WAKIL RAKYAT SYIAH DI MALAYSIA? SIAPA? ADUN KUBANG ROTAN?

Oleh : Beruang Biru

Bukan lagi satu rahsia bahawa Syiah memilih untuk bersarang melalui PAS.  Semua orang tahu bahawa penganut Syiah memang ramai di dalam parti PAS. Malah, orang-orang PAS sendiri telah beberapa kali mendedah dan menegur kepimpinan berkenaan hal ini. Namun, entah kenapa kepimpinan PAS hanya berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan kewujudan Syiah di dalam kelompok mereka. Amaran-amaran yang dikeluarkan terhadap Syiah oleh pemimpin PAS dilihat sebagai retorik dan lakonan semata-mata. 

Beberapa hari yang lepas, akhbar Sinar Harian pula mendedahkan bahawa terdapat wakil rakyat Syiah, tanpa menyebut dari parti mana. Kenyataan ini memberi gambaran bahawa Syiah mungkin turut wujud di dalam UMNO.


Justeru, kita mendesak agar Prof. Dr. Mohd Kamil Abd Majid yang mendedahkan hal ini agar lebih bertanggungjawab dengan menyatakannya secara spesifik. Ini kerana kenyataannya itu secara tak langsung menggambarkan bahawa beliau sememangnya tahu siapakah wakil rakyat Syiah tersebut dan jika beliau mengetahuinya, beliau wajib mendedahkannya. Tidak kira sama ada fahaman wakil rakyat itu mewakili parti atau tidak, beliau wajib didedahkan kerana Syiah telah diwartakan sebagai salah dari segi undang-undang Malaysia. 

Apatah lagi jika wakil rakyat tersebut mewakili parti PAS yang membawa nama ‘Islam’.  Ini kerana beberapa pecahan ajaran Syiah telah disahkan sebagai sesat dan bukan lagi Islam. Justeru, rakyat wajib tahu dari ajaran Syiah manakah wakil rakyat tersebut. Malah, jika pemimpin PAS ikhlas menentang Syiah, mereka juga tentu ingin tahu siapakah gerangannya. 


Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa jika rakyat menuduh wakil rakyat yang dimaksudkan oleh Prof. Mohd Kamil itu adalah dari parti PAS. Kita semua sedia maklum bahawa biarpun para penyokong PAS begitu giat membela rakyat Syria yang dibunuh kejam oleh puak Syiah pada ketika ini, namun hakikatnya pemimpin mereka sendiri telah lama menyokong Syiah dan menyanjung Imam Besar Khomeini. 

Mengimbas kembali laporan akhbar-akhbar Harakah pada tahun 1980-an, kita akan mendapati bahawa parti itu sememangnya menyanjung kalau pun tidak memuja Imam Besar Syiah iaitu Ayatollah Khomeini. Apabila Khomeini meninggal dunia, akhbar Harakah mengeluarkan kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang berkata ‘Pemergian Khomeini Satu Kehilangan Besar Kepada Ummah’.   


PAS pada ketika itu menjadikan Iran sebagai model Negara Islam kerana terlalu mengagungkan Khomeini. Revolusi Iran yang menyaksikan kejatuhan Shah Reza Pahlavi dijadikan inspirasi oleh PAS dan dirujuk sebagai ‘kemenangan Islam’ dalam menentang sekular.

Iran di bawah Khomeini pantas mengenakan kod pakaian terhadap wanita serta menutup beberapa syarikat akhbar. Tindakan Khomeini membuatkan PAS begitu teruja. Seperti kebanyakan pemerintah Arab lain, kerajaan Khomeini juga menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka dengan kejam, termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai atas alasan menentang pemerintahan Islam. Pendekatan Khomeini ini tentunya bertentangan dengan PAS hari ini yang beria-ia mendesak penghapusan Akta ISA kerana tidak memberi peluang bagi pesalah membela diri.  

Satu perkara yang menarik mengenai Khomeini ialah beliau membenarkan pertukaran jantina bagi mereka yang mengalami kelainan hormon. Pada tahun 1979, mereka yang terlibat dibolehkan melalui rawatan dan mendapatkan identiti baru.   

Maka, tidak hairanlah apabila Syiah semakin teruja dengan PAS apabila parti itu bersekongkol dengan PKR yang turut memperjuangkan hak LGBT. 


PAS cuba menepis bahawa parti itu menyokong atau ‘mesra’ Syiah.  Alasan mereka, Syiah di zaman Khomeini adalah berbeza dengan Syiah yang membunuh Ahli Sunnah di Syria. Benar, Syiah di zaman Khomeini tidak membunuh Ahli Sunnah dengan kejam, namun itu tidak bermakna fahaman mereka benar. 

Buku tulisan Khomeini bertajuk Kashaful Asrar membuktikan bagaimana beliau telah memfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW dengan merujuk kepada mereka sebagai menentang AlQuran dan sebagainya.  Khomeini juga dilaporkan telah melakukan mut’ah dengan anak-anak kecil dan memfatwakannya sebagai harus.  

Walaupun kepercayaan yang dipegang oleh Khomeini ini sudah menjadi pengetahuan umum, namun PAS nampaknya tidak ada masalah untuk menyanjung Khomeini. Malah, sehingga ke hari ini, masih ada pemimpin PAS yang merujuk kepada Khomeini sebagai tokoh Islam yang ulung. 


Berdasarkan hakikat ini, kita tidak wajar memandang ringan akan isu wakil rakyat Syiah, malah wajib membongkar dan mendesak beliau dan partinya menyatakan pegangan mereka mengenai hukum-hukum Syiah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah dan juga AlQuran. 

Jika alasannya bahawa Syiah dahulu dan sekarang telah berubah, maka kita juga wajar mengambilkira akan perubahan yang berlaku. Hakikatnya, PAS juga telah berubah dari sebuah parti konservatif menjadi parti yang cacamarba dan separa liberal serta ‘mesra’ pluralisme. 


Oleh kerana kedua-dua Syiah dan PAS telah mengalami perubahan, maka PAS wajib membuat kenyataan yang jelas terhadap pegangan dan fahaman parti itu mengenai Syiah dan pendekatannya terhadap pemimpin atau wakil rakyat yang menganut ajaran Syiah. 

PAS tidak boleh terus berdiam diri dan berpura-pura tidak terlibat dengan Syiah.  Keratan-keratan akhbar lama sudah cukup untuk membuktikan kaitan PAS dengan Syiah.   Sikap membisu PAS hanya akan mengembangkan lagi ajaran Syiah. Oleh itu, apakah jaminan Syiah yang diternak PAS ini tidak akan bangun menentang dan membunuh Ahli Sunnah pada suatu hari nanti? 

Post a Comment

1 Comments

  1. Entah kerana taqiah, entah kerana tahaluf siyasi, penyembah berhala dan yg musyrik dikata lebih baik dr yg mengibadati Allah swt yg Ahad, hanya semata mata kerana tidak berada di pihak mrk dan tidak menyokong mrk.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.