ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 7 December 2013

VIDEO IMAM MASJIDIL HARAM 'SEKOLAHKAN' UMNO DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 #PAU2013



KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER - Seorang imam Masjidil Haram, Makkah hari ini melahirkan rasa kagumnya dengan orang Islam di negara ini yang beliau sifatkan begitu sensitif dengan isu-isu semasa membabitkan agama Islam.

Syeikh Dr Khalid Ali Al-Ghamdi berkata isu-isu semasa seperti cubaan pihak-pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan umat Islam sentiasa diberikan perhatian oleh umat Islam negara ini.

Katanya isu-isu itu sebenarnya boleh membawa kepada penyelewengan dan akhirnya menyebabkan kecelaruan fikiran dan akidah.

"Mintak tolong semua...dalam isu berdepan musuh-musuh Islam perlu ada persepakatan antara rakyat dan kerajaan kerana musuh-musuh sentiasa mencari ruang," katanya dalam sidang media di sini.

Pada sidang media itu, Exco Pergerakan Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya bertindak sebagai penterjemah Khalid.

Khalid berkata rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam perlu menyokong sebarang usaha pemerintah yang tertujuan ke arah kebaikan untuk negara dan Islam.

"Jangan tentang pemerintah dalam hal kebajikan...hendaklah bersama pemerintah. Sebagai manusia walau macam mana usaha pun takkan sampai ke tahap kesempurnaan. Kecenderungan agama di Malaysia amat tinggi," katanya.

Khalid dan rombongannya berada di negara ini sejak Ahad lepas dan pulang ke Makkah hari ini. Sepanjang tempoh itu, beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa mufti negeri.

Beliau turut mengimamkan solat Jumaat dan membaca khutbah Jumaat di surau Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Dr Khalid dan rombongannya yang melibatkan beberapa ulama Makkah juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Sumber : Bernama / Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute