KERAJAAN DAP PULAU PINANG NAIKKAN TARIF AIR. PAK-PAK LEBAI PAS DAN PKR DAH BOLEH PRAKTIS TAYYAMUM

Oleh : Jebat

Jika selama ini Pakatan Khawarij sibuk merekayasakan Kerajaan Persekutuan sebagai 'zalim', 'tidak berperikemanusiaan', hari ini nampaknya sumpah seranah yang mereka baling kepada kerajaan Persekutuan kembali ke muka-muka mereka. Tetapi hari ini, mereka dah ikut sama [rujuk disini]

Kerajaan Persekutuan sudah lama mengenal 'perangai rakyat Malaysia' yang gemar membazirkan air. Maka kerajaan mengambil inisiatif mengenakan 'bayaran tambahan' agar rakyat dapat berjimat cermat dan tidak membazirkan penggunaan air. Namun begitu bila kerajaan persekutuan mengambil inisiatif seperti ini, maka Pakatan Khawarij mulalah melakukan propaganda bahawa kerajaan cuba bertindak zalim terhadap rakyat.

Jadi hari ini kita hendak bertanya kepada pembangkang, apakah pula tindakan ini sebagai satu tindakan 'yang berhemah'? Atau mungkin ini juga sebahagian dari kerangka untuk 'UBAH' tarif air daripada Murah kepada Mahal? Dan setelah berjaya mengekalkan Pulau Pinang dalam genggaman DAP, 'INI KALI LAH' bil air dinaikkan. Dikalangan bloggers Pro Khawarij juga diam dari berkata-kata... Malah bloggers dari Parti Islam dan Parti Keadilan sendiri tidak mengeluarkan sebarang kritikan. Apakah ini tandanya kalian bersetuju dengan 'kezaliman' kerajaan CINA DAP Pulau Pinang??

Post a Comment

0 Comments