ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 7 December 2013

BERDAKWAH KEPADA PARA PEMIMPIN

Oleh : Ustaz Abu Hafshah Abdurrahman al-Buthoni حفظه الله

MUQODDIMAH

"Dakwah" adalah mengajak umat manusia kepada jalan Allah عزّوجلّ agar manusia mengikuti ajaran-Nya. Sementara itu, hati manusia berat menerima kebenaran, bahkan sebaliknya, kebatilan sangat ringan di hati mereka. Oleh sebab itu, seorang da'i harus memperhatikan objek dakwah dan uslub (metode) yang dipakai supaya berat kebenaran tidak ditambah dengan beratnya uslub.

Kedudukan pemimpin dan rakyat tidaklah sama. Kerana itu, dalam mendakwahi keduanya diperlukan uslub yang berbeza. Masyarakat secara umum cukup didakwahi seperti misalnya: "solatlah hai saudara" dalam ceramah atau khutbah di masjid yang didengari oleh masyarakat sekitar. Akan tetapi, uslub semacam ini boleh jadi berat bagi para pembesar. Mereka ingin diingatkan secara rahsia tanpa ketahuan oleh siapa pun, bahkan sebahagian mereka berharap semoga tidak ada yang menasihati mereka secara terang-terangan dan menjatuhkan aibnya.

Boleh jadi seorang rakyat tatkala mendengar ceramah dia berkata: "da'i tersebut menasihatiku" atau "ceramah tersebut mengenai diriku, semoga aku kembali kepada kebenaran, semoga Allah membalas kebaikannya kerana mengingatkanku dari kelalaian". Akan tetapi, seorang pemimpin kemungkinan berkata: "da'i itu menyakitiku, menyinggung perasaanku dan menyebarkan aibku di hadapan rakyat, ceramah itu mencelaku dan merosakkan kehormatanku, semoga Allah menjauhkannya dariku". 

Kalau rakyat cukup dengan mengajaknya kepada yang makruf dan melarangnya dari kemungkaran maka pemimpin harus melalui muqaddimah yang dapat menarik hatinya, seperti: "hai raja, hai pembesar negeri, hai pemimpin ini dan itu, bagaimana menurutmu jika Allah dan Rasul-Nya memerintahkan atau melarang ini dan itu".

RASULULLAH MENDAKWAHI PARA PEMIMPIN

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajarkan kepada kita manhaj dakwah secara umum dan kepada para pemimpin secara khusus baik dengan perkataannya mahupun perbuatannya. Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendakwahi para raja, pembesar, dan pemimpin baik secara langsung ataupun melalui utusan mereka atau utusan beliau صلى الله عليه وسلم secara langsung mahupun melalui surat. Di antaranya adalah dakwahnya kepada Raja Heraqlu (Herkules) pemimpin Romawi. Isi surat tersebut:

"Dari Muhammad hamba Allah dan Rasul-Nya kepada Heraqlu pemimpin Romawi. Keselamatan bagi yang mengikuti hidayah. Masuklah Islam, kamu akan selamat. Masuklah Islam, Allah akan memberimu pahala dua kali (kerana imannya kepada Nabi Isa عليه السلام dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم). Dan jika engkau berpaling maka dosa seluruh rakyatmu engkau tanggung." (HR al-Bukhari)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم melakukan dakwah bilhikmah (dengan hikmah) bukan dengan cara keganasan, maki hamun, menakut-nakutkan, dan mengancam.

Ada beberapa pelajaran dari uslub dakwah Rasulullah صلى الله عليه وسلم tersebut, di antaranya :

1. Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyebut nama dan alamatnya dengan jelas, tidak seperti dakwah sebahagian ahli nafsu yang menyembunyikan nama dan alamat, atau yang disebut dengan istilah "surat layang".

2. Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyebut nama raja dengan gelarnya.

Sebahagian orang menyangka bahawa ini pujian dan sanjungan kepada ahli kebatilan dan orang kafir. Akan tetapi, itu persepsi yang salah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak menyanjung orang kafir, namun beliau صلى الله عليه وسلم menempatkan manusia sesuai dengan kedudukannya. Berbeza antara sebutan "tuan yang mulia dan terhormat" dengan sebutan "pembesar kaumnya". Kata "mulia" atau "terhormat" ertinya mulia dalam agama Allah عزّوجلّ, mulia di mata manusia dan di sisi Allah عزّوجلّ. Adapun kata "pembesar" atau "pemimpin" adalah realiti duniawi bahawa dia memang sebagai pemimpin kaumnya. Umat manusia menyukai kalimat yang baik dan membenci kalimat yang tidak baik. Sedangkan maksud dakwah agar menyentuh hati; lalu bagaimana jika dakwah kita sampaikan dengan uslub yang melukai hati, misalnya: "hai Heraqlu budak Romawi yang hina", tentu dia akan lari. Oleh kerana itu, tatkala membaca surat Rasulullah صلى الله عليه وسلم di atas, Heraqlu dimuliakannya.

3. Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendorong manusia kepada kebaikan dengan pahala, redha Allah, dan Syurga bukan janji duniawi belaka seperti janji hizbiyyah bid'iah: memberantas kemiskinan, memberantas korupsi, menciptakan peluang pekerjaan, pembangunan secara adil dan makmur, keamanan dan kesejahteraan sosial, dan segudang janji duniawi yang fana. Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan: "Masuklah Islam, kamu selamat" dan tidak mengatakan: "Negerimu akan kaya-raya" atau "Rakyatmu akan semakin memuliakan-mu". Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak mengatakan: "Jika tidak masuk Islam kamu akan digulingkan dan dikudeta atau disaingi oleh parti politik lainnya".

4. Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat memegang amanah, jujur tidak berkhianat; iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengirim surat kepada raja Romawi melalui sahabatnya dan ditunaikan dengan baik tidak khianat, misalnya membawa dan menyembunyikan bom lalu diledakkan di tengah mereka atas nama jihad dan bom bunuh diri. Na'udzubillah dari kejahilan dan semangat tanpa ilmu; kenapa mereka menyebut bunuh diri yang haram, azabnya terus berlanjutan, senantiasa dia menyiksa dirinya dengan benda yang dia pakai untuk bunuh diri tersebut hingga hari Kiamat mereka namai dengan "jihad". 

Pernahkah Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dan para sahabat رضي الله عنهم memahami dan melakukan jihad seperti itu? Tidakkah mereka mengetahui bahawa para sahabat رضي الله عنهم yang menceburkan diri dalam peperangan yang berkecamuk dan masuk di tengah barisan musuh yang sangat ketat dan kemungkinan tidak selamat dalam keadaan menebaskan pedangnya kepada musuh segala arah dan menghalangi serangan musuh dengan perisainya lalu terbunuh, adalah dibunuh oleh musuh bukan membunuh diri sendiri? 

Dan juga bahawa niat dan tujuan sahabat yang melakukannya untuk memerangi dan membunuh musuh bukan untuk membunuh diri sendiri?! Tidakkah mereka mengetahui bahawa ada seorang yang ikut berperang bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم; orang itu terlihat sangat berani dan maju paling depan hingga sebahagian sahabat mengaguminya, tetapi kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "dia ahli neraka" sebab tatkala orang ini luka-luka dan tetapi dia tidak sabar menahan sakit maka dia membunuh dirinya. Inilah sialnya semangat tanpa ilmu, dia akan berijtihad sesuai dengan hawa nafsu tanpa taufiq dari Allah عزّوجلّ, maka Allah عزّوجلّ menghukumnya sesuai dengan keburukkanya tatkala dia tidak mengikuti ilmu hidayah dari Allah.

Maka Allah عزّوجلّ menjauhkannya dari taufiq. Sekali lagi harus difahami, hai orang-orang yang menghalalkan bom bunuh diri, bahawa para sahabat رضي الله عنهم mati terbunuh di tangan musuh atau kerana luka-luka di medan perang dan bukannya di tangan mereka sendiri. Seandainya seorang yang memakai baju besi dan topi keledar, memiliki pedang dan perisai lalu maju di tengah barisan musuh dengan niat syahid tanpa menghunuskan pedangnya ke arah musuh dan tanpa menggunakan perisainya untuk melindungi dirinya dari serangan musuh lalu dia mati terbunuh maka orang ini disebut bunuh diri. Jadi bagaimana dengan seseorang yang merancang bom yang diletakkan di dadanya lalu pergi menuju kerumunan orang yang di sana terdapat muslim bahkan jelas-jelas yang mereka tuju adalah polis kaum muslim kerana menganggap mereka sebagai thaghut (setan) atau pelindung para thaghut.

PARA PEMIMPIN BUKAN PUNCA SEGALA KEBURUKKAN

Sebahagian kalangan manusia menganggap bahawa pemerintah merupakan sumber dan pangkal semua keburukkan dan bahawasanya sumber segala kebaikan berasal dari para pemimpin. Memang benar bahawa jika pemimpin baik maka akan baik pula yang dipimpinnya, demikian pula jika pemimpin tidak baik maka tidak baik pula rakyat yang dipimpinnya. 

Benar bahawa kebaikan yang datang dari para pemimpin sangat banyak sebagaimana keburukkan yang datang dari mereka juga sangat banyak. Akan tetapi, mereka bukan sumber segala keburukkan dan segala kebaikan. Sesungguhnya sumber segala keburukkan ini berasal dari Iblis dan para setan serta bala tentaranyalah yang mengakar pada jiwa setiap manusia baik pemimpin mahupun rakyat. Dan sumber segala kebaikan adalah Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya yang dipelajari dan diamalkan oleh setiap jiwa baik pemimpin mahupun rakyat.

Jika pokok permasalahan ini kita fahami,  maka kita tidak akan menyerang mereka (pemimpin) dengan hujjah "merekalah sumber segalanya" dan meninggalkan dakwah tauhid yang digariskan oleh Allah dan para rasul-Nya. Sedangkan dakwah ini ditujukan kepada setiap manusia bahkan dimulai dari rakyat sebelum pemimpin. Padahal, dakwah tauhid itulah yang dilakukan oleh Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad—alaihimush salatu wassalam. Mereka mendakwahi kaumnya sebelum para pembesar. Nabi Musa صلى الله عليه وسلم mendakwahi Bani Israil sebelum Fir'aun, Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendakwahi Abu Bakar, Khadijah, Zaid, Ali, Bilal, keluarga Yasir, dan masyarakat Quraisy sebelum para pemimpin Arab dan dunia.

Seperti itu jelasnya dakwah Nabi kita dan semua para nabi, lalu kenapa kita mendengung-dengungkan dan menghabiskan waktu untuk berjuang dalam dakwah politik hanya berhujjah dengan syubhat hujjah iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم memiliki dan penguasa negeri islam Madinah?! 

Tidakkah mereka mengetahui bahawa terbentuknya negara Islam Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah hasil dan buah dari dakwah tauhid dan bukan buah dan hasil dakwah politik. Apakah setiap apa yang dimiliki dan dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kita jadikan sebagai pokok dakwah paling utama dan mengesampingkan dakwah kepada tauhid? Sehingga apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم melakukan jihad maka kita jadikan pokok dakwah adalah jihad bukan dakwah tauhid? 

Apakah jika Rasulullah صلى الله عليه وسلم melakukan ibadah puasa dan haji lantas kita jadikan pokok dakwah adalah dakwah puasa dan haji bukan dakwah tauhid? Apakah apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdamai dengan Quraisy dan Yahudi lantas kita jadikan pokok dakwah kita dakwah perdamaian dan bukan dakwah tauhid? Apakah jika Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabatnya khuruj (keluar) fi sabilillah untuk menyebarkan dakwah Islam, lantas kita jadikan pokok dakwah kita adalah khuruj dan mengabaikan dakwah tauhid?

DAKWAH YANG SALAH TETAPI MENGGIURKAN

Dakwah yang ditegakkan oleh sebahagian kelompok hizbiyyah pada zaman sekarang mengutamakan dakwah politik dan melawan pemerintah dengan alasan tidak berhukum dengan hukum Allah, adalah dakwah yang salah. Kita tidak memuji dan menyetujui praktik kebanyakan para pemimpin saat ini, tetapi ketidakridhaan kita tidak boleh mengeluarkan kita dari dakwah yang haq. Para pemimpin, sebagaimana manusia lainnya, boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Namun, kesalahan mereka tidak boleh kita ingkari dengan cara yang salah. 

Kemungkaran mereka tidak boleh kita hilangkan dengan cara yang mungkar. Rasulullah صلى الله عليه وسلم boleh membunuh Abu Jahal tatkala Abu Jahal menyeksa diri dan sahabatnya; begitu pula, baginda صلى الله عليه وسلم sangat mampu untuk membunuh Abdullah bin Ubai tokoh munafiqin yang banyak merosak Islam dari dalam, menghancurkan kehormatan baginda صلى الله عليه وسلم tatkala menuduh isteri baginda Aisyah رضي الله عنها berbuat zina; akan tetapi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak melakukannya. Ini menunjukkan bahawa dakwah menegakkan kebenaran dan menghilangkan kemungkaran berdasarkan syari'at Allah عزّوجلّ, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. 

Sebahagian da'i ditipu oleh syaitan bahawa semakin dia berani menentang pemerintah, berani mengkritik dan menyebar luaskan kesalahan mereka termasuk mujahid bahkan ada yang mendakwa dirinya paling jujur, soleh, dan ikhlas. 

Ditransliterasi dari Manhaj Salaf fi Dakwah oleh Syaikh Fawaz as-Suhaimi dan Manhajul Anbiaya' fi Dakwah Ilallah oleh Syaikh Rabi' al-Madkhali, dan lainnya. 

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute