ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 1 July 2013

TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT 'ORANG KUAT' KELAB PUTERA 1MALAYSIA KERANA DILANTIK MENJADI PENGERUSI TABUNG HAJI

Oleh : Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2013 - Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa Isnin.

Abdul Azeez, yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011, menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

"Pelantikan Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH, diyakini mampu meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang," kata TH dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut TH, ini kerana Abdul Azeez dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosioekonomi komuniti sejagat.

Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling selain anggota Majlis Tertinggi Umno sejak 2008.

Kenyataan TH juga menyebut Abdul Azeez menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan sangat aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.

"Beliau terkenal dengan kerja sukarelawan dan misi kemanusiaan," katanya.

Antara misi yang dijayakan Abdul Azeez ialah bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

Sedikit latar belakang Datuk Abdul Azeez

Datuk Haji Abdul Azeez Abdul Rahim berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2008 hingga kini. Beliau adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah merangkap Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perniagaan serta korporat, dan merupakan Pengerusi Eksekutif di beberapa syarikat miliknya iaitu Azeera Management Consultant (M) Sdn. Bhd, Azeera Properties (M) Sdn. Bhd dan Azman Azeez Properties (M) Sdn. Bhd. Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH sehingga kini. Beliau diberi jawatan penting di dalam dua anak syarikat TH iaitu sebagai Pengerusi TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad dari tahun 2012 hingga sekarang.Datuk Haji Abdul Azeez sangat berminat dan aktif dalam kerja kerja kebajikan dan sukarelawan. Beliau telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 setelah mendapat persetujuan daripada YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute