TONGKAT MUSA DAN RAKYAT MESIR

Oleh : Jebat

"Cuba kau fikirkan, apa yang rakyat Mesir akan lakukan sekiranya mendapat tongkat Nabi Musa?"

Soalan berkenaan terpancul dari mulut seorang rakan penulis yang menghubungi penulis baru-baru ini.

Penulis terfikir sejenak...

Melihat dengan situasi di Mesir pada saat ini, penulis yakin, semestinya rakyat Mesir akan mengunakan tongkat berkenaan untuk membunuh Jeneral Al-Asisi. Satu jalan mudah untuk 'mengubah' pemerintah dan mendapatkan kekuasaan.

Namun adakah pernah Musa menggunakan tongkatnya itu untuk mendapatkan kekuasaan dari Fir'aun? Pernahkah Musa mengetuk kepala Fir'aun sekaligus membunuhnya untuk mendapatkan 'keadilan' bagi rakyat YAHUDI di Mesir?

Jawapannya TIDAK ADA.

Apa yang berlaku pula adalah sebaliknya. Musa diarahkan oleh ALLAH untuk membawa keluar kaum Yahudi dari Mesir ke sebuah tempat yang ditentukan ALLAH. Malah ALLAH mengarahkan Musa memukul tongkatnya di Laut Merah agar Laut Merah Terbelah (dengan izin Allah) sekaligus memudahkan kaum Yahudi menyeberangi laut berkenaan.

Bagi umat Islam yang berfikir, tentu sekali mereka dapat melihat hikmah ALLAH tidak mengarahkan Musa memukul kepala Fir'aun dengan tongkatnya. Ini hendak mengajar manusia bahawasanya kuasa menukar pemerintah tidak terletak di tangan manusia sebaliknya atas kehendak ALLAH S.W.T

Malah di dalam Al-Quran sendiri ALLAH memerintahkan Musa dan Harun berlaku adil kepada Fir'aun dengan bertutur kata menggunakan bahasa yang penuh kelembutan terhadap Fir'aun yang sudah melampaui batas.

"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya"

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang LEMAH LEMBUT, semoga ia beringat atau takut."

TAHA : 34-44

Dan disebabkan itulah 'Tongkat Musa' tidak diwariskan kepada rakyat Mesir. Kerana yang pasti tidak ada sesiapapun di Mesir yang mampu menandingi kesabaran Musa dan Harun dalam menghadapi pemerintah.


Post a Comment

3 Comments

  1. kami rakyat marhaen yang menyokong UMNO cukup tak puas hati perlantikan Azeez Rahim sebagai pengerusi tabung haji. Memang betul Azeez banyak buat kerja kebajikan , tapi dunia perniagaan dengan hal-hal kebajikan ni tak serupa. Lagipun Azeez ni ada 'history' yang tak enak didengari . Takkan lah kita nak ungkit balik cerita2 macam tu ?? Seboleh-bolehnya tak nak malukan Azeez, harap dia boleh fikir sendiri untuk berundur sebelum orang buat pembongkaran. Saya dengar sekarang ni pembangkang sekarang ni dalam diam2 sedang kumpul maklumat pasal Azeez , dan jangan terkejut kalau mereka juga ada gambar2 sebagai bukti . Azeez berundur lahh dari Tabung Haji , jadi je pengerusi di agensi2 lain tapi bukan Tabung Haji . Saya rasa Ali Rustam lebih layak seratus kali dari Azeez untuk terajui tabung haji.

    ReplyDelete
  2. Dulu dalam satu temuramah akhbar , Azeez Rahim dengan lagaknya mengaku dia mempunyai Ijazah perniagaan dari sebuah University tertua di US iaitu University Preston , lepas tu dia terkantoi bahawa Univesity Preston ni mmg ada tapi universiti yang jual ijazah . Maknanya Azeez dalam menaikkan imej dia sanggup beli ijazah dari universiti preston ni . Apa cerr , ini ka orang yang ada kredibiliti ? Dalam laman web tabung haji masa Azeez jadi salah sorang lembaga pengarah, dipaparkan latar belakang pendidikan ada degree dalam Universiti Preston , tup tup lepas terkantoi... dia boleh padam pulak maklumat tu dari laman web tabung haji . Baiii ... macam ni ka kerajaan lantik orang jadi Pengerusi Tabung Haji . Benda dah diperkatakan oleh rakyat , tapi muka tebal tak reti nak berundur...memalukan lahhh !!!

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.