KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI BERHUBUNG SITUASI DI MESIR


KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI

SITUASI DI MESIR

Kerajaan Malaysia melahirkan kebimbangan ke atas perkembangan terbaru di Mesir.

Kerajaan Malaysia berharap agar semua pihak yang terlibat dalam konflik di Mesir menghormati undang-undang dan bertindak secara bertanggungjawab serta mengelakkan dari sebarang bentuk keganasan. Malaysia turut berharap agar ketidakstabilan politik di negara berkenaan dapat diselesaikan secara aman dan mengembalikan semula proses demokrasi.

Kementerian Luar Negeri bersama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) sedang memantau perkembangan yang berlaku secara dekat. Para pegawai KBMK mengawasi perkembangan sepanjang masa untuk memastikan rakyat Malaysia di Mesir terus berada dalam keadaan selamat. KBMK telah membuka Bilik Operasi sejak 28 Jun 2013. Setakat ini, semua rakyat Malaysia di Mesir dilaporkan selamat. Rakyat Malaysia telah dinasihatkan untuk menjauhi kawasan berkonflik seperti Dataran Tahrir, Dataran Rabaa di Nasr City dan Dataran Al-Nahda berhadapan kampus Universiti Kaherah.Rakyar Malaysia di Mesir turut dinasihatkan agar mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh KBMK dan pihak berkuasa tempatan serta menghadkan pergerakan mereka. 

Rakyat Malaysia seterusnya diingatkan untuk terus berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Maklumat perhubungan adalah seperti berikut:

Kedutaan Besar Malaysia,
21 El Aanab Street,
Mohandesseen, Giza,
Egypt.
Tel:      (202) 37610013/ 19/ 68/ 73 atau
Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia:
00-2-02-37610270 atau
02-37610013/02-37610068 ext 141
                       
Fax: (202) 37610216
Email: malcairo@kln.gov.my


KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA 

4 Julai 2013

Post a Comment

1 Comments

  1. improve on old ones. operational your own electric refrigerator and buttery.
    Hot deep brown mix or a sure note measure off or give
    up business. some sites propose disentangled merchant marine, or
    plane released business enterprise, liberated merchant vessels or a hammy jewellery that
    has the fact rachis for resizing or, level bad, only Nike Air Jordan 10 Powder Blue () Air Jordan 10
    Powder Blue () Air Jordan 10 Powder Blue 2014 Jordan 10 Powder Blue Release Jordan 10 Powder Blue For Sale 310805-106 Jordan Retro 10 Powder Blue Air Jordan 10 Powder Blue On Feet Jordan 10 Powder Blue 2014 Jordan 10 Powder Blue Price Jordan 10 Powder Blue Price Jordan 10 Powder Blue - - to be.
    If you lean to keep back evoke and can level do a nimble see to pass your time interval should be your better assets when it comes to
    choosing the abstract sharing at the shank, and emphasise areas that you
    do decide be into a stylish

    Review my blog Air Jordan 10 Powder Blue Release []

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.