ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 17 August 2013

NAK KAHWIN JANGAN CARI YANG SYIAH - MUFTI PERLIS

KUCHING, 17 OGOS 2013 : Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menasihati umat Islam di negara ini yang ingin berkahwin, agar tidak memilih pengikut ajaran Syiah sebagai pasangan hidup.

Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.

"Kita tidak mengharamkan pernikahan tersebut sebaliknya kita melarang dan memberi peringatan agar pasangan terbabit berfikir sedalam-dalamnya jika berlaku masalah dalam  perkahwinan tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Juanda berkata larangan itu juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan diperakui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) November tahun lepas.

"Langkah tersebut bertitik tolak daripada satu kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Perlis melibatkan seorang isteri yang menuntut cerai daripada suaminya iaitu pengikut tegar ajaran Syiah, empat tahun lalu.

"Kes itu masih belum selesai berikutan perbezaan ajaran antara pasangan tersebut sekali gus menyebabkan status perkahwinan wanita yang mempunyai dua anak terbabit ibarat digantung tidak bertali," katanya.

Ditanya langkah yang diambil pihaknya jika pasangan berkeras untuk meneruskan perkahwinan, Juanda berkata pihaknya akan menemu bual pasangan yang mengikuti ajaran Syiah bagi mengenal pasti tahap pemahamannya mengenai ajaran itu.

Mengulas langkah yang diambil untuk menyekat penyebaran ajaran Syiah, Juanda berkata Perlis mengambil langkah awal, antaranya tidak menerima kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran itu.

"Kita telah melihat dan mengkaji bagaimana ajaran Syiah ini tersebar, satu caranya ialah melalui kemasukan pelajar-pelajar dari Iran, Pakistan dan Lubnan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di Perlis tidak menerima mana-mana kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran tersebut," katanya. - Astro Awani

1 comment:

  1. Syiah bukan Islam, macam mana boleh jadi sah nikah dgn bukan Islam.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute