[KHABAR DARI BRUNEI] AIDILFITRI DI ISTANA NURUL IMAN DISAMBUT DENGAN GEMILANG

Oleh : Pg. Arsul Pg. Hj. Abdul Momin, Pg. Haji Waliyuddin Pg. Haji Ahmad 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 9 Ogos 2013 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri menandakan kemenangan bagi umat Islam di seluruh dunia selepas berjaya menyempurnakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa penuh dalam bulan Ramadan.

Umat Islam di Negara Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran serta kemeriahan bersama ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan juga sahabat handai.

Sudah menjadi tradisi saling kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi bagi mengukuhkan hubungan silaturahim baik dalam kalangan rakyat dan penduduk mahupun pembesar negara dan raja yang dikasihi.

Seperti lazimnya pada tahun-tahun yang sudah setiap 1 Syawal, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah para pembesar negara yang terdiri daripada Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, Yang Mulia Timbalan-Timbalan Menteri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, para diplomat serta perwakilan asing di negara ini, Setiausaha-Setiausaha Tetap, dan para pegawai kanan kerajaan bersama isteri masing-masing yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Hajah Norhayati, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani dan cucunda-cucunda serta kerabat diraja yang lain.

Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain juga berkenan menerima sembah ucapan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' dan seterusnya berkenan beramah mesra serta berinteraksi bersama para pembesar negara dan diplomat asing bagi mencerminkan kemesraan dan ketulusan dalam mengukuhkan hubungan serta melahirkan rasa muhibah.

Majlis ini juga turut menarik perhatian para tetamu asing kerana berpeluang untuk menyaksikan sendiri secara lebih dekat akan kemesraan baginda berdua dan kerabat diraja yang lain dalam sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ya, merayakan Idilfitri di Beunei sangat mengesankan. Ini bisa menjadi bahagian dari rekreasi.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.