SYIAH SINGAPURA DAH TUNJUK BELANG, SYIAH MALAYSIA TUNGGU MASA

Oleh : Jebat

Himpunan Belia Islam atau Muslim Youth Assembly tidaklah seperti mana nama yang dipamerkan. Ianya merupakan sebuah pertubuhan Syiah Singapura yang menggunakan nama 'Islam' untuk mengaburi umat Islam di Singapura.

Organisasi yang ditubuhkan pada 1972 ini menumpukan kepada usaha mempropagandakan gerakan Syiah di Singapura. Berdasarkan kenyataan yang dipetik dari laman web berkenaan, dikatakan hampir 200 orang penganut Syiah telah berdaftar dengan pertubuhan berkenaan.

Namun apa yang lebih menariknya untuk tahun ini, Syiah Singapura 'telah berani' keluar dari Taqiyyah mereka apabila mengistiharkan Hari Raya Aidilfitri lewat sehari dari ahli sunnah di Singapura. Malah tindakan ini ternyata bertentangan dengan keputusan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) yang menetapkan bahawa Aidilfitri disambut pada 8 Ogos 2013.

Sepertimana yang diketahui ramai, kedudukan Singapura yang tidak jauh dari Johor Bahru merupakan satu 'kelebihan' kepada komuniti Syiah di Malaysia terutama sekali di JB. Berdasarkan laporan dan risikan, didapati terdapat komuniti penganut Syiah di Johor yang sanggup menyeberangi Tambak bagi bersama-sama 'kaum' mereka meraikan 'Aidilfitri' di sana.

Oleh itu kami menyeru warga Islam di Singapura dan di Johor Bahru agar berhati-hati dengan 'pertubuhan Islam' ini. Kerana yang pasti mereka ini tidaklah seperti ISLAM yang di letakkan pada nama 'pertubuhan' mereka. Berikut merupakan fatwa ulama mukhtabar mengenai Syiah :




Post a Comment

0 Comments