ANTARA SEBAB SYIAH PANGKAH PAKATAN



Transkripsi Oleh : UKT Pena Minang

Saya menegaskan, mengungkapkan masalah Liberalisme ini sangat penting. Liberal, frame work Liberalnya untuk negara kita sangat penting diperkukuhkan. Kerana ini akan menjamin Kebebasan. Dia akan menjadi suatu...apa nama tu...er Wartawan, kebebasan untuk ahli falsafah yang berfikiran fikiran pelik...aa... Juga penulis lirik-lirik lagu, yang hendak menulis lirik lagu yang pelik-pelik..Siapa yang akan membelanya? Frame work undang-undang kebebasan inilah!!!

Ya...Frame work undang-undang yang bebas inilah...dia akan mempertahankan orang Syiah, dia akan mempertahankan Muktazilah, dia akan mempertahankan orang Ahli Sunnah Wal-Jama'ah...

Aaa... Bila dah majoriti... apa nama tu...aaa... faham... ha... baru ahli politik akan naik dalam platform, kita mesti...kita mesti mempertahankan hak orang Syiah untuk mengamalkan Syiah di Malaysia ini... Semua angkat... bercakap...menjawab... Reformasi!!!... Takbir!!!...

Oleh itu kita harus memikirkan...Kita harus faham... Kita harus debatkan... Supaya masyarakat betul-betul faham, tentang persoalan Syiah ini adalah persoalan 'freedom of caution'..ye... Persoalan Hak Asasi Manusia. 

Oleh itu sekarang ini di eropah ya, negara-negara Amerika dan sebagainya... Tak timbullah... Ya... Masalah, kamu nak ambil mazhab, nak buat mazhab apa ke... Tak Kesah!!!

Sebab benda ini dah dibincangkan oleh Masyarakat... Ye.. Secara Inten.

Oleh itu negara kita tidak ada perdebatan ini lagi....

Oleh itu kita mesti mulakan perdebatan...

Kena faham...ye...

Sebab satu-satu undang-undang itu tak akan diluluskan... Undang-undang ini... ya... Secara sosiologikalnya... 'It's a product of social process'. Ianya merubah 'public opinion', baru akan berubah undang-undang. Tak berubah 'public opinion' takkan berubah Undang-Undang.

Ayah Pin kalau buat Mazhabnya di Amerika, tak menjadi masalah.... Ye... Kalau di England pun tak ada masalah.... Ya... Nak buat macam-macam ajaran sesat pun buatlah.... Ye.... Itu 'freedom of caution'....

Komen Balas kami :

1. Apakah tidak berlaku sesi perdebatan SYIAH dan AHLI SUNNAH di Malaysia?  Jawapannya sudah berlaku perdebatan. Cuma tak dinamakan Debat...sebaliknya Dialog... Mungkin Khalid Jaafar tak pernah tonton kat Youtube kot!!!




2. Kenapa nak berpaksikan kepada Amerika Syarikat ataupun England? Apa negara disana itu adalah negara Islam ke? Kenapa tak merujuk kepada Arab Saudi, Mesir, Jordan, atau Yemen... Yang merupakan negara ISLAM. Amatlah pelik apabila membuat perbezaan yang melibatkan isu kepentingan keselamatan Aqidah umat Islam menggunakan kayu ukur agama Kristian.

3. Apakah apabila Majoriti Manusia berkata sesuatu perkara itu betul, maka ianya adalah kebenaran? Bagaimana pula dengan firman ALLAH yang bermaksud; 

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

[Al-An'am : 116]

4. Ternyata apa yang diutarakan oleh Khalid Jaafar tidak lebih sebagai seorang agen Liberal atas nama sebuah istitut yang diragui sumber dananya. Dan yang pasti ini bukan kali pertama beliau berbicara perihal menyokong Syiah...

5. Jika hari ini mereka mendakwa bahawa Syiah harus dibenarkan untuk diamalkan di negara ini atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia. Tidak mustahil satu hari nanti mereka akan meminta golongan LGBT diberikan hak yang sama rata di negara kita dalam konteks kebebasan Hak Asasi Manusia.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kesiannye ! Punyalah sesat !

    ReplyDelete
  2. Sudah terang lagi bersuluh.. Tp masih tak terima.... Xleh wat ape dh.. Hidayah milik Allah...

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.