'GAME' WAN JI UNTUK MENGHAPUSKAN KESULTANAN DI MALAYSIA.



Oleh : Jebat

Demi ALLAH. Sesungguhnya bibit-bibit Khawarij semakin mengembangkan virusnya dikalangan rakyat. Dengan membawa jenama yang kelihatan 'remaja', sedikit demi sedikit virus khawarij disuntik dikalangan rakyat terutama generasi muda yang mudah terpengaruh dengan 'kelunakkan' bicara sang pendusta.

Rasulullah telah menyampaikan ciri-ciri kelompok radikal ini, walaupun baginda tidak menyebutkan namanya. Berikut adalah beberapa hadis Nabi yang Rasulullah  perkatakan mengenai mereka :


يأتى فى آخر الزمان قوم حدثاء الأسنان سفهاء الأحلام يقولون من قول خير البرية يمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية لا يجاوز إيمانهم حناجرهم فأينما لقيتموهم فاقتلوهم فإن فى قتلهم أجرا لمن قتلهم يوم القيامة

“Akan datang di akhir zaman kelompok muda usia, lemah pemikiran, menyampaikan perkataan makhluk terbaik. Mereka melesat dari Islam sebagaimana melesatnya anak panah dari busurnya. Iman mereka tidak melewati kerongkongnya. Di manapun kalian menjumpai mereka, maka bunuhlah mereka. Kerana membunuh mereka akan mendapatkan pahala pada hari kiamat.” (HR. Bukhari dan Muslim)


يخرج فيكم قوم تحقرون صلاتكم مع صلاتهم وصيامكم مع صيامهم وعملكم مع عملهم………..

“Akan muncul di antara kalian, kelompok yang kalian merasa rendah dengan solat kalian jika dibandingkan solat mereka, qiyam kalian dibanding qiyam mereka, amal kalian dibandingkan amal mereka…..”  (HR. Bukhari & Muslim)

Masih ada beberapa hadis Nabi yang lain tentang mereka. Tetapi dari dua hadis ini setidak-tidaknya Nabi telah memberikan ciri-ciri paling jelas mengenai kelompok ini:

1. Berusia muda

2. Pendek pemikiran mereka

3. Menyampaikan perkataan makhluk terbaik (menguasai hadis Nabi, juga Al Qur’an)

4. Ahli ibadah, sehingga kita merasa tidak ada apa-apanya jika membandingkan antara ibadah kita dengan ibadah mereka

Sifat Khawarij Ialah Menjatuhkan Pemimpin

Syaikh Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah pula berkata, "Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka." 
(Zahiratu Tabdi wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, Bab 7).

Khawarij adalah golongan mubtadi. Buktinya ialah mereka aktif menghasut rakyat menjatuhkan pemimpin Islam. Mereka tahu bahawa perpaduan terletak pada keteguhan pemerintah dan perasaan cinta rakyat kepadanya. Oleh itu, golongan Khawarij memfitnah pemimpin dan menyeru masyarakat menghancurkan pemerintahan agar perpaduan ummah hancur berkecai.

Khawarij suka mencari-cari kesalahan pemimpin. Jika tidak ditemui, mereka mula mengada-adakan isu menyalahkan pemimpin serta orang-orang yang bersamanya. Cara mereka melakukan kerja-kerja haram ini ialah dengan memburuk-burukkan kerajaan Islam, menghina dan memalukan pemimpin serta rakyat yang menyokongnya.

Sekalipun sang pemerintah hatta Sultan tidak sempurna, namun Rasulullah ﷺ tetap memerintahkan umat ISLAM untuk taat kepada pemimpinnya.

Sabda Rasulullah ;

"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.]

Sesungguhnya orang-orang seperti Wan Ji ini perlu dicantas. Dia ini tidak lebih dari manusia yang mewarisi ideologi Khawarij yang pernah membunuh Khalifah Ali bin Abi Thalib. Jika Khawarij masa lalu sanggup membunuh Ali Radhiallahuanhu yang sudah dikenali dengan ketajaman ilmunya, inikan pula Khawarij zaman sekarang. Mereka mungkin berbeza dari segi warna kulit dan bentuk badan. Namun ideologi mereka sama.

Sedikit penambahan... Hendaklah diketahui bahawasanya, Wan Ji ini seorang yang taksub kepada Nik Aziz sehingga mengangkat Nik Aziz ke tahap 'Keramat'. 





TRANSKRIP PERKATAAN WAN JI

"Ana punya cita-cita. Sekarang ni 2013kan? 2030, 'MAP' ana, Sultan tak ada. Sultan dah habis. Malaysia ni dah jadi negara Republik. Sistem berpresiden dah. Bila? 2030.. Jadi map..aaa...map. Jadi...aaa...2013, sini ada 2014...betul dak.. 2014, 2015,
dua ribu...bla..bla..bla. Kita dah buat map, kita dah buat perancangan tau, sebenarnya 'game' ana ni awal lagi, 2011...'game' ana. Dah ada 2012 dan 2013. Apa ana punya 'game', 'game' ana, tahun yang pertama, ana buat 'game', orang kate Sultan Syaitan. 

Mulut orang...Setan...setan...setan...setan...bile??...Tahun ke... Dan terbukti berjaya....ok...ok? Berjayakan??? Orang sekarang tak panggil Sultan....

Kalau Sultan pun...Setan...dalam kepala otak diakan???...Setan...Setan...Setan...Setan...Setan...Setan...

'Game' yang kedua, 2012-2013, macam mana nak letup?? Bagi gegar sikit.... Mesti ada orang kena tangkap kerana....[ayat tak dapat didengari]....Sultan. Maka lahirlah orang yang bernama Aduka Teruna. Ada orang namanya Ahmad..Abdul Jalil. Dan ada orang namanya Wan Ji...Ok..Betul dak? 'Game' dah berjaya... 'Game' 2013 ke 2014... Apa nak buat??? Yang itu aku tak boleh ceritalah...

Maknanya, dia ada 'game' tau...Step by step...Untuk mencapai kejayaan Sultan Zero. Faham??? Impulsi Sultan....Ok boleh?? Insyallah....Boleh eh?? Jadi dia ada 'game'.... Seorang pemimpin dia ada 'game', ada map, untuk nak capai destinasi. Dan dia ada 'game' bertahap-tahap. Serupa juga dengan pemimpin yang bijak itu seperti Nabi Yusuf Alaihissalam....Faham??...

Eh yang dirakam ni, yang ni padam eh..."

Pendapat Wan Ji Si Khawarij mengenai Sultan.

"Sultan ni...Monarki ni...dia ada baik sikit jer... Tapi mudharat dia banyak eh... Hukum dia macam babi jugak. Mudharatnya banyak...Menghabiskan duit rakyat, mengarahkan sesuka hati, dasar yang agak terbantut kerana faktor-faktor Sultan, tak lantik exco, menyusahkan orang, lepas tu goyang kaki, pembaziran, dia banyak eh...

Baik dia sikit eh...Baik pun rasa tak berapa nak baik pun...nak jaga Melayu..eleh.."

Post a Comment

2 Comments

  1. Sultan bukanlah manusia sempurna dan spt insan insan lain mrk bnyk kelemahannya dan menjadi tugas golongan ilmuan utk menasihatinya. Namun begitu, jika perasan kebnykn negara negara yg mengekalkan keamanan hingga skrg adalah negara negara yg mempunyai sultan atau raja yg berdaulat, samaada negara Islam atau negara bukan Islam.

    ReplyDelete
  2. Wan Ji adalah seorang yang cukup kuat membela puak Kristian di dalam isu kalimah Allah. Beliau sentiasa mencela umat Islam kerana tidak berhemah didalam menangani hubungan dgn sikafir. Adakah beliau membaca media bahasa inggeris dan melihat bagaimana biadapnya puak2 kafir menghina agama dan umat Islam? Umat Islam kini sebenarnya membela diri dari serangan puak2 kafir dan menyerang balas. Bagi beliau umat Islam mesti menghormati org kafir tetapi sikafir tidak perlu menghormati orang Islam bahkan boleh berlaku biadap terhadap umat Islam.. Beliau sentiasa menuduh umat Islam menindas org2 bkn Islam, menghalang org kristian mengamalkan agama mereka [menurut beliau, tidak membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah bermakna menghalang mereka mengamalkan agama mereka. Bebalnya wan ji ni. Dulu2 sebelum timbul isu ini, bagaimana cara org kristian beribadat?] Beliau menggunakan mimbar masjid untuk meracun fikiran umat Islam dengan dalil2 yang jauh tersasar. Semoga Allah akan memberi saya kelapangan untuk menjawab hujah2 bodoh wan ji ni...patutlah namanya kekal dengan wan ji [1G] sedangkan teknologi sekarang dah sampai 4G! Celaka lah kamu wan ji dan sesungguhnya celakalah kamu 1G!

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.