ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 6 July 2013

MP PAS TAWAR TANAH KEPADA CARLSBERG

Oleh : PMO

Antara rekayasa PAS sebelum menguasai Selangor, PAS menyatakan negeri Selangor adalah negeri yang berdosa kerana membiarkan kilang arak di buka di negeri berkenaan. Malah mereka dengan bangganya menyatakan bahawasanya, sekiranya PAS diberikan kesempatan memerintah Selangor, maka antara perkara yang pertama akan dilakukan oleh mereka ialah menutup kilang arak yang terdapat di Selangor.

Namun apa yang terjadi selepas berkuasa? Kilang arak masih beroperasi, malah lebih mengejutkan, PAS sendiri menawarkan tanah kepada kilang berkenaan untuk membolehkan kilang berkenaan meluaskan operasi pengeluaran hasil alkohol.

Peliknya disini, bila ditanya mengenai perkara ini kepada orang PAS, mereka pasti menyalahkan UMNO, kerana mereka menyatakan bahawa UMNO lah punca kilang arak ini wujud di Selangor. Kami tidak menafikan fakta berkenaan malah bersetuju dengan pandangan berkenaan. Namun persoalan yang timbul, dimana pula usaha PAS untuk menutup kilang berkenaan? Kerana untuk terus menyalahkan UMNO ternyata sudah tidak relevan kerana sudah dua penggal berturut-turut UMNO tidak dapat menguasai kerajaan Selangor. Jadi kami nak bertanya kepada PAS, dimana janji-janji kalian selama ini yang mahu menutup kilang arak?

Jika kalian memberikan alasan ini semua kena bermula dengan kerajaan pusat, maka kami bertanya, mengapa kalian boleh bertindak tanpa campurtangan kerajaan pusat dalam soal rampasan tanah Yayasan Kebajikan Rakyat di Serendah (Projek pembinaan kampus UiTM Serendah), berusaha dan melarang tiang-tiang kamera AES dipasang di dalam negeri Selangor, melambatkan projek pembinaan Langat 2, kenapa dalam bab ini kena tunggu kerajaan pusat pula bertindak? 

Kalian selama ini mengkritik pemerintah agar melakukan kebaikkan dan mencegah kemungkaran. Namun kenapa kalian tidak melakukan perkara yang serupa sepertimana yang pernah kalian ucapkan?

2 comments:


  1. Itulah PAS. Parti Anak Syetan, Parti Ajaran Sesat dan dah lah sasat lagi menyesatkan bila jadi tunggangan DAPig itu. Parti yang tidak tau malu dan tidak ada pendirian dalam perjuangan langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. E e e e ...... Bodoh nyer komen ko nie

      Delete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute