ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 1 August 2013

KERAJAAN KAJI TANGGUH HANTAR PELAJAR BAHARU KE MESIR

Oleh : Bernama

PUTRAJAYA, 31 Julai 2013 - Kerajaan akan mengkaji keperluan menangguhkan penghantaran pelajar-pelajar baharu Malaysia ke Mesir berikutan pergolakan di negara Timur Tengah itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata penilaian ini akan dibuat terutama kepada pelajar yang mendapat tajaan biasiswa kerajaan.

"Sehubungan itu, kementerian menasihatkan agensi-agensi lain supaya mengambil langkah sama sehingga keadaan (di Mesir) kembali kepada sediakala," katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa di Kementerian Luar di sini Rabu.

Anifah berkata perkara itu telah dibincangkan Kabinet untuk tindakan selanjutnya.

Kini, terdapat 3,385 pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir.

Mengenai hubungan Malaysia dengan kerajaan sementara Mesir, Anifah berkata kerajaan tidak akan masuk campur urusan dalaman negara itu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan pendirian supaya rakyat Mesir diberi peluang untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa campur tangan kuasa luar," katanya.

Ditanya sama ada isu fahaman syiah di negara ini akan menjejas hubungan dua hala dengan kerajaan Iran, beliau berkata hubungan kedua-dua kerajaan pada masa ini masih erat.

Komen PM : Putuskan sahaja hubungan dengan IRAN dan alihkan pelajar Malaysia dari berkiblatkan Mesir ke Arab Saudi dan Yaman pula.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute