TENTERA MESIR TUTUP STESEN TELEVISYEN PRO MORSI DAN PRO ISLAM

Sumber : Al-Jazeera

KAHERAH (MESIR), 4 JULAI 2013 - Tentera Mesir hari ini bertindak menutup beberapa buah stesen televisyen termasuk sebuah stesen televisyen yang dikendalikan oleh Ikhwanul Muslimin.

Tindakan berkenaan dilakukan sejurus pihak tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi dari tampuk kekuasaan.

Turut ditutup adalah pejabat Stesen Penyiaran Al-Jazeera, Al Jazeera's Mubasher Misr. Kata El-Assiuti, salah seorang wartawan yang bertugas di stesen berkenaan berkata, dalam serbuan tersebut, lima kakitangan syarikat penyiaran Al-Jazeera ditahan, namun akhirnya mereka dibebaskan.

Selain itu wartawan dan jurukamera Al-Jazeera Mesir juga dihalang oleh pihak tentera untuk membuat laporan berhubung perhimpunan pro-Morsi di Utara Kaherah. 

Untuk rekod stesen Al Jazeera Mesir memulakan penyiaran selepas revolusi 2011, yang mana ianya dikatakan menjadi dalang kepada kejatuhan Presiden Hosni Mubarak dikalangan pengkritik gerakan Ikhwan Muslimin.

"Wartawan kami yang melaporkan berita semasa siaran langsung sering digangu selain para tetamu yang ditemubual ditangkap" ujar El-Assiuti.

Saluran televisyen Egypt25 yang dikendalikan oleh Ikhwanul Muslimin juga diperintahkan untuk memberhentikan siarannya selain pengurus operasi rangkaian berkenaan ditahan sejurus Panglima Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan pelan baru reformasi politik Mesir, lapor agensi berita tempatan, MENA.

Pihak tentera juga menutup dua buah stesen televisyen yang lain iaitu Al-Hafiz dan Al-Nas yang mana kedua-dua buah rangkaian ini dikawal dan ditadbir oleh kumpulan Islam Pro-Salaf.

"Kami merasakan tindakan pihak tentera menutup beberapa buah stesen televisyen di Mesir adalah bermotifkan politik" ujar Sherif Mansour,  dari Pertubuhan Bagi Melindungi Wartawan yang berpusat di New York.

"Kami menggesa pihak tentera tidak menghalang rakyat Mesir untuk mendapatkan maklumat yang tepat pada masa yang amat genting ini"

Sebaliknya jurucakap Front National Salvation, Khaled Dawoud bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh tentera Mesir.

"Ini adalah sesuatu yang amat malang dan luar biasanya."ujarnya ketika bersiaran dalam saluran Inggeris Al-Jazeera.

"Saya tidak percaya, dengan menutup mana-mana akhbar atau mana-mana saluran adalah langkah yang berguna ... tetapi kita disini sedang berhadapan dengan situasi yang amat genting dan berbahaya."

"Jadi saya berharap tindakan luar biasa ini akan berlansung untuk beberapa hari. Namun untuk masa yang kritikal ini dimana pasti akan berlaku rusuhan, maka saya merasakan tindakan menutup sementara beberapa saluran televisyen adalah wajar." ujarnya.

Post a Comment

0 Comments