ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 14 August 2013

ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH KERETA KETIKA PULANG BERTUGAS

[Gambar Hiasan]

KOTA BHARU, 13 Ogos 2013 - Seorang anggota polis maut dalam nahas jalan raya di Simpang Empat, Kampung Paya Rambai ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kota Jembal semalam. 

Dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu, L/Kpl Farulazli Rosdi, 27, yang bertugas di Balai Polis Tumpat, sedang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC sebelum dikatakan bergesel dengan sebuah kereta dari arah sama lalu terbabas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Idris Abd Rafar berkata mangsa maut di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah lagi kereta jenis Nissan Sentra yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang berasal dari Taman Sri Lambak, Kluang, Johor itu selesai bertugas pada 5 petang dan ketika kejadian, mangsa masih memakai uniform polis.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Farulazli yang berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis meninggalkan seorang isteri, Nur Farahudanadirah Ya, 26. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute