ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 21 November 2013

PELANCONG MALAYSIA MATI LEMAS DI QUEENSLAND, AUSTRALIA

Siaran Akhbar
Pelancong Malaysia Mati Lemas di Queensland, Australia

Kementerian Luar Negeri telah menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia mengenai identiti pelancong Malaysia yang telah dilaporkan mati lemas di Air Terjun Malanda di wilayah utara Queensland, Australia. Mangsa telah dikenal pasti sebagai Encik Ng Ji Wang, berusia 29 tahun dan berasal dari Sarawak. Encik Ng sedang melawat abang beliau yang kini sedang bermastautin di Queensland.

Encik Ng dikatakan sedang mandi bersama rakan-rakannya di kawasan rekreasi terkenal tersebut apabila beliau menghadapi kesukaran sebelum didapati hilang dari permukaan pada petang 17 November 2013. Pasukan penyelamat telah dihubungi serta merta dan mayat Encik Ng telah dijumpai oleh pasukan penyelamat sejam kemudian. Encik Ng kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah usaha pasukan paramedik untuk menyelamatkannya gagal.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia telah menghubungi abang kepada Encik Ng bagi menghulurkan bantuan lanjut sewajarnya kepada keluarga Encik Ng.


Kementerian Luar Negeri, Malaysia
PUTRAJAYA

20 November 2013

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute