[إنّا لله وإنّا إليه راجعون] BELANSUNGKAWA BUAT AYAHANDA MENTERI BESAR JOHOR, DATUK SERI KHALED NORDIN

إنّا لله وإنّا إليه راجعون
"Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali".

Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(riwayat Imam Muslim)

Belansungkawa buat keluarga Haji Nordin Bin Johari Rahimahullah, bapa kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.40 tengah hari tadi, di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Semoga ALLAH mengampunkan dosa beliau dan memasukkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman.

Allahyarham Hj Nordin Johari, 81, akan disembahyangkan di Masjid Taman Perling Johor Bahru dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru selepas Solat Asar.

YAB DS Mohamed Khaled Nordin yang kini berada diluar negara atas urusan rasmi, sedang dalam perjalanan pulang ke tanahair dan dijangka akan menghadiri Majlis Pengkebumian jenazah Ayahanda beliau.

Sumber diperolehi dari : AnotherBrickWall & Johor TV

Ikhlas dari Warga Kerja Pena Minang Return :

Post a Comment

1 Comments

  1. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'afu'anhu !
    Allahummaghfirlana warhamna wa'afina wa'afu'anna !
    Amiin !

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.