ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 1 December 2013

[إنّا لله وإنّا إليه راجعون]BELANSUNGKAWA BUAT KELUARGA DATO' FAUZI SHAARI (BEKAS PENGARAH JSJ PDRM)

إنّا لله وإنّا إليه راجعون
"Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali".

Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(riwayat Imam Muslim)

Kami, dibarisan pengurusan blog Pena Minang Return ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Dato' Mohd Fauzi bin Shaari, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM di atas kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah sebentar tadi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, Selangor selepas mengalami jangkitan kuman pada hati dan buah pinggang.

Difahamkan bahawa Jenazah Allahyarham Dato' Mohd Fauzi, 62 tahun akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 10, Shah Alam dan pengebumian dijangka akan disempurnakan esok hari di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Semoga roh Allahyarham Dato' Mohd Fauzi ditempatkan bersama muslim yang soleh dan beriman.

Ikhlas dari kami :

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute