KOLUMNIS HARAKAH AKUI PAS TERIMA SYIAH

Oleh : Jebat

Dr. Ahmad Farouk Musa, Pengerusi dan Pengasas Jaringan Islam Liberal di Malaysia atau Renaissance Islamic Front mengakui PAS sudah menerima konsep Syiah sejak zaman kepimpinan Yusuf Rawa. Katanya dalam Portal Free Malaysia Today turut mengakui bahawa konsep kepimpinan Ulama merupakan satu konsep yang diasaskan oleh negara yang memiliki majoriti penganut Syiah tertinggi di dunia : Iran.

"konsep kepimpinan ulama di dalam PAS dibentuk oleh bekas presiden PAS Yusof Rawa dalam tahun 1979 berdasarkan konsep Wilayat al Faqih dari Iran"

Ini sekaligus membuktikan bahawa hubungan rapat antara PAS dan SYIAH bukanlah satu perkara yang asing. Malah pada pemilihan yang lalu, seorang pemimpin Pro Syiah telah diangkat menjadi Timbalan Presiden parti berkenaan selain salah seorang dari ahlinya kini menjadi Adun di kawasan Kubang Rotan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.

Tidak memeranjatkan juga bahawa, salah seorang Ahli Parlimen PAS dari Sepang turut terlibat sebagai peguam bela Syiah dalam satu kes yang melibatkan penganut ajaran berkenaan. Secara tidak langsung, 'keintiman' SYIAH dan PAS bukanlah bermula sejak PRU13 yang lalu sebaliknya ketika era kepimpinan sebelum Hadi Awang mengambil alih jawatan Presiden PAS.



Post a Comment

0 Comments