KENYATAAN AKHBAR PEJABAT PERDANA MENTERI BERKENAAN FITNAH KETUA PEMBANGKANG DALAM ISU 'KERAJAAN PERPADUAN'

1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd Najib merupakan "daya imiginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikaikan keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal".

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan Dato' Sri Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato' Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya ysaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.


Pejabat Perdana Menteri
16 Ogos 2013


Post a Comment

1 Comments

  1. Hi, I check your blog regularly. Your humoristic style is witty, keep it
    up!

    Also visit my homepage - kredit von privat erfahrungen

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.