PERUTUSAN AIDILFITRI 1434 HIJRAH DARI PEJABAT PENA MINANG

Oleh : Pejabat Pena Minang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.


إِنَّ الۡحَمۡدَ لِلّٰهِ نَحۡمَدُهُ وَ نَسۡتَعِيۡنُهُ وَ نَسۡتَغۡفِرُهُ، وَ نَعُوۡذُ بِاللّٰهِ مِنۡ شُرُوۡرِ أَنۡفُسِنَا وَ مِنۡ سَيِّئَاتِ أَعۡمَالِنَا.

مَنۡ يَهۡدِهِ اللّٰهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَ مَنۡ يُضۡلِلۡ فَلَا هَادِيَ لَهُ،

وَ أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيۡكَ لَهُ،

وَ أَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُ وَ رَسُوۡلُهُ.

يَآ أَيُّـهَا ٱلَّذِيۡنَ أٰمَنُوا ٱتَّقُوا ٱللّٰهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَ لَا تَمُوۡتُنَّ إِلَّا وَ أَنۡتُمۡ مُسۡلِمُوۡنَ. 

يَآ أَيُّـهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوۡا رَبَّكُمُ ٱلَّذِيۡ خَلَقَكُمۡ مِنۡ نَفۡسٍ وَاحِدَةٍ وَ خَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَ بَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالًا كَثِيۡرًا وَ نِسَآءً، وَ ٱتَّقُوا ٱللّٰهَ ٱلَّذِيۡ تَسَآءَلُوۡنَ بِهِ وَ ٱلۡأَرۡحَامَ إِنَّ ٱللّٰهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيۡبًا.

يَآ أَيُّـهَا ٱلَّذِيۡنَ أٰمَنُوا ٱتَّقُوا ٱللّٰهَ وَ قُوۡلُوۡا قَوۡلًا سَدِيۡدًا يُصۡلِحۡ لَكُمۡ أَعۡمَالَكُمۡ وَ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوۡبَكُمۡ، وَ مَنۡ يُطِعِ ٱللّٰهَ وَ رَسُوۡلَهُ فَقَدۡ فَازَ فَوۡزًا عَظِيۡمًا.

أَمَّا بَعۡدُ:

Sesungguhnya segala puji itu bagi Allah. Kami memuji-Nya, memohon pertolongan kepada-Nya dan memohon ampunan kepada-Nya. Dan Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan dari keburukan perbuatan-perbuatan kami.

Dan barangsiapa diberi hidayah oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa disesatkan oleh-Nya maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah.

Dan aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang patut disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya.

Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam Keadaan beragama Islam.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah Perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar.

Alhamdulillah. Kita dipertemukan lagi dengan bulan Syawal yang penuh dengan keberkatan dan kegembiraan. Raikanlah kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan tawaduk.

Ramadhan telah meninggalkan kita. Apakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan? Wallahu'alam. Berdoalah kepada Allah Azza Wajalla agar kita diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Pembaca yang budiman.

Negara kita telahpun melalui satu proses pemilihan pemimpin, seperti yang diamalkan pada tahun-tahun terdahulu. Ternyata pilihanraya kali ini adalah pilihanraya paling getir dan mencabar kerana dikatakan pilihanraya pertama yang melibatkan penggunaan media sosial secara meluas. Baik dipihak kerajaan ataupun pembangkang, medium sosial digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan pengaruh dikalangan rakyat.

Namun begitu amat mengecewakan apabila pihak pembangkang menjadikan media sosial sebagai medium untuk memfitnah kerajaan dengan pelbagai dakwaan yang kadangkala tidak masuk akal. Fitnah yang ditimbulkan tidak lain dan tidak bukan bagi menanam rasa benci selain mewujudkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan.

Sesungguhnya fitnah merupakan suatu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Fitnah pembangkang seperti menyatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak terlibat dengan pembunuhan Altantuya, mengimport 40 ribu bangla untuk mengundi dalam PRU13, berlakunya kejadian 'blackout' ketika PRU13, antara fitnah yang dicanang oleh pihak pembangkang.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Kewujudan Red Bean Army dibawah seliaan DAP telah menyaksikan serangan bertali arus dan terancang golongan yang digajikan oleh parti yang dihuni majoriti cina untuk menyerang dan memburuk-burukkan pemerintah. 

Namun disebalik serangan bertali arus ini, Allah masih membuat keputusan bahawa kerajaan yang ada sejak merdeka ini harus dikekalkan. Inilah dikatakan Kuasa ALLAH melebihi segala-galanya.

Walaupun pihak pembangkang menyatakan bahawa kejayaan mereka adalah kejayaan rakyat, namun harus diingatkan bahawa, disemua kawasan parlimen yang ditandingi oleh MCA, menyaksikan kejatuhan mendadak undi cina pada parti berkenaan. Secara lansung 'peralihan' undi cina ini menyaksikan DAP menjadi parti utama cina di Malaysia.

Orang-orang Islam dalam PKR dan PAS yang mendabik dada kononnya parti mereka menjadi parti pilihan orang Melayu harus menyedari bahawa pertambahan kerusi Melayu pada mereka tidak berlaku, sebaliknya apa yang berlaku ialah mereka kehilangan undi dari orang Melayu. Buktinya mereka tidak mampu menawan Perak selain hilang kekuasaan di Kedah.

Apakah ini yang dikatakan kejayaan oleh orang-orang Islam dalam Pakatan? Sedangkan suara mereka tidak menjadi suara dominan di dalam blok mereka sendiri. Hatta lantikan ketua pembangkang sendiri pun atas ehsan DAP yang mempunyai majoriti ahli parlimen dalam blok pembangkang.

Orang-orang Melayu dan Islam khasnya seharusnya tidak tertipu dengan sandiwara-sandiwara yang dimainkan pembangkang. Walaupun ada parti yang mengelarkan parti mereka sebagai parti Islam, namun tingkah laku pemimpin parti berkenaan tidak melambangkang Islam yang dibawa oleh Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam. Sebaliknya perjuangan yang dibawa dan yang dipegang oleh mereka lebih cenderung kepada ideologi Khawarij.

Isu Syiah juga harus diberikan perhatian yang serius oleh umat Islam di negara kita. Isu Syiah bukanlah satu isu politik atau sejenis kuih sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin pembangkang. Masalah Syiah merupakan satu isu yang melibatkan keselamatan aqidah umat Islam. Langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri wajar dipuji dan disokong oleh rakyat. Namun dalam masa yang sama, rakyat haruslah terus menambahkan ilmu pengetahuan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutama kaum keluarga sendiri agar tidak ada ahli keluarga yang terjerumus berlumuran dengan agama Syiah yang mengkafirkan sahabat dan isteri Nabi salallahu ‘alaihi wasallam .

Kami menyeru umat Islam agar kembali bersatu. Bersatulah dengan pemerintah Islam kerana ianya adalah sunnah yang dituntut dalam Islam. Dan sekiranya pemimpin itu melakukan kesilapan, maka tegurlah dengan penuh adab dan kehormatan. Kerana sejahat-jahat fir'aun, Allah masih memerintahkan Musa dan Harun bertutur kata dengan penuh kelembutan. 

Akhir sekali, raikanlah syawal ini sesuai dengan kehendak Islam. Janganlah diamalkan pembaziran atau melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam. Luangkan sedikit masa untuk melaksanakan sunnah Nabi  salallahu ‘alaihi wasallam iaitu berpuasa 6 hari sepanjang syawal. Kerana Abu Ayyub Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi salallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim)

Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!

Waalaikumsalamwarahmatullahiwabarokatuh.

Post a Comment

0 Comments