SERUAN PROFFESOR AQIDAH UNIVERSITI ISLAM MADINAH BUAT WARGA MESIR DAN PENUNTUT ILMU

Dipetik dari : SuaraQuran
Transliterasi kedalam Bahasa Melayu oleh : AJ


بسم الله الرحمن الرحيم 

Fatwa Syaikh Prof Ibrahim bin Amir Ar Ruhaily hafidzahullah
Proffesor Aqidah Universiti Islam Madinah Arab Saudi

PERTANYAAN : 

Barakallah fiik, kami mohon kepada syaikh untuk menjelaskan dan memberi nasihat secara khusus bagi pencari ilmu dan untuk kaum muslimin secara umumnya mengenai apa yang terjadi di Mesir sekarang. Dan Apakah pemerintahan yang baru ini adalah pemerintah yang sah menurut syariat?

JAWAPAN :

Aku bermohon kepada Allah Ta'ala dengan Nama-namaNya yang baik dan sifat-sifatNya yang mulia untuk membela darah kaum muslimin dan mengangkat bencana. Dan perkara yang pasti menurut orang yang berilmu dan punya pemahaman yang lurus berusaha sekuat tenaga untuk membela darah kaum muslimin dan menafikan keburukan yang besar ini.

Dan dengan yakin saya katakan bahawa wajib atas penduduk Mesir berusaha membela darah dan menahan diri dari perbuatan yang menyebabkan terbunuhnya jiwa dan hilangnya nyawa dari muslimin. Kerana darah adalah perkara yang besar. Dan seseorang tetap dianggap sebagai seorang mukmin yang baik selama [mana] tidak menumpahkan darah yang diharamkan. Jika dia telah menumpahkan darah maka hilanglah keimanannya

Dan perkara yang diyakini Ahlussunnah wal Jama’ah bahawa pemerintah yang menguasai dengan cara kudeta [rampasan kuasa] dengan pedang [senjata], serta mampu menguasai pemerintahan dan terlaksana perkara ini [rampasan kuasa berjaya], maka ianya adalah pemerintah yang sah menurut syariat. Oleh kerana itu kami katakan wahai saudaraku, sesungguhnya Ahlussunanh wal Jama’ah yang mengatakan sungguh sesuatu ini haram kerana akan menimbulkan beberapa akibat.

Ahlussunnah tidak boleh dan tidak akan dibenarkan walau seorangpun bertindak merampas pemerintahan dengan cara paksa, maka ini haram. Akan tetapi jika telah terjadi di suatu wilayah, maka tetaplah wilayah tersebut di bawah pihak yang mengkudeta. Kami mohon kepada Allah Ta’ala memberikan kepada pemerintahan umat ini dan ulama yang berpegang kepada sunnah. Kami mohon agar Allah Ta’ala memberi taufiq kepada mereka.

Adapaun wasiat bagi pencari ilmu ;

1. Janganlah seorang pun [dari kalian] menjerumuskan dirinya dalam perkara yang dia tidak memiliki ilmu padanya. Sekiranya perkara itu tidak kamu fahami, janganlah kamu menjerumuskan dirimu di dalamnya. Dan mohonlah kepada Allah Ta’ala agar orang yang dibebani dalam perkara ini mendapatkan bimbingan dan petunjuk.

2. Hati-hatilah terhadap kezaliman, jangan menzalimi seorangpun kerana kezaliman itu akibatnya buruk.

3. Perhatikan kebaikan yang ada padamu, bersyukurlah kepada Allah Ta’ala atas hal tersebut dan bekerjasamalah dengan pemerintah dan para ulama di negerimu dalam kebaikan. Jagalah kebaikan yang ada di negerimu. Jika engkau termasuk yang mampu memberi nasihat, maka berikanlah nasihat dengan cara yang syar’i, benar, selamat dan lurus, yang mana mampu menwujudkan kebaikan dan mencegah keburukan.

Kemudian untuk saudaraku, jangan menyebarkan perkataan-perkataan secara terang di media-media massa [laman sosial] yang tidak ada padanya kebaikan. Seperti yang dinamakan twitter, berupa potongan-potongan kalimat sebahagian manusia yang berbicara dengan kebatilan dalam beberapa kejadian. Sebahagian manusia dengan niat baik menyebarkan perkataan-perkataan ini dengan tujuan untuk menjelaskan keburukan, tapi kenyataannya itu adalah penyebaran syubuhat kepada banyak manusia. Aku tidaklah berpendapat untuk melakukannya dan pendapatku adalah tidak mengapa dia membacakannya kepada orang yang dia anggap mampu memahami, mengetahui dan mengerti hakikat perkara tersebut. 

Adapun menyebarkannya kepada seluruh orang maka ini adalah suatu keburukan. Maka kami dapati sebahagian manusia berbicara tentang pemerintah Emiriah dan Arab Saudi atas sikap mereka dengan perkataan yang buruk dan batil. Maka sebahagian manusia menyebarkan hal itu kepada semua orang. Maka hal ini tidak dibolehkan kerana akan menambahkan keburukan dan inilah kebatilan serta kerosakan. Adapun mengirimkannya kepada orang yang mengetahui dan faham sehingga memahami hakikat perkara berkenaan, maka yang nampak bagiku tidak mengapa. Wallahu a’lam.

Kenyataannya, perkara yang menghairankan mu pada masa kini adalah orang-orang yang mendakwa dirinya di atas keadilan, berada di tengah-tengah serta perkara lainnya. Kita dapati perkataan mereka hanyalah berupa teriakan, sorak-sorai dan ejekan kepada kaum muslimin. Kami dapati orang yang merasa dirinya berilmu, telah mengejek dan berbicara yang mana secara terang-terangan mencela pemerintah Emiriah, rakyat, maupun tentera Emiriah. Mereka juga mencela pemerintah Arab Saudi dengan perkataan yang lebih buruk lagi. Maka inilah perkara yang batil dan keburukan yang besar. Dan betapa banyak yang mendakwa berada di atas sikap pertengahan dan keadilan yakni menjaga perkataan atas hal-hal ini, apa yang kelihatan sebenarnya, mereka adalah manusia yang paling lancang terhadap kehormatan kaum muslimin. Mengapa? Kerana hal itu menyelesihi keinginan mereka dan bukanlah pendapat yang disyariatkan.

Intipatinya kita memohon kepada Allah Ta’ala agar mengangkat bencana ini, memberikan anugerah kepada rakyat Mesir dengan keamanan dan ketenangan. Dan semoga agar Allah Ta’ala menolong orang-orang yang berakal untuk bekerjasama menolak keburukan ini dan memberi taufiq kepada penerintah kita untuk ikut adil dalam mendukung kebaikan dan menjauhkan keburukan. Wallahu a’lam

13 Syawwal 1434 H

Post a Comment

2 Comments

  1. Manusia yg takut mati dan cintakan dunia berbicara hebat kononnye berlandaskan agama, berbicara hebat menyokong tindakan bsama pemerintah yg zalim pada agama, pemerintah yg terang2 jahil tentang urusan akhirat, yg tegar mbunuh nyawa seorang saudara seislam dan senang2 mgunakan kuasa fitnah dajjal utk halalkan tindakan mereka, dan amat2 sadis berduyung2 manusia 'jahil' cintakan dunia ni tunjuk hebat menyokong tindakan pemerintah2 kejam . Kami tahu sejarah, kami tahu siapa dan bagaimana perangai org2 kabilah saudi, dan nanti lah nanti.. Madinah dan Mekah akan dibebaskan oleh Seorang Khalifah terakhir umat islam, nantikan tentera panji hitam dari timur yg dipimpin Iman Mahdi.. Semua mujahidin2 yg taat berjuang kerana Allah menantikan ini. Aku Cintakan Syahid seperti mana mung cintakan hidup, bila Malaysia terbuka pintu jihad dan panggilannya bergema menyeru setiap org2 yg beriman utk berjuang di jalan Allah, aku xakan takut utk tumpahkan darah aku walaupun terpaksa berhadapan dgn manusia yg munafik !
    KASIHAN KE ATAS DIRI KAMU, YANG BELUM MENIKMATI KENIKMATAN IMAN DAN ISLAM !

    ReplyDelete
  2. Ketika fitnah melata, pemerintah ditentang, sedang ia sesama Islam, umat keliru, pihak benar pihak salah tak jelas berdasar ilmu yg ada, mk yg duduk lebih baik dr yg berdiri. Bukan menyokong atau membela kezaliman, kerana cenderung saja pun sudah tersentuh Neraka, tp utk mengelak fitnah yg lebih besar.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.