ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 14 August 2013

PENYOKONG KUDETA MESIR, MOHAMED EL-BARADEI MENGAKU DIRINYA SEORANG SYIAH

Oleh : Banan

MESIR – Salah satu tokoh utama yang menyokong rampasan kuasa oleh tentera yang terjadi di Mesir, Mohamed El Baradei, telah menyatakan bahawa dirinya seorang Syiah.

Wakil presiden Mesir itu menyampaikan pernyataan itu ketika mahu melaksanakan solat Eid-ul Fitri di Masjid Al-Azhar, Kaherah, lapor agensi berita Buratha pada hari Selasa (13/8/2013).

El Baradai, yang ketika ini mengetuai Parti Al-Dastoru di Mesir telah mengejutkan jamaah Muslim dengan mengatakan bahawa dia akan bersolat mengikut tata cara Syiah. Ketika ditanya apakah dia telah memeluk Syiah, El Baradei mengatakan, “Saya memiliki identiti Sunni dan keyakinan Syiah dan tidak ada alasan bagi saya untuk menolak keyakinan saya.“

Sebelum ini, El Baradei telah dikritik oleh kumpulan Salafi Mesir ekoran tindakan beliau yang menerima kunjungan wakil kerajaan Iran yang melawat Mesir sejurus kejatuhan Presiden Mohamed Morsi. Malah dalam pertemuan berkenaan, beliau turut menyatakan bahawa sekiranya Syiah diterima di Arab Saudi untuk melaksanakan ibadah haji, maka tidak ada halangan bagi puak berkenaan untuk datang ke Mesir.

Mantan Ketua Pengarah Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) ini juga disebut-sebut sebagai salah satu diantara pihak yang terlibat dalam pembukaan 'Huseiniyah Syiah' pertama di Mesir. - (Arrahmah.com)

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute