IKHWANUL MUSLIMIN

Oleh : Jebat & Abdurrahman 

"Di dunia ini, dari banyaknya jumlah manusia, hanya sedikit saja dari mereka yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu hanya sedikit yang Islam. Dari sedikit yang Islam itu, hanya sedikit sahaja yang berdakwah. Dari mereka yang berdakwah itu, lebih sedikit lagi dari yang berjuang. Dari mereka yang berjuang, sedikit sekali yang bersabar. Dan dari mereka yang bersabar, hanya sedikit sekali dari mereka yang sampai akhir perjalanan"
-Hasan Al Banna -

Siapa yang tidak mengenal Ikhwanul Muslimin (IM)? Sebuah gerakan yang didirikan oleh Hasan Al-Banna. Jama’ah IM pada ditubuhkan pada 1928 dan pada 1941 IM memiliki anggota 100 kumpulan yang dipilih oleh Hasan Al-Banna sendiri dimana pada akhirnya, IM melahirkan tokoh-tokoh ternama seperti Sayyid Quthb, Umar Tilmisani, Muhammad Al-Ghazali, Said Hawa, Musthafa As-Siba’i, dan lain-lain lagi.

Organisasi ini cukup terkenal kerana gerakan IM amat berbeza dengan gerakan-gerakan lain diseluruh dunia. Malah masyarakat Islam antarabangsa seakan bagaikan disihir apabila melihat hanya IM sahajalah organisasi yang terbaik. Sedangkan disebaliknya organisasi ini menyimpan racun dibalik dan duri di balik keindahannya 'namanya'.

Pemikiran Ikhwanul Muslimin

Sejak awal mula didirikan, pergerakan ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran Jamaludin Al Afghani, seorang penganut Syi'ah Babiyah, yang berkeyakinan wihdatul wujud (bersatunya hamba dengan zat Allah), bahawa kenabian dan kerasulan diperoleh usaha, sebagaimana halnya dengan menulis dan mengarang. Dia -Jamaludin Al Afghani- kerap mengajak kepada pendekatan Sunni-Syiah (yang sangat tidak mungkin dilakukan), bahkan dia juga mengajak kepada persatuan antara agama (Da’wah Ikhwanul Muslimin fi Mizanil Islam hal. 36, Farid bin Ahmad bin Manshur).

Dakwah Ikhwanul Muslimin

IM adalah organisasi yang mengaku berdakwah atas manhaj Salaf, padahal pada hakikatnya manhaj dakwah mereka adalah dakwah yang telah jauh dari Islam. Dibangun atas bid’ah, mereka bukanlah ahlul hadis kerana mereka sangat jarang sekali menukil sunnah Nabi dan bahkan mereka menyimpang dari sunnahnya, melencong dari salafussalih, berjalan di atas sufiyah, beraqidah tidak jelas dan bercampur aduk, dan lebih berorientasi kepada politik melebihi aqidah dan tauhid (Disalin dari tulisan Syaikh Abu Abdussalam Hasan bin Qasim al-Hasani ar-Riimi dalam Majalah Adz-Dzakhiirah Al-Islamiyah Edisi 37 – 1429H)

Sementara itu, Hasan Al-Banna selaku 'pencipta' IM menjelaskan mengenai manhaj dakwah organisasinya itu menjelaskan bahawa dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah ditujukan untuk melawan satu aqidah, agama, ataupun golongan, kerana faktor pendorong perasaan jiwa para pengembang dakwah jama’ah ini adalah berkeyakinan fundamental, yang mana semua agama samawi berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu atheisme (Qafilah Al-Ikhwan As-siisi 1/211)

Mengenai penyataan Al-Banna, Utsman Abdus Salam Nuh, memberikan ulasan ucapan itu di dalam bukunya At-Thoriq ila Jama’ati Al-Umm halaman 173: “Bagaimana boleh disebut dakwah Islamiah, kalau tidak sudi memerangi aqidah-aqidah yang menyimpang, sedangkan Islam sendiri diturunkan untuk membenteras pelbagai penyimpangan aqidah dan membersihkan hati manusia dari keyakinan-keyakinan itu”

Bukti Kesesatan Ikhwanul Muslimin dan Tokoh-tokohnya

Disini kami tampilkan beberapa kesesatan IM berserta bukti-buktinya. Kerana sesungguhnya IM adalah organisasi dakwah yang lebih menyeru kepada kesesatan daripada kebaikan.

1. Penyatuan Seluruh Agama dan Aliran

Hasan Al-Banna dalam gerakannya mahu menyatukan kesemua orang yang mengaku Islam tidak mengira mereka berakidah sufi, wihdatul wujud, syi’ah dan rafidhah. (Turkah Hasan Al Banna wa Ahammul Waritsin, Syaikh Ayyid As-Syamari)

Hasan Al-Banna pernah memberikan ceramah,

“...maka saya ikrarkan bahawa permusuhan kita terhadap orang-orang Yahudi bukanlah merupakan permusuhan (atas dasar) agama, kerana Al Quran yang mulia menganjurkan (kita) untuk bersahabat karib dan berkawan rapat dengan mereka, dan (syariat) Islam (sendiri) adalah syariat yang bersifat kemanusiaan sebelum menjadi syariat yang bersifat qaumiyyah (untuk kaum/bangsa tertentu), dan sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memuji mereka (orang-orang Yahudi) serta menjadikan adanya kesesuian antara kita dan mereka...” (Fii Qaafilatil Ikhwaanil Muslimin, Abbas As-Siisy)

Dalam satu majlis keramaian yang dianjurkan oleh IM, Hasan Al Banna telah mengundang beberapa tokoh dan pendeta Nasrani serta menempatkan tempat duduk mereka di antara orang-orang anggota IM. Pada kesempatan tersebut itu juga, Hasan Al Banna telah menyampaikan sebuah pidato yang di dalamnya, dia memanggil / menyebut / menggelarkan orang-orang Nasrani dengan sebutan “Ikhwaaninaal Masiihiyyiin” (saudara-saudara kami yang beragama Nashrani) (Hasan Al Banna, Mawaaqifu fii ad Da’wati Wat Tarbiyyah hal. 120)

Bahkan dalam kitab yang sama (hal. 264-265), Hasan Al-Banna menyebut bahawa Islam melarang seseorang muslim untuk fanatik terhadap agamanya.

Umar At-Tilmisani, pemimpin IM ke-3 menyatakan ;

Usaha penyatuan antara Syi’ah dan Sunnah merupakan kewajiban para ahli fiqh zaman ini.” (Majalah ad-Da’wah al-Mishriyyah edisi 105, Juli 1985 M).

At-Tandzim ad-DaulI Li Jama’ati al-Ikhwan al-Muslimin (Organisasi Anatarabangsa Ikhwanul Muslimin) telah menerbitkan memorandum yang berkaitan dengan Revolusi Islam (Syiah) Iran yang sedang berlangsung. Dalam memorendum berkenaan menyebut;

“Dengan ini, Organisasi Antarabangsa Ikhwanul Muslimin menyeru setiap pemimpin, organisasi pergerakan Islam di Turki, Pakistan, India, Indonesia, Afghanistan, Malaysia, Philipina dan organisasi Ikhwanul Muslimin di negeri-negeri Arab, Eropah dan Amerika untuk mengirimkan utusan mereka dalam satu bentuk delegasi yang akan diterbangkan ke Tehran dengan menggunakan pesawat Khas, bagi tujuan untuk menemui al-Imam Ayatullah al-Khomeini, dalam rangka menekankan dukungan pergerakan Islam yang diwakili oleh Ikhwanul Muslimin, Hizb as-Salamah Turki, al-Jama’ah al-Islamiyah di Pakistan, al-Jama’ah al-Islamiyah di India, Jama’ah Partai Masyumi di Indonesia, Angkatan Belia Islam Malaysia, dan al-Jama’ah al-Islamiyah di Philiphina. Pertemuan itu merupakan salah satu tanda kebesaran Islam dan kemampuannya untuk mencairkan perbezaan-perbezaan ras, kebangsaan dan mazhab…” (Majalah al-Mujtama’ al-Kuwaitiyah, edisi 434, 25/2/1979)

2. Syirik, Berdoa Pada Kuburan

Umar At-Tilmisani, Al-Mursyid Al-‘Am (Pemimpin Umum) Ikhwanul Muslimin ke-3, menyatakan bahwa;

“Sebahagian orang menyatakan bahawa Rasulullah memohon keampunan untuk mereka (penziarah kubur) tatkala beliau masih hidup sahaja. Tetapi saya tidak mendapatkan alasan pembatasan itu pada masa hidup baginda. Dan di dalam Al-Quran, tidak ada yang menunjukkan adanya pembatasan tersebut... Oleh kerana itu,  saya cenderung kepada pendapat yang menyatakan bahawa baginda telah memohon keampunan dikala baginda masih hidup, maupun sesudah matinya - bagi siapa yang mendatangi kubur yang mulia” (Syahidu Al-Mihrab Umar bin Al-Khattab hal 225-226, Umar At-Tilmisani)

Mushthafa As-Siba`i, Al-Mursyid Al-`Am dari Ikhwanul Muslimin, Syiria, pernah mengubah qashidah yang dibacakannya di atas kubur Nabi. Di antara bait-baitnya adalah: ''Wahai tuanku, wahai kekasih Allah. Aku datang diambang pintu kediamanmu mengadukan kesusahanku kerana sakit. Wahai tuanku, telah berlarut rasa sakit dibadanku. Kerana sangat sakitnya, akupun tak dapat mengantuk mahupun tidur.....'' (Al-Waqafat hal. 21-22)

3. Beraqidah Dengan Aqidah Yang Menyimpang

Sayyid Qutb, tokoh besar mereka yang akhirnya dihukum gantung, beraqidah wihdatul wujud (penyatuan Allah dengan makhluk) sebagaimana yang dia sebutkan; 

“Hakikat yang ada adalah wujud yang satu. Maka di alam ini tidak ada yang hakikat kecuali hakikat Allah. Dan di sana tidak ada wujud yang hakiki kecuali wujud-Nya. Kewujudan selain Allah hanyalah sebagai kewujudan yang bersumber dari kewujudan yang hakiki itu” (Fii Zhilalil Al-Qur’an (6/4002))

Sementara itu tokoh IM yang lainnya, Said Hawa, berbicara tentang pandangannya mengenai aqidah kaum muslimin. Dia beranggapan bahawa umat Islam pada setiap masanya, (lebih banyak) yang beraqidah Asy`ariyyah-Maturidiyyah (termasuk golongan pentakwil nama dan sifat Allah). Sehingga dengan itu beliau berangapan bahawa itulah aqidah yang sah dalam Islam. (Jaulah fil Fiqhain – Sa`id Hawwa).

4. Menghidupkan Bid’ah

Mengaku sebagai organisasi yang menyeru kepada sunnah, tetapi menghidupkan bid’ah?

“Ustaz Al-Banna beranggapan bahawa menghidupkan hari-hari kebesaran Islam (selain dua hari `ied), adalah termasuk tugas harakah-harakah (gerakan) Islam. Beliau juga menganggap bahawa suatu hal yang perlu dilakukan, terutama sekali pada zaman moden ini seperti dengan mengadakan sambutan maulid nabi dan yang sejenisnya, dapat diterima secara fiqh dan harus mendapat keutamaan yang tersendiri” (At-Tarbiyyah Ar-Ruhiyyah, Said Hawwa)

“IM mengadakan pesta perayaan dalam rangka memperingati peristiwa perang Badar di cabang IM wilayah ‘Abbasiyyah di Kaherah. Dalam perayaan tersebut, disampaikan ceramah mursyidul am IM yang kemudian dimuatkan ke dalam surat khabar pada hari berikutnya” (Mahmud ‘Abdul Halim, Al Ikhwanul Muslimun Ahdaatsun Shana’atit Taarikh (3/127))

5. Fanatik Pada Ulama dan Pemimpin Mereka.

”(Banyak) dari kalangan pengikut Ikhwanul Muslimin yang mengetahui bahwa mereka bodoh dalam masalah din (agama). Apabila kita menyatakan kepadanya : ini halal, atau ini haram adalah sudah kita tegakkan dalil-dalilnya, ia akan mengelak sambil menjawab: Yusuf Qordhawi di dalam al-halal wal haram bilang begini, Sayyid Sabiq dalam Fiqhus Sunnah, atau Hasan Al-Banna di dalam Ar-Rasail atau Sayid Quthub dalam tafsir Fi Dzi lalil Quran bilang begini! Bolehkah dalil-dalil yang jelas dipatahkan dengan ucapan-ucapan mereka?” (Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i, Al-Makhraj Minal Fitan hal. 86)

“Pada tanggal 12 Febuari 1953 Masihi, para anggota Majlis Tsaurah menyatakan keinginan mereka untuk menziarahi tempat pemakaman Hasan Al Banna (dalam rangka) mengenang kematiannya, maka keinginan tersebut disambut baik oleh pihak IM, sehingga di tempat pemakaman mereka disambut oleh sejumlah besar anggota IM, yang dipimpin oleh Al-Mursyid Al-‘Am Ikhwanul Muslimin (Hasan Al Hudhaiby, pemimpin IM yang ke-2).” (Mahmud ‘Abdul Halim, Al Ikhwanul Muslimun Ahdaatsun Shana’atit Taarikh (3/179))

Kesimpulan

Sebenarnya kesesatan-kesesatan yang ada pada organisasi dan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin masih banyak. Namun kami tidak mampu muatkan kesemuanya dalam satu penulisan yang ringkas seperti ini.

Diharapkan setelah anda (para pembaca) membaca risalah ringkas di atas tadi, maka jelaslah bagi kita bahawa Ikhwanul Muslimin adalah organisasi dakwah yang lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Organisasi ini sangatlah hampir kepada kesesatan dan sangat dekat kepada kebodohan. Masih banyak tokoh atau badan lain yang boleh dijadikan rujukan, diantaranya Syaikh Bin Baz, Syaikh Ibnu Utsaimin, Lajnah Ad-Daimah, dan lain-lain.

Sementara itu, untuk melengkapkan lagi dan menyempurnakan artikel ini, kami bawakan keterangan para ulama mengenai Ikhwanul Muslimin.

Pendapat dan Fatwa Para Ulama Mengenai Ikhwanul Muslimin 

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz menyatakan bahawa;

“Harakah Ikhwanul Muslimin telah dikritik oleh para ahlul 'ilmi yang mu'tabar (terkenal/dapat dipercaya/diperhitungkan). Salah satunya (kerana) mereka tidak memperhatikan masalah da'wah kepada tauhid dan memberantas syirik serta bid'ah. Maka sewajibnya bagi Ikhwanul Muslimin untuk memperhatikan da'wah Salafiyah yang menjuruskan da'wah kepada dakwah menegakkan tauhid, mengingkari ibadah di kubur-kubur dan meminta pertolongan kepada orang-orang yang sudah mati seperti Hasan, Husein, Badawi dan sebagainya.Wajib bagi mereka untuk mempunyai perhatian khusus dengan makna Laa Ilaaha Illallah, Kerana inilah pokok agama dan perkara yang pertama didakwahkan oleh Rasulullah Salallahu 'Alaihi wa Sallam yang mulia di kota suci Makkah!!” (Al-Majalah edisi 806 tanggal 25/2/1416 H Hal. 24)

“Tidak benar bila dikatakan bahawa Ikhwanul Muslimin termasuk dalam kelompok Ahlus Sunnah, kerana mereka memerangi As-Sunnah.” (Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, diambil dari kaset Fatwa Para Ulama seputar Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin, studio Minhajus Sunnah, Riyadh)

“Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Tabligh bukan termasuk orang-orang yang berada di atas manhaj yang benar. Sesungguhnya seluruh jamaah dengan nama-nama semacam itu tidak mempunyai sandaran pada pendahulu umat ini.” (Syaikh Salih Al-Luhaidan, diambil dari rekaman kaset Fatwa Para Ulama tentang Jamaah-jamaah dan Pengaruhnya di Negeri Al-Haramain, Studio Minhajus Sunnah, Riyadh)

Sementara itu, Syaikh Salih bin Fauzan Al-Fauzan ditanya,

“Apa hukum berada di dalam kelompok-kelompok seperti Jamaah Tabligh, Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir dan lain-lain di negeri muslimin secara umum?”

Jawapan :

“Jamaah-jamaah pendatang ini wajib untuk tidak kita terima, kerana mereka ingin menyelewengkan kita dan memecah-belah kita. Menjadikan yang ini ikut jamaah Tabligh, yang ini ikut Ikhwanul Muslimin, yang ini begini… Kenapa berpecah seperti ini? Ini termasuk kufur terhadap nikmat Allah. Kita berada di atas satu jamaah dan agama kita jelas. Kenapa kita menjadikan yang rendah sebagai ganti yang baik?” (Al-Ajwibah Al- Mufidah)

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah satu dari 72 golongan yang tidak berada di atas jalan selamat (rakaman pelajaran Al-Muntaqa di kota Tha‘if, 2 tahun sebelum wafatnya beliau - rahimahullah)

Demikianlah sedikit maklumat yang mampu kami sampaikan. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang diampuni Allah.

Wallahu a’lam.

Post a Comment

0 Comments