FITNAH DIMUSIM BANJIR

Oleh : RPM

Amacam? Kesiankan? Siapa tak kesian. Kita kesian dengan musibah yang melanda saudara mara kita. Baik sekarang meh tengok komen-komen dibawah.

Rata-rata mengutuk dan marah. Baiklah... Namun ada baiknya sebelum kita nak menyebar luaskan berita ini kita selidik dahulu kesahihan berita ini. Terdapat beberapa persoalan yang ingin kami bangkitkan.

1. Tak ada gambar sebagai pembuktian. Masakan boleh update status facebook tetapi dalam hal-hal yang genting ini tak boleh ambil gambar walaupun sekeping?

2. Dalam suasa genting ini, masakan 'si mangsa' boleh berkesempatan meng'update' status FB nya.

3. Lokasi mangsa tinggal. Jika mengikut FB beliau, dinyatakan beliau yang berasal dari Kemaman Terengganu ini tinggal di BALING, KEDAH.

4. Sebagai seorang penolong Pegawai Perubatan, takkan beliau masih ada masa 'mengupdate' status di FB sedangkan pada masa-masa begini pastinya beliau sedang sibuk menguruskan urusan mangsa banjir yang perlu dirawat. Dan sebagai seorang staf kerajaan, mengapa tidak menegur perbuatan berkenaan?

Ternyata status FB yang ditulis amatlah meragui. Hanya dengan perkataan sahaja, masyarakat sudah membuat persepsi. Kami ingin menasihati pemilik akaun berkenaan agar mengemukakan bukti yang jelas sekaligus menghindarkan fitnah dari berleluasa pada masa sekarang.

Post a Comment

1 Comments

  1. salam admin.. nurul azreen org kemaman, dia bekerja kat baling, tp dia blik kg (sblm banjir) cz nak cukur kepala ank dia, keluarga suami dia dr sg petani pon berada di kemaman utk meraikan majlis tersebut yg dirancang semalam.. dia berada di pusat pemindahan sek men sultan ismail kemaman, merupakan mgsa bnjir.. kaloa dmin friend fb dia, dia update gmbar2 dia

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.