ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 28 December 2013

@tescomalaysia TURUNKAN HARGA BARANG

Dipetik dari : Sebastian Phiu

Pendahuluan: Tulisan ringkas ini tidak mewakili harga sebenar barang terkini. Idea asal tulisan ini adalah untuk mencetuskan keraguan mengapa harga barang naik, bagaimana mengimbangi kenaikan harga barang, siapa yang bertanggungjawab di belakang setiap kenaikan harga barang asasi dan seumpamanya. Setiap yang dinyatakan memerlukan pengkajian yang lebih teliti. Sila rujuk pakar ekonomi selain Rafizi Ramli kerana percayalah beliau bukan pakar ekonomi. Anda cuma akan menjadi lebih pening mendengar komen beliau berkenaan ekonomi 

Sebastian Phiu: Jika Tesco boleh menurunkan harga barang, kenapa peniaga-peniaga besar yang lain tidak mampu menurunkan harga barang? Atau soalan yang lebih tepat, tidak mampu atau tidak mahu? 

Secara logiknya peniaga-peniaga kecil tidak mampu menurunkan harga barang jika pengeluar tidak menurunkan harga barang mereka. 

Di Malaysia terdapat beberapa makanan keperluan asas yang dimonopoli oleh peniaga-peniaga besar yang tamak haloba. Mereka monopoli sesuatu perniagaan dan merekalah yang menentukan harga barang mereka. Jika harga yang mereka letak agak tinggi maka di sinilah akan ada campur tangan kerajaan mengeluarkan duit kerajaan atau kamu semua namakan duit rakyat dalam bentuk subsidi bagi mengimbangi kadar harga sesuatu barang keperluan tersebut supaya tidak terlalu tinggi. 

Dalam bahasa mudah, kerajaan terpaksa keluarkan duit dan bayar kepada peniaga-peniaga besar yang tamak ini supaya barang-barang yang mereka jual itu tidak membebankan pembeli seperti kita. Tetapi dalam masa yang sama peniaga-peniaga besar yang tamak ini mengaut keuntungan yang sangat besar. Mahu tidak mahu kita terpaksa membeli daripada meraka kerana barang ini dimonopoli oleh mereka. 

Sebelum itu bagi yang tidak faham apa itu monopoli, sila abaikan tulisan pendek ini. Buang masa saya cerita. Anda study dulu apa itu monopoli. Baik. 

Antara contoh barang yang dimonopoli oleh peniaga besar ini adalah seperti: 

1. Gula
2. Tepung Gandum
3. Minyak Masak
4. Beras 

Kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak subsidi dan membayar kepada peniaga-peniaga besar yang tamak ini agar mereka kekal kaya. Merekalah yang sebenarnya banyak makan duit rakyat. Berikut adalah subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memastikan 4 barangan ini kekal 'mampu beli' bagi rakyat marhaen seperti kita. 

1. Gula: Subsidi RM513 juta pada tahun 2012 dan RM262 juta pada tahun 2011
2. Tepung Gandum: RM150 juta pada tahun 2012 RM129 juta pada tahun 2011
3. Minyak Masak: RM1.6 billion pada tahun 2012 RM1.5 billion pada tahun 2011
4. Beras ST 15: RM528 juta pada tahun 2012 RM528 juta pada tahun 2011 

Jadi atas sebab inilah banyak duit kerajaan atau duit rakyat dalam bentuk subsidi dihabiskan untuk menyumbat mulut-mulut peniaga besar macam buaya ini supaya mereka kekal kaya raya dan kerajaan pula sentiasa akan membayar mereka demi untuk memastikan 4 barangan ini 'mampu dibeli' oleh rakyat berpandapatan rendah. Namun, itu baru 4 barang. Bagaimana pula barang-barang lain? Di sinilah anda perlu rajinkan diri dan jangan malas! Kaji dan kaji lagi! 

Sekarang kita tahu banyak duit kerajaan atau duit rakyat dalam bentuk subsidi dihabiskan untuk mengekalkan kekayaan peniaga-peniaga besar yang monopoli 4 barangan ini. 

Persoalannya, siapakah peniaga-peniaga besar yang monopoli barangan ini? Adakah dalangnya kerajaan sendiri? Sila kaji dan post jawapan anda di ruangan komen di bawah. 

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130920/ek_07/Tesco-labur-RM23-juta-turunkan-harga-18-barangan

* Sebarkan artikel pendek ini supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai. 

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute