MAT SABU TAK NAK KRITIK SYIAH

SHAH ALAM, 16 OGOS 2013 : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu Syiah serta dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan ajaran tesebut. Sebaliknya, Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' menegaskan polemik tersebut sengaja ditimbulkan media arus perdana setiap kali tiba musim pemilihan parti. Parti Islam pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan mengadakan muktamar tahunan dan pemilihan barisan kepimpinan pada November ini.
"Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan...ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab.
"Tidak mahu menjawab apa-apa (mengenai Syiah)...sori," kata Mohamad ketika ditemui Antarapos di kediamannya di sini.
Sejak kebelakangan ini, isu Syiah timbul kembali dan Mohamad menjadi 'mangsa serangan' kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan ajaran itu.
Sebelum ini, Mat Sabu beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Malah terdapat dakwaan Syiah sudah menular di beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh mazhab tersebut. - Antarapos

Post a Comment

1 Comments

  1. Banyak lagi antara mrk yg masih lagi konfius dan belum dpt membezakan antara Kebenaran, kebathilan dan yg syubhah. Itu antara sebab pendirian yg berbeza beza antara pimpinan dan ilmuan mrk, dan pendirian juga berubah ubah mengikut masa dan keadaan.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.