PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH PERLI ADUN PAS PAS DALAM ISU SYIAH

Oleh : Jebat

“Ajaran selain daripada Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Fatwa ini telah diperkenankan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Saya gesa semua pihak bersatu dan tidak lagi berbalah berhubung perkara yang sudah disepakati  bersama,”

Itulah antara ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Beliau dalam ucapannya turut kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang gemar mempolitikkan isu-isu yang melibatkan kepentingan aqidah umat Islam.

“Kerajaan mahupun pembangkang perlu tahu peranan masing-masing. Ruang yang ada harus diisi bagi memacu agenda transformasi agar tanggungjawab kepimpinan terlaksana, selain program pembangunan,” kata beliau.

Memetik kenyataan beliau dari Astro Awani, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah itu juga mahukan agar masjid-masjid dan surau diseluruh negeri Kedah dijadikan platform penyatuan ummah di negeri berkenaan. 

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, Syiah adalah sejenis kuih.

Untuk rekod, Pas Kedah mempunyai seorang wakil Syiah dalam Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan iaitu YB Mohd Nasir. 

Post a Comment

0 Comments