ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 2 September 2013

[SIRI PERANGI SYIAH] APAKAH AQIDAH TAQIYAH MENURUT SYIAH?

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

Taqiyah menurut defisi yang dikemukakan oleh salah seorang ulama mereka pada zaman kini bermaksud : "Taqiyah iaitu kamu mengatakan atau melakukan (sesuatu), berlainan dengan apa yang kamu yakini[1]; untuk menolak bahaya dari dirimu atau hartamu atau untuk menjaga kehormatanmu"[2].

Bahkan mereka mendakwa bawah sesungguhnya Rasulullah telah melakukannya (Taqiyah) tatkala Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua orang-orang munafik meninggal, dimana Baginda datang untuk menyembahyangkanya. Lalu Umar berkata kepada Baginda : Tidakkah Allah telah melarangmu dari hal itu? -yakni berdiri di atas kuburan munafik ini-, lalu Rasulullah menjawabnya : "Celaka kamu, kamu tidak tahu apa yang aku ucapkan : sesungguhnya aku mengucapkan : Ya Allah isilah perutnya dengan api, dan penuhilah kuburannya dengan api dan selalulah api membakar dirinya ".[3] 

Lihatlah wahai saudaraku muslim, bagaimana mereka telah berdusta atas nama Rasulullah. Apakah masuk akal, bahawa para sahabat Rasulullah mendoakan rahmat untuknya (Abdullah bin Ubai), sedangkan Nabi melaknatnya? 

Al Kulaini menukilkan di dalam usul al-Kahfi : " Berkata Abu Abdillah: "wahai Abu Umar sesungguhnya sembilan persepuluh (sembilan puluh peratus) agama ini terletak pada (aqidah) Taqiyah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan Taqiyah. Taqiyah ada pada setiap sesuatu kecuali di nabidz (kurma yang direndam dalam air untuk membuat arak) dan pada menyapu khuuf (kaus atau kulit)." Dan dinukilkan juga dari Abi Abdillah ia berkata : "Jagalah agama kalian dan tutuplah agama itu dengan Taqiyah, kerana tidak ada iman bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyah."[4] 

Maka orang Rafidhah memandang Taqiyah itu adalah fardu (wajib). Tidak akan berdiri mazhab ini kecuali dengan Taqiyah. Dan mereka menerima pokok-pokok mazhab secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan. Mereka selalu melaksanakan Taqiyah itu lebih-lebih lagi bilamana mereka berada dalam keadaan yang 'tertekan'. Maka berhati-hatilah dengan orang Rafidhah wahai kaum muslimin!. 

 ------------------------

Rujukan :

[1] Inilah hakikat kemunafikan, iaitu menampakkan sesuatu yang  tidak sesuai dengan apa yang dibatin, atau menampakkan keimanan dan menyembunyikan kekafiran. Dengan kata lain, taqiyah / nifaq itu adalah lain di mulut lain di hati. Itulah aqidah orang Syiah, maka berhati-hatilah dari tipu muslihat mereka.

[2] As Syi'ah fil Mizaan, oleh Muhammad Jawaad Mughniyah, hal : 48

[3] Furuu'ul Kafii, kitab AL Janaaiz, hal : 188

[4] Usuulul Kafii, hal : 482-483

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute