MESIR DARI PERSPEKTIF RAKYAT MESIR

Oleh : RPM

Media Antarabangsa ternyata keliru dengan apa yang berlaku di Mesir pada masa ini. Ada yang menyatakan bahawa kejadian yang berlaku di Mesir ini adalah Revolusi kali ke 2 dan ada pula yang menjenamakan kejadian ini sebagai 'Military Coup' atau rampasan kuasa oleh tentera. Namun ternyata, kesemua media antarabangsa tidak sepakat dalam 'menyatukan gelaran' dalam aksi yang terjadi di negara Piramid ini.

Di Malaysia, lain pula jadinya. Di pihak PAS terutama sekali, rata-rata penyokong dan kepimpinan PAS melihat kejatuhan Morsi sebagai kejatuhan 'gerakan Islam' berpunca daripada tangan-tangan sekular Mesir. Manakala di pihak UMNO pula, ianya adalah satu pencabulan dari etika demokrasi oleh pihak tentera.

Melihat 'keributan' yang berlaku di Malaysia dan Media Antarabangsa, kami terbaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir. Beliau cuba sedaya upaya memberikan gambaran berdasarkan perspektif rakyat Mesir. Maka kami rasa, ada baiknya kita membaca apa yang cuba disampaikan oleh anak muda ini. 

Namun kami berharap pembaca yang budiman bersikap matang. Memahami dengan rasa kecintaan sesama muslim dan menjadikan tulisan pemuda ini sebagai satu 'turning point' buat kita agar rajin berfikir dan tidak terlalu mengikut emosi yang dicernakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan.

Disampaikan oleh : Fathi Al-Sakandary (Mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir.)

Harap kita jangan judge (menghakimi) rakyat Mesir berdasarkan apa yang kita "anggap tahu" berdasarkan "fikrah" kita, bab komen semua ni kita hanya boleh quote ayat rakyat awam Mesir saja, bukan mengomen sendiri, orang yang di malaysia pula kalau nak komen betul-betul maka saya nasihat datang sini dan cakap sendiri dengan rakyat awam Mesir, rakyat yang betul awam bukan IM (Ikhwanul Muslimin), bukan Salafi, bukan sekular bukan parti lainnya. 

Semalam lepas balik dari Cairo (exam dhawabith hadith), saya lihat wajah gembira rakyat awam dari kanak-kanak hingga dewasa sambut kejatuhan Mursi, mereka orang awam bukan parti apa-apa jauh sekali dari sekular dan sebagainya, ada yang tua bangka pun ada, menyalakan mercun bunga api.

Bila ditanya kenapa mereka tak suka Mursi dan Ikhwanul Muslimin, mereka beritahu banyak sebab (ini apa yang rakyat awam yang betul awam yang cakap, ini mentaliti mereka yang menggerak mereka nak berdemo) :

1- Janji yang banyak gila semasa PRU. 
2- Satu janji pun tak di tunaikan. 
3- Ikhwanul Muslimin tak ambil endah teguran rakyat. 
4- Ikhwanul Muslimin tak ambil endah tawaran kerjasama parti lain nak tolong bangunkan Mesir, kalau parti lain nak tolong mesti ikut apa Ikhwanul Muslimin kata bukan bagi pandangan sendiri. 
5- Ikhwanul Muslimin berlagak kononnya mereka berpengalaman 80 tahun, tapi mereka tak sedar memerintah jamaah tak sama dengan memerintah negara.

Itulah jawapan orang awam Mesir yang memang awam, yang bukan Ikwanul Muslimin, bukan Salafi bukan sekular dan bukan apa-apa, awam yang awam. 

Saya pun tak nak komen lebih, kita tak nak jadi ruwaibidhah, sebab saya akui saya tak rasa apa yang rakyat awam rasa. Pelajar Melayu di Mesir ni mewah, kita memang tak rasa kesusahan rakyat Mesir, apatah lagi orang yg nun jauh di Malaysia nak komen-komen sedang diri itu tak pernah merasa apa yang rakyat awam rasa. 

Kita yg telah ada "fikrah islamik" maka memang akan semangat dengan "fikrah Islamik" , harapnya "semangat" tu slow sikit dan jangan banyak komen. Mereka...kena ingat rakyat Mesir bukan semua macam kita yang ada "fikrah" dan "semangat", rakyat mahu hidup, mahu makan, mahu kerja, mahu sekolahkan anak, itu saja mereka fikir, mereka tak tau apa itu "fikrah" bagai...

Post a Comment

1 Comments

  1. pemerhatian yang bagus...janganlah memahami isi hati rakyat mesir daripada media IM atau PAS sahaja

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.