KEJUTAN DALAM PRU13

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2013 - Apa yang dijangkakan: Pakatan Rakyat (PR) menang mudah undi pengundi kali pertama dan golongan muda dalam Pilihan Raya 2013. Apa yang tidak dijangkakan: Barisan Nasional (BN) mendapat lebih undi Melayu dalam kategori ini.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13), tanggapannya adalah PR akan mendapat sokongan besar pengundi kali pertama dan pengundi muda kerana fokus mereka kepada pelbagai isu termasuk rasuah yang akan menjadi tarikan kepada pengundi muda.

Pembangkang juga mempunyai ahli politik muda seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Liew Chin Tong yang mendapat sokongan daripada golongan muda Malaysia.


Tetapi, menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, ini tidak berlaku. Beliau mendapati majoriti pengundi kali pertama dan pengundi muda Melayu menyokong BN dalam PRU13, mencadangkan pembangkang tidak melakukan banyak untuk meyakinkan golongan muda Melayu, masa depan mereka cerah bersama PAS, PKR dan DAP.

Menurut Ibrahim, segmen ini akan menjadi lebih besar dalam pilihan raya akan datang kerana kadar kelahiran yang tinggi di kalangan Melayu.

Melihat perubahan terhadap populasi, pengundi Melayu akan menjadi terbesar dalam kategori pengundi baru dalam pilihan raya akan datang, menghampiri dua pertiga atau 64.17 % daripada pengundi baru yang mendaftar dalam tahun ini.

Jadi, PR perlu terus memperbaiki kedudukannya dalam isu hak Melayu dan gandingkan bersama penekanan kepada penciptaan peluang pekerjaan dan kekayaan.

Corak pengundian pengundi muda dan pengundi kali pertama dikumpulkan oleh Merdeka Center sebagai sebahagian daripada kajian pilihan raya umum baru-baru ini.

Terdapat lima saluran mengundi dan setiap daripadanya mewakili kumpulan umur pengundi.

Menurut badan tinjauan bebas itu, berdasarkan daftar pemilih digunakan semasa hari mengundi, terdapat lebih kurang 2.7 juta dan kebanyakan pengundi baru berada di kerusi campuran dan bandar.

Daripada lima saluran mengundi, kumpulan termuda adalah di bawah 30an dan 64.17% daripadanya terdiri daripada Melayu.

Peratusan keluar mengundi bagi semua kaum dalam kategori ini adalah 83.22%. Daripada keseluruhannya, hanya 52.96% mengundi PR.

Tetapi pengundi lebih tua daripada kumpulan ini condong menyokong pembangkang. Dalam kumpulan umur 31-40 tahun, 54.25% menyokong PR.

Komposisi etnik dalam kumpulan ini adalah 53.12% Melayu, 29.28% Cina, 7.61% India dan 10% lain-lain. Peratusan keluar mengundi hampir sama dengan kumpulan pengundi muda iaitu 83.47%.

“Pakatan Rakyat tidak mempunyai jalan lain tetapi mendekati Melayu, tangani ketakutan mereka mengenai kedudukan Melayu dan pada masa sama membentangkan pelan ekonomi yang komprehensif,” kata Ibrahim. – http://www.themalaysianinsider.com

Post a Comment

0 Comments