ANALISIS PRU13 : UNDI POPULAR PEMBANGKANG 99% DATANG DARI PENGUNDI CINA

Oleh : Sudin Sahak

Hakikat sebenar tentang undi popular yang dijaja pembangkang bagi mengelirukan rakyat hanyalah diperoleh melalui pengundi-pengundi Cina dari empat buah negeri yang mempunyai ramai penduduk kaum itu.

Memetik blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/, pembangkang hanya memperoleh kelebihan undi di lima buah negeri yang mana empat daripadanya iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan negeri-negeri yang mempunyai populasi kaum Cina terbesar.

Satu lagi negeri yang turut memihak kepada pembangkang ialah Kelantan, hanya memperoleh kelebihan 57,332 undi yang dianggap sangat tipis.

"Di mana-mana negeri yang mana orang Melayu adalah dominan seperti di Kelantan, Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah memenangi undi mereka.

"Sebaliknya di empat negeri tersebut, kelebihan undi yang mereka peroleh daripada kaum Cina begitu ketara, contohnya Perak dengan 111,893 undi, Pulau Pinang (263,004), Selangor (359,256) dan Kuala Lumpur (198,084)," kata blog itu yang membuat analisis melalui jadual undi popular yang dikeluarkan oleh portal propembangkang, Malaysiakini.

Menurut blog itu, jumlah kesemua lebihan undi yang memihak kepada pembangkang di kelima-lima negeri tersebut adalah 989,569 sedangkan undi popular yang mengatasi BN di seluruh negara hanya 361,101.

"Jelas di sini, 989,569 undi majoriti yang pembangkang peroleh telah disusutkan oleh BN dengan kelebihan undi di sembilan negeri lain, menyebabkan undi majoriti akhirnya hanya tinggal 361,101.

"Dengan majoriti 989,569, mereka sepatutnya boleh menang besar. Tetapi kenapa mereka masih juga tidak menang? Ini kerana sebahagian besar undi itu hanya diperoleh daripada pengundi Cina dari keempat-empat negeri tersebut," kata blog itu.

Daripada analisis tersebut, blog itu menyimpulkan bahawa pembangkang tidak mewakili undi majoriti daripada pengundi Melayu.

"Sebab itu pembangkang tidak boleh menang pilihan raya umum ini, mereka tiada undi daripada orang Melayu," kata blog itu.

Sementara itu, BN pada hakikatnya mendahului pencapaian undi popular berbanding tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang bertanding atas tiket masing-masing.

Post a Comment

1 Comments

  1. SAYA TAK BUAT ANALISIS PON , DENGAN CONGAK JE SAYA KATAKAN SEPERTI ANALISIS DIATAS , SBBNYA DAH TERANG LAGI BERSULUH.APA PON TERIMA KASIH ATAS ANALISIS YG TERPERINCI INI.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.