KENAPA PENGUNDI KUALA BESUT PERLU KASIHANKAN CHE LONG?



Oleh : Putera

Pengundi Kuala Besut perlu kesiankan Che Long kerana dia seorang peniaga. Maka bila bercerita bab perniagaan ni, maka untung rugi kesemuanya menjadi tanggungjawabnya.

Oleh kerana itu usahlah pengundi Kuala Besut membebankan lagi Che Long. Kasihanilah dia. Biarlah dia memfokuskan masa dan ruang untuk dia menguruskan perniagaannya. Lagipun dengan perniagaan ini sahajalah yang membolehkan dirinya memberi makan kepada anak-anak dan isterinya. Dia tak bekerja dengan orang lain, yang makan gaji. Jadi faham-fahamlah.

Oleh itu berikanlah amanah kalian kepada orang yang tak sibuk menguruskan perniagaannya. Sebab menjadi wakil rakyat ni, memerlukan seseorang itu meluangkan lebih masa dengan rakyat berbanding keluarga sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah nasib yang akan menimpa Che Long kalau dia menjadi Adun, bukan sahaja perjalanan perniagaan dia akan terganggu, masa dia untuk anak-anaka dan isterinya juga akan berkurangan. Cukup-cukuplah bebanan perniagaan yang ditanggung oleh Che Long.

Sayangi Che Long. Pangkah orang lain :)

Post a Comment

0 Comments