ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 9 August 2013

[KHABAR DARI TEMASIK] SEMAKIN RAMAI ORANG MELAYU SINGAPURA MAMPU BERKERETA MEWAH

Oleh : NUR 'ADILAH MAHBOB

MATA anda tidak silap jika anda lihat lebih ramai orang Melayu bergaya dengan kereta mewah BMW pada Hari Raya ini.

Tapi, anda mungkin silap jika anda sangka itu kereta sewa atau kereta bos.

Menurut pemerhati industri kereta, lebih ramai orang Melayu kini mampu membeli kereta mewah seperti BMW dan Mercedes.

Seorang peniaga kereta BMW memberitahu Berita Harian bilangan pelanggan Melayunya bertambah 20 hingga 30 peratus sejak lima hingga tujuh tahun lalu.

"Bilangan pelanggan Melayu secara keseluruhannya masih kecil, tetapi yang pasti ia semakin meningkat setiap tahun," katanya.

Menurut beliau, pembeli Melayu itu kebanyakannya eksekutif muda.

Kereta mewah terpakai juga semakin popular di kalangan pembeli Melayu.

Tahun ini, syarikat peniaga kereta pramilik mewah, Performance Premium Selection Limited (PPSL), antara syarikat yang tampil dalam iklan klassified keluaran khas Salam Aidilfitri, yang dihasilkan dengan kerjasama Berita Harian dan ruangan Klassified.

PPSL, anak syarikat Performance Motors Limited, iaitu syarikat dalam kumpulan Sime Darby Group, antara konglomerat terbesar Asia Tenggara.

Ia menawarkan pelbagai khidmat runcit bagi kereta BMW terpakai di Singapura di bawah jenama BMW Premium Selection (BPS), serta aneka jenis kereta mewah lain di bawah jenama Select by Performance Premium Selection (Select by PPSL).

Kehadiran PPSL dalam ruangan Klassified itu dilihat sebagai satu keyakinan tinggi terhadap pelanggan Melayu golongan pertengahan.

Selain itu, Klassified keluaran khas Salam Aidilfitri itu menampilkan ejen rumah Riyan Ria daripada Francis Tan Realty, yang 'beraya' bersama para pelanggan yang dibantunya menjelang Syawal ini.

Ikuti juga kisah pasukan lima ejen Melayu/Islam daripada syarikat hartanah terkenal, Dennis WeeGroup (DWG), yang tidak hanya menguruskan jual beli hartanah di Singapura.

Pasukan itu, sebahagian daripada divisyen GTA United, turut menguruskan hartanah di luar negara, seperti di Iskandar, Kuala Lumpur, Melaka, Australia dan Britain.

Turut dipaparkan ialah Cik Adhana Kamis daripada PropNex Realty, yang menempa kerjaya baru sebagai ejen hartanah setelah bertukar daripada bidang perbankan.

Pemilik kedai produk kecantikan B Beauty Care, Cik Fatima Haji Abdul Kader, pula mengongsi rahsia kecantikannya dalam Salam Aidilfitri.

Beliau pengasas Everrose Cosmetics, yang menawarkan sekitar 40 produk bagi kulit jenis biasa, berminyak, kering atau yang menghadapi masalah pigmentasi.

1 comment:

  1. Yalah tu - si Cina PENJAJAH S'pura MEMPERGUNAKAN Melayu/Islam, utk memperbodohkan kita kat Tanah Melayu ini. Jadi senanglah syarikat-sy hartanah CINA S'pura untuk terus RAMPAS tanah pusaka kita kat seluruh Tanah Melayu ini! Buta betul si Bumiputera Melayu/Islam yg tak sedaq mereka dah jadi PENGEMIS/PENUMPANG MEREMPAT di S'pura, tanah PUSAKA warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain! Bumiputera Islam/Melayu Singapura dah dijahanamkan hak mereka oleh rejim PENJAJAH CINA PAP-ANJINGKURAP, termasuk dengan membawa jutaan imigran Cina dan Kristian!

    Sila lihat bagimana bumi pusaka kita, termasuk P. Pinang, Selangor dan Johor (juga Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Kucing, Labuan dsbnya) makin TERGADAI kepada si PENJAJAH GELOJOH Cina Singapura (yg sekutu kuat Barat-Israel - lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009) – dahlah Bumiputera Islam/Melayu Singapura dah dijahanamkan hak mereka, termasuk dengan membawa jutaan imigran Cina dan Kristian! Sila lihat
    http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/07/05/KL-Trillion-residential-units-unveiled-The-39storey-apartment-will-be-one-of-two-identical-residenti.aspx, KL Trillion residential units unveiled, By LIZ LEE, published: Friday July 5, 2013:

    KUALA LUMPUR: Singapore-based developer Sim Lian Group Ltd has launched the second portion of its maiden project KL Trillion – a block of luxury serviced residences located along Jalan Tun Razak.

    The 39-storey apartment will be one of two identical residential towers which have a combined gross development value of RM864mil. There will be 168 units of apartment in each block in eight different configurations.…The company’s subsidiary, Perumahan SLG Central Sdn Bhd, will be overseeing the construction of both towers.

    ……“We intend to acquire more land in Malaysia. Kuala Lumpur is always a good choice but we’re open to opportunities in Penang and Iskandar Malaysia, which is all the rage with Singaporeans now,” construction subsidiary SLC (M) Sdn Bhd director Lau Cheng Piw said…..

    MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute