ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 13 July 2013

[DOWNLOAD EBOOK PERCUMA] FAKTA SEBENAR ISU TUNTUTAN 'PENGGANAS KIRAM' TERHADAP SABAH

Oleh : UKT
Sumber artikel : Berita Harian 14 April 2013

Pihak cuba ceroboh pada masa depan akan terima nasib sama

Lahad Datu: Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua pengganas dan tali barut mereka akan dihapuskan secara tuntas dari bumi Sabah. 

Perdana Menteri juga memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menceroboh negara pada masa depan akan menerima nasib sama. 

Kita kehilangan anak bangsa yang telah berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kita berikrar pengorbanan mereka tidak dipersia-siakan,” Datuk Seri Najib Razak

Guna segala kekuatan

Najib juga sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya.

Hakikatnya, kata beliau, Sabah semenjak 16 September 1963 denagn keputusan serta sokongan majoriti rakyat negeri itu telah menyatakan bahawa mereka ingin supaya Sabah merdeka dalam Malaysia.

“Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hakikat dan fakta ini akan kekal selama-lamanya. Tiada sesiapapun, sama ada pihak luar mahupun dalam negara akan dibenarkan mengganggu-gugat hakikat ini. 

“Kita tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanah ibu pertiwi,” katanya berucap pada program Penghargaan Ops Daulat di Dewan Desa Kencana, FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Hapus tali barut

Majlis penghargaan itu turut disertai kira-kira 2,000 anggota pasukan keselamatan dan 7,000 penduduk tempatan.

Perdana Menteri berkata, Ops Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac lalu akan berakhir, tetapi tindakan polis dan tentera bagi menghapuskan pengganas dan tali barut mereka akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Sejak pencerobohan bersenjata pengganas pada 12 Februari lalu, kita bertindak secara berhemah, tetapi tegas. Hasilnya, kita berjaya menumpaskan mereka.

“Dalam Ops Daulat, kita kehilangan 10 anggota pasukan keselamatan. Saya masih tidak lupa nada sebak ketika saya menyambut ketibaan jenazah mereka. 

“Kita kehilangan anak bangsa yang telah berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kita berikrar pengorbanan mereka tidak dipersia-siakan,” katanya.

Najib berkata, selepas ancaman pengganas dihapuskan, kerajaan bertanggungjawab mengembalikan keyakinan masyarakat, terutama di Gugusan Labian untuk kembali hidup normal, selain menarik pelaburan dalam bidang pelancongan di pantai timur Sabah.

Beri kerjasama

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat di kawasan terbabit dan rakyat Sabah terus memberikan kerjasama erat kepada pasukan keselamatan.

Katanya, tiada sebab untuk masyarakat bimbang untuk keluar mengundi pada 5 Mei depan kerana keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dijamin pasukan keselamatan.

Sambil menempelak pembangkang yang memperlekeh kemampuan pasukan keselamatan dalam menghapuskan ancaman pengganas, Najib berkata, rakyat harus bijak membuat pilihan, sama ada memilih kerajaan yang benar-benar mampu menjamin kedaulatan dan keselamatan negara atau pembangkang yang tidak menghormati jasa dan perjuangan anggota keselamatan.

“Apakah mereka (pembangkang) itu boleh kita harapkan untuk menjamin kedaulatan negara. Saya tampilkan persoalan ini kepada orang Sabah dan rakyat Malaysia seluruhnya. Fikirlah dengan baik kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute