ALVIVI PELAKON UPAHAN UMNO?

Oleh : Beruang Biru

Berikut adalah petikan kenyataan rasmi Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi:

6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn.

7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN!

https://www.facebook.com/pages/P-126-Jelebu-Raj-Munni-Sabu_Aiman-Athirah-Al-Jundi/639585376056020

Sebelum ini Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamad Hanipa Maidin juga meminta kerajaan agar jangan mendakwa Alvivi di bawah Akta Hasutan kerana takut pasangan porno itu merasa didiskriminasikan.

Nampaknya, Hanipa lebih gusar akan sensitiviti dua orang dewasa Cina biadap dan bodoh daripada sensitiviti umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini. 

Sebagai kesimpulan, kedua-dua pemimpin PAS ini meminta agar pasangan porno tersebut dimaafkan sahaja. 


Alvivi bukan yang pertama menghina Islam dan Melayu di negara ini. Sudah berpuluh kes menghina Islam, Melayu, Raja-raja, Agong, Perdana Menteri, Azan, malah Allah SWT, dan Rasulullah SAW yang mana berakhir dengan denda dan kemudiannya berulang kembali. Persoalannya, sampai bila ia akan dibiarkan berulang? Sampai orang-orang Melayu bangun mengangkat parang?  

Sudah sampai masanya kebiadapan ini dihentikan untuk kesekian kalinya. Kita pasti, tiada negara di dunia ini yang akan mempertikaikan hukuman berat dikenakan terhadap mereka berdua. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Malaysia adalah negara yang paling ‘bebas’ mengalahkan negara-negara barat, dalam menangani isu menghina agama.    

Pelik sekali kerana DAP dan juga MCA yang sebelum ini sering membela setiap kesalahan kaum Cina yang melanggar Akta Hasutan turut mengecam Alvivi dan mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka. Tetapi, PAS pula beria-ia menunjuk keterbukaan dengan menerima penghinaan terhadap Islam serta meminta mereka dimaafkan saja. Tidak cukup dengan itu, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS pula turut menuduh BN mengambil kesempatan ke atasnya kalaupun tidak merancangnya. 


Hakikatnya, Alvin dan Vivian adalah penyokong Pakatan Rakyat di mana Vivian telah terbukti terlibat memprovokasi BN dengan menyebar gambarnya memegang bendera BN dalam keadaan berbogel.  Vivian juga dikenalpasti sebagai sangat mesra dengan Nurul Izzah di mana gambar-gambar mereka bersama di dalam majlis telah pun tersebar. 

Justeru, bagaimana pula BN merancang menghina Islam dengan menggunakan penyokong PR dan kemudiannya bertindak memenjarakan mereka pula?   

Oleh itu, pesan kita kepada PAS, kalau nak menuduh pun biarlah berasas, kalau nak memfitnah pun biarlah masuk akal sikit.   Bukan main alim mengajak orang lain bermaaf-maafan di bulan Ramadhan tetapi menyebar fitnah tidak apa pula? 

Satu kesimpulan yang jelas di sini ialah PAS cukup gusar jika Akta Hasutan dikembalikan.  Tidak mustahil juga PAS dan DAP yang sebenarnya mengambil kesempatan atas isu ini.    

Kita dapati, dengan mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap Alvivi, DAP berharap dapat membina imej ‘prihatin dan sensitif’ terhadap agama Islam. Manakala dengan mendesak mereka dimaafkan saja, PAS harap dapat menonjolkan imej ‘terbuka dan tidak konservatif’.   


Matlamat mereka ialah untuk menjadikan orang Melayu ‘lembut hati’ dengan DAP dan orang Cina pula tidak lagi akan terasa terancam dengan PAS.   

Kebanyakan dari kita mungkin menyangka yang perbuatan Alvivi adalah berpunca dari kebodohan dua manusia yang tidak cukup didikan tetapi, inilah diingatkan agar jangan sekali-kali mengenepikan kewujudan permainan psikologi yang sedang dimainkan oleh PR.   

Alvivi dan Akta Hasutan ada kaitannya.  Iaitu, ada pihak yang sedang menguji ‘kebijaksanaan’ kerajaan dalam memahami strategi mereka, sekali gus menguji ‘ketahanan’ BN untuk menghadapi serangan mereka di masa depan di bawah Akta Keharmonian Nasional.   

Akta Hasutan, ISA, EO, iaitu akta-akta yang didesak oleh PR agar dihapuskan semuanya berkaitan dengan keselamatan negara. 

Rasanya, kita tidak perlu belajar sehingga ke Oxford untuk membaca strategi PR iaitu ingin mewujudkan suasana huru-hara dan hilang kawalan di peringkat kepimpinan. Suasana ini sudah mula dirasakan hari ini dan akan terus meningkat tidak lama lagi. 

Post a Comment

0 Comments