAT YANG BARU (PANGLIMA TENTERA DARAT KE-25)


Oleh : Akh.Dit (Tentera Darat Malaysia)

JENERAL DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR

PJN SPKK SPMT PSAT DGMK DSDK DSAP DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN PNBB (Moz) ndc mpat 
psc MDef Studies (UNSW) MSc Strat and Def Studies (QAU)

Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dilahirkan di Kg. Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kg Raja, Besut Terengganu. Setelah menamatkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, beliau telah mengikuti latihan sebagai Pegawai Kadet di Pusat Latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan telah ditauliah sebagai Leftenan Muda di dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.

Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, di sepanjang karier beliau telah memegang pelbagai jawatan sebagai Pemerintah dan Pegawai Staf dalam ATM. Semasa menjawat jawatan Ketua Platun dan Ketua Kompeni beliau telah terlibat secara langsung di dalam menentang pengganas komunis. Selain dari penugasan operasi, beliau juga telah terlibat dengan berbagai latihan ketenteraan samada di dalam negara mahupun di luar negara. 

Di sepanjang karier sebagai pegawai tentera, beliau telah menyandang beberapa jawatan yang turut melibatkan kenaikan pangkat beliau. Di antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Jurulatih di PUSASDA, Pegawai Memerintah 18 RAMD, Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Pegawai Staf 1 Perkhidmatan Anggota di Markas Tentera Darat, Ketua Staf 3 Markas Divisyen dan Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan serta Panglima 2 Divisyen. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jun 2008. Beliau seterusnya, menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia mulai 31 Okt 2009.

Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor juga telah megikuti pengajian/kursus profesional di dalam dan di luar negara dan berkelulusan Master In Defense Studies (Australia) dan Master of Science in Defense and Strategic Studies (Pakistan). Beliau berkahwin dengan Datin Norlida bte Hj Abdul Mubin dan dikurniakan dengan tiga orang cahayamata, tiga perempuan dan seorang lelaki. Hobi beliau adalah membaca dan bersukan golf.

Post a Comment

0 Comments