ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 28 September 2013

KENAPA ARWAH USTAZ AZIZAN DIBENCI OLEH PEMIMPIN PKR, DAP DAN GENG ANWAR DALAM PAS?

Oleh : RPM

Ramai yang tak tahu, namun sejak beliau memegang tampuk kerusi MB Kedah, Azizan merupakan seorang MB PAS Kedah yang berperwatakkan cukup berbeza berbanding MB-MB dan Ketua Menteri Pakatan yang lain. Dia adalah satu-satunya MB Pakatan yang berani mengkritik kepimpinan pakatan sendiri tanpa merisaukan kedudukan kuasa politiknya dalam parti dan pakatan. Antara tindakan yang cukup dikenang adalah apabila dia secara terang-terang menolak Buku Jinggay sebagai panduan dalam memaju dan menguruskan negeri Kedah.

Selain itu juga Azizan yang juga merupakan seorang pensyarah di UKM satu ketika dahulu tidak memandang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dimansuhkan kerana ianya dapat mendisiplin pelajar. Secara tidak langsung ini bertentangan dengan 'persetujuan bersama' diantara pemimpin PAS-DAP-PKR.

Malah tindakan Azizan yang pernah mengalungkan 'medal' kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis penghargaan juga menimbulkan kritikan daripada pihak-pihak di dalam PAS. Azizan sememangnya tidak disenangi oleh kepimpinan PAS terutama mangkuk-mangkuk hayun pro-Anwar ekoran sikap Azizan yang suka berbaik sangka dan mudah diajak berbincang dengan kepimpinan UMNO.

Kekalahan Pakatan Kedah kepada Barisan Nasional meluapkan lagi kemarahan geng barua Anwar di dalam PAS. Malah ada yang menganggap punca kekalahan PAS Kedah kepada BN adalah disebabkan kelemahan Azizan dalam pentadbiran negeri Kedah. Sedangkan sekiranya PAS ini adalah kelompok mereka yang beriman, mereka seharusnya mengetahui bahawa punca kekalahan Azizan bukan disebabkan kekuatan BN, sebaliknya ianya ketentuan ALLAH.

Maki hamun, cercaan dilemparkan kepada Ustaz Azizan tatkala dia terdampar di Hospital. Ini dapat dibaca melalui tulisan Setiausaha Politik Azizan Razak disini. Selain itu juga 'pendedahan tabiat sebenar orang PAS' oleh Setpol Azizan ini juga menyebabkan beliau dicerca dan dihina kerana 'mendedahkan kelemahan dan keaiban jamaah sendiri' kepada orang ramai.

Natijahnya... Inilah perjuangan PAS. Bukan berjuang kerana ISLAM. Bukan berjuang kerana Tauhid. Sebaliknya kerana mahu berkuasa. Jika dahulu PAS menolak SYIAH. Namun demi undi, hari ini PAS menerima Syiah.

Makluman tambahan : Azizan Razak adalah antara tokoh yang paling keras menentang Syiah di Kedah.

2 comments:

  1. terbaik, berdesing pak dongkoi kuat pas baca..

    ReplyDelete
  2. He's a true Muslim, not only proclaimed to be a Muslim.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute