8 JULAI TARIKH TENGOK ANAK BULAN - PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MELAYU

Oleh : Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2013 - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Rabu.


Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

- Pontian Kecil, Johor;

- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;

- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;

- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;

- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:

- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;

- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;

- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;

- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;

- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;

- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;

- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;

- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;

- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;

- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;

- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;

- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;

- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;

- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;

- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;

- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;

- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;

- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;

- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

- Menara Kuala Lumpur;

- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan

- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.



Post a Comment

0 Comments