MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB) TURUNKAN CUKAI HARTA

Dipetik dari : YNews

JOHOR BAHRU, 26 DISEMBER 2013 : Bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah, Majlis Bandaraya Johor Bahru, MBJB akan menurunkan kadar cukai harta dalam kawasan seliaannya bermula 1 Januari 2014. 

Kata Datuk Bandar MBJB, Ismail Karim, kadar penurunan itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada pemilik rumah kos rendah dan sederhana. Beliau ditemui selepas melancarkan ulang tahun ke-20 bandaraya Johor Bahru semalam. Menurut Ismail, bagi kategori perumahan kos sederhana, kadar cukai harta yang baharu adalah 0.12% berbanding 0.13% ketika ini. Kadar baru bagi perumahan kos rendah pula, diturunkan pada kadar 0.11% berbanding 0.13%. Bagi perumahan rizab melayu, kadar cukai baru 0.04% berbanding 0.05% sebelum ini. Namun menurut Ismail, kadar cukai harta bagi kategori perdagangan dinaikkan sebanyak 0.01% menjadikannya 0.27%. Bagi kategori perindustrian pula, kadar cukai dinaikkan kepada 0.30%.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah - MBJB atas keperihatinan Masalah Rakyat . Tahniah Juga untuk Dato Bandar.

    Aku teringat dalam 3-4 tahun lepas semasa sesi rayuan di Bilik Mesyuarat MBJB utk kurangkan Cukai ..

    Betapa pada masa itu ahli ahli majlis yg langsung tak perihatin dengan masalah rakyat dengan arrogant tak memperdulikan rayuan .

    Aku harap selepas PRU 13 dan pemilihan parti yg baru berlangsung . Ahli Majlis lama yg tak berfungsi telah di "buang" drp senarai .

    Again Congrats to MBJB.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.