ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 12 August 2013

AWASI ANAK ANDA KETIKA MELAYARI INTERNET - SKMM

Oleh : Bernama

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2013 - Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu mengenai trend terbaru di internet bagi mengawal selia anak mereka ketika melayari internet. 

Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Eneng Faridah Iskandar berkata ini kerana kebanyakan pengguna internet pada masa kini adalah kanak-kanak dan remaja.

Dalam satu temu bual dengan Bernama di sini, beliau berkata kajian yang dijalankan SKMM baru-baru ini mendapati 92.8 peratus responden merasakan tanggungjawab pengawal seliaan internet berada di atas bahu ibu bapa.

"Memang ramai ibu bapa yang tidak begitu arif dengan penggunaan media sosial ataupun internet, langkah pertama yang perlu diambil ialah lengkapkan diri dengan ilmu... apakah yang terbaru.

"Ada juga ibu bapa yang membuka akaun Facebook kerana ingin memantau aktiviti anak mereka di laman sosial itu, dalam masa yang sama kita dapat mendampingi dan mendekati mereka," katanya.

Eneng Faridah berkata selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka menggunakan internet di tempat terbuka.

"Ibu bapa perlu tahu kegiatan anak mereka, sentiasa tengok apa yang mereka sedang layari dan boleh berkongsi apa yang mereka lihat di internet dengan ibu bapa supaya mereka boleh berbincang bersama," katanya.

Katanya bil telefon ataupun internet perlu dipantau bagi memastikan anak tidak melayari internet terlalu lama ataupun membuat transaksi wang untuk pembelian dalam talian.

Beliau berkata ibu bapa digalakkan mengenali rakan anak mereka di laman sosial bagi mengelakkan berkawan dengan orang yang tidak dikenali ataupun mencurigakan.

"Ada yang berlumba-lumba hendak tunjuk siapa yang paling ramai kawan, tetapi mungkin ada antara kawan itu yang berniat tidak baik, kalau ada masa pantau kawan anak anda dan tanya siapakah kawan anak anda itu," katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga boleh mendedahkan beberapa kes penyalahgunaan internet dan tindakan yang boleh dikenakan kepada anak mereka bagi memberi pengajaran agar mereka lebih berhati-hati dan berwaspada.

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Kami ingin memohon jasa baik untuk link 'Rakyat News' dalam senarai blog pilihan di blog anda.

    'Rakyat News' memaparkan info2 terkini merangkumi isu2 semasa dalam dan luar ngra, politik, hiburan, sukan, bisnes dll

    Sekian. Terima Kasih

    Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Rakyat News.

    Maaf Zahir dan Batin


    RAKYAT NEWS

    http://www.rakyatnews.my/

    ReplyDelete
  2. K'jaan BN kena buat undang-undang baru halang sebarang bentuk PORNOGRAFI disiarkan termasuk di YouTube. Contohnya, di Google Jerman, iklan bercorak pornografi kerap timbul, termasuk wanita hampir telanjang dalam bikini, lansung saya adukan pada Google supaya dihalang - jika tidak saya adu pd jbtn Konsumer (malangnya polis kat sini tak mahu layan aduan spt ini). Oleh kerana undang-undang dia jenis liberal Barat; saya gunakan undang-undang 'sexism' sebagai asas. Tapi Malaysia boleh menggunakan undang-undang Islam sebab Islam Agama PERSEKUTUAN dan Malaysia adalah negara Islam, dan boleh buat lapuran ke JAWI dan polis.

    Dan keluarga juga perlu berikan didikan agama Islam yg lebih kuat supaya anak walau kecil, akan rasa insaf pada Allah SWT sepanjang masa. Jadi walau di belakang keluarga tidak berani buat.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.


    ReplyDelete
  3. Kepada Warta Rakyat : TELAH DIMASUKKAN KE RUANGAN KARYAWAN POLITIK MAYA

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute