ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 30 December 2013

RAKYAT SELANGOR DAPAT 30 HENGGET SELEPAS MB, SPEAKER, TIMBALAN SPEAKER, DAN EXCO SAPU 300%

Oleh : Beruang Biru

Pasti ramai yang akan tergelak apabila mendengar laporan yang mengatakan kerajaan Selangor akan memberikan baucar bernilai RM30.00 kepada keluarga yang berpendapatan rendah di Selangor. Seperti kata wak Mustara di dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’, ini betul-betul, bukan cobaan!!!!

Paling menarik, ia diakui sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang mengatakan kerajaan negeri akan memberikan baucar bernilai RM30.00 itu bagi membolehkan keluarga itu membeli kasut sekolah untuk anak-anak mereka di gedung pakaian jenama Bata.

Bukanlah niat untuk memperlekehkan jumlah pemberian tersebut, namun sebagai sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’ dan sebagainya apakah berbaloi nilai yang diberikan itu. Tambah mengecewakan jumlah tersebut diberikan kepada keluarga dan bukannya mengikut jumlah anak yang bersekolah di dalam keluarga tersebut.

Dalam erti kata lain, walaupun keluarga tersebut mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah mereka tetap akan diberikan baucar bernilai RM30.00 yang bersamaan RM5.00 untuk seorang anak. Persoalannya apakah yang dapat dibeli dengan jumlah tersebut?

Tambah menghairankan ialah, media pembangkang sebelum ini melaporkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Selangor bernilai RM 1,330,000.00 kepada Sekolah jenis Kebangsaan Cina. Bukanlah bermaksud untuk menimbulkan isu perkauman, namun angka sumbangan tersebut jelas memperlihatkan seolah-olah ada perbezaan dan dasar ‘pilih kasih’ yang diamalkan oleh kerajaan negeri.

Malah rakyat Selangor pasti masih ingat mengenai usul yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menaikkan gaji dan elaun semua Adun di Selangor.  

Sekiranya diteliti, mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Antara hujah yang digunakan untuk mewajarkan kenaikan tersebut ialah, kononnya kerajaan Selangor mempunyai lebihan pendapatan hampir RM600 juta. Malah ekoran isu lebihan pendapatan itu juga, pentadbiran Khalid dikritik oleh Anwar Ibrahim kerana gagal menggunakannya seperti yang sepatutnya.

Namun apa yang mengecewakan ialah, lebihan dana tersebut adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang gagal dimanfaatkan oleh Khalid untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak teruk di Selangor.

Mengikut data yang diperolehi, daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.75 bilion kepada kerajaan negeri Selangor, namun hanya RM1.1 biliion sahaja yang dibelanjakan.

Ia bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri itu bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab.

Hasil rizab simpanan tersebut pula, akhirnya bakal digunakan untuk membayar jumlah kenaikan yang bakal dinikmati oleh semua Adun Selangor. Ini bermaksud rakyat terpaksa menanggung kerugian, kesusahan dan kesengsaraan akibat masalah jalan rosak dan berlubang di Selangor bagi menampung kenaikan elaun tersebut.

Dan sekelumit daripada lebihan itu, sebanyak RM30.00 diperuntukkan kepada setiap KELUARGA yang kurang berkemampuan untuk membeli kasut sekolah anak-anak mereka. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh rakyat khususnya pengundi di Selangor hasil kepercayaan yang diberikan kepada kerajaan PKR, DAP dan Pas.

Hidup RAKYAT!!!!

Rujukan : 

1 comment:

  1. Pada peserta demo guling kerajaan ...elok sangat lokasi perhimpunan diadakan di pejabat mentri besar selangor........gaji pemimpin naik 300%....rakyat dapat baucer 30 ringgit....gaji penisahat ekonomi selangor anwar ibrahim 1 hingget tapi elaun klaim 150 ribu ......formula apa yang kerajaan pakai gaji 1 hingget tapi elaun klaim sampai 150 ribu......kalau nak berhimpun buat di selangor

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute