ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 1 July 2013

NAJIB LANTIK MUHYIDDIN YASSIN DAN IDRIS JUSOH SEBAGAI PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH BN DALAM PILIHANRAYA KECIL N1 KUALA BESUT

Oleh : Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2013 - Barisan Nasional (BN) melantik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengarah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kepada beliau berhubung pelantikan itu sebelum berangkat untuk lawatan kerja ke luar negara.

Katanya beliau akan dibantu Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai timbalan pengarah pilihan raya kecil itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

"Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Saya harap dengan bantuan beliau (Idris), BN boleh menang dan kekal di sana," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya tentang persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar Rabu lalu.

"Berdasarkan kekuatan dan pengalaman Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, beliau mampu menyumbang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.

"Kita juga berharap pengundi akan terus mengundi BN," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata tidak ada keperluan bagi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff meletak jawatan berhubung kualiti dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.

"Siasatan yang akan berlaku pada SPR oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah urusan dan bidang kuasa mereka. Kerajaan tidak akan bercampur tangan dalam urusan SPRM.

"Sekiranya ada perkara tertentu yang hendak disiasat, saya pasti SPR akan memberi kerjasama," katanya.

Semalam, portal berita the Malaysian Insider melaporkan SPRM telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute