ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 3 July 2013

HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Oleh : PMO

Khawarij merupakan kumpulan / proksi mubtadi (Pembuat Bid'ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid'ah mukaffirah (Bid'ah membawa kepada kekufuran) atau bid'ah mufasikkah (bid'ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.

Pembuat bid'ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.

Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid'ah, antaranya ialah :

1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.

Impian Pakatan Khawarij untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.

Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah"
[Lihat Sunan Abi'Asim. NO 1101. Hadis Sahih.]

Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.

"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" 
[H/R Muslim 1846.]

Syara' tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua" (*)Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan
[H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.]

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.]

2 comments:

  1. Pemimpin Bumiputera Melayu/Islam dan Bumiputera lain, jangan tunjuk takut lansung kepada ancaman berterusan dan makin GANAS DAPenyangak ini – bahkan baik kembalikan segala hak BUMIPUTERA termasuk DEB termasuk hak perumahan untuk Bumiputera di tanah-tanah kerajaan, perniagaan dan biasisiwa khas.

    Dan pedulikan undang-undang antarabangsa dan UN (di bawah pro-US bekas Menteri Luar Korea Selatan Ban Ki-moon) yang sebenarnya dikauasai si HIPOKRIT ganas dari negeri-negeri Barat-Israel. Dengan memutarbelitkan dan menipu fakta sejarah bumi tercinta kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain, PENGGANAS-PENGGANAS DAP/PKR/Red Bean militia, yang beribu, telah berjaya menghasut, terutamanya orang Cina dan anak muda profesional Melayu dan Bumiputera lain, untuk menuntut falsafah Barat-Yahudi Zionis yang amat menipu, contohnya demokrasi mutlak, hak asasi mutlak, persamaan hak semua bangsa, jantina dan agamalah, hak asasi homoseksuallah dll. Dan jangan haraplah mereka buat sendiri di Barat-Israel, kecuali kalau jaga yang homoseksual belebih-lebih sampaikan rakyat dia pun ramai yang sudah marah! Dan wanita pula, atas kesamaan jantinalah, makin ramai dijadikan dan disanjung jadi pelacur denga lesen (kononnya ada hak asasi) dan hamba abdi gila seks.

    Dan si HIPOKRIT ganas dari negeri-negeri Barat-Israellah yang terus membunuh umat Islam sesuka hati, terutamanya, yang Shiah, contohnya yang dibunuh pengganas-pengganas buas yang ditaja sendiri Barat-Zionis sendiri sebagai pemberontak PENGGANAS kepada K'jaan Syria (ramai yang ketua pemberontak ini sebenarnya bukan Islam tetapi penganut Kristian Zionis yang juga ejen CIA-US/MI6-UK/Mossad-Israel/Jerman/Peranchis/NATO, tetapi menyamar sebagai puak Sunni Islam, untuk menghasut anak muda Sunni Islam menyertai mereka). Kononya “jihad” untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang Shiah, dengan tujuan memecahbelahkan umat Islam dari berlainan mazhab terutamanya antara puak Syiah dan Sunni, terutamanya di negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur seperti di Syria, Libya, Iraq, Mali dan banyak lagi.

    Di Israel juga, penjajah Yahudi yang asyik bunuh, penjara dan menindas Bumiputera Islam Palestin, termasuk dengan mengambil hanya imigran Yahudi dari merata cerok, dan memberi hak istimewa termasuk perumahan dan pendidikan, untuk bangsa Yahudi dari askar (yang tiada Bumiputera Islam Palestin) - tak juga dihentam si pencinta "demokrasi dan hak asasi manusia" dari Barat (kononnya - bahkan Israel si penjajah ganas ini adalah sekutu kuat si Barat hipokrit laknat)!

    Juga rejim Cina penjajah Singapura yang menindas Bumiputera Melayu/Islam - juga dibela oleh sekutu kuatnya, si Barat-Zionis!

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang setia pada K’jaan BN dan hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red Beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai "Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca - mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    ReplyDelete
  2. Haah, pemimpin `Islam' yang cerai bini kasin bini orang' kenmudian memujur lalu melintang patah - ikut telunjuk kaduk naik junjung berbelanja boros macam cap duit!
    Berpa gaji Najib, nak tau sikit? Berapa juta Tun Razak wariskan apabila meninggal dalam Tahun 1975 dulu?
    Macam mana UMNO tadbir Negara hingga hari ini Hutang tertunggak sudah menjangkau RM 600 billion?
    ape yang jadi pada GLC-GLC dan lain -lain pundu dan dana Khazanah hingga barang keperluan makin mendadak naik dari Bawang kepad barangan basah?
    Senang sigemuk badak . duit sentiasa bertali arus, rakyat cekit perut dengan BR1M RM 500.00 saja!
    sila jual beg-beg Birkin dan mutiara berselirat bagi fakir miskin melarat yang menggundi UMNO berkuasa semula!
    Dasar tak tahu guna mata dan telingga, 5 tahun sekali turun kampung, dulu rumah-rumah menyebah bumi, kini rakyat melukut di Tanah Ait sendiri. \Nak bawak masuk 1.4 juta (penggundi) Bangla lagi!
    Go see Chow Kit Shah Alam ramai Melayu diPasar - pasar ke separa keling ni. Biar Gelap lagi PAU UmNO Oktober ini!

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute