ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 9 July 2013

JENIS-JENIS SAMAN TRAFIK PDRM

Oleh : UKT

Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM

1. Notis Saman POL. 170A
- Saman yang di-isu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak di-isu secara langsung kepada Pesalah)

Apa Itu POL.170A?
- Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-

* Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987
* Melakukan halangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59
* Melakukan halangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan -Sek. 16(2) LN 166/59
* Melakukan halangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan -
* Sek. 16(2) LN 166/59
Melakukan halangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala. - Sek. 16(3) LN 166/59
* Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. - Sek.12 (2) LN 166/59
* Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2)LN 166/59
* Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3)LN 166/59
* Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
* Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
* Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudahdicam/tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) APJ 1987 1.1.12
* Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Sek. 20(1) APJ 1987
* Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat duduk bagi motosikal.

2. Saman POL. 257
- Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

Apakah Itu Saman POL. 257

POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-

* Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan.

* Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.

* Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171.

2 comments:

  1. Jika ini ksalah yg diterangkn...bgaimana pulak dgn sman ett,iaitu enggn tnda tangn.sdangkn surat sman xdtrma dn tdk prnah disaman..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute