ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 31 December 2014

10 HADIS MENGENAI KHAWARIJ

Terjemahan : Jebat

Pertama :

Abu Said al Khudri berkata; Sewaktu Rasulullah ﷺ sedang membahagi-bahagikan harta rampasa perang (kepada kaum Muslimin) tiba-tiba Dzhul Khuwaisirah al Tamimi datang dan berkata: ”Berlakulah adil wahai Rasulullah”. Mendengar teguran yang kasar itu baginda berkata: ”Celakalah kamu, siapakah yang akan menegakkan keadilan sekiranya aku tidak melakukannya?”. Umar bin Al-Khattab mencelah, ”Wahai Rasulullah, adakah anda membenarkanku untuk memancung lehernya?”. Baginda menjawab: ” Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut yang akan mencela solat kamu semua dengan membandingkan dengan solat mereka, mereka juga mencerca puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, mereka keluar daripada agama (Islam ) sederas anak panah yang keluar daripada busurnya ” (Sahih Muslim/2456; Sahih Bukhari/6933; Kitab Muwattha/156; Sunan Abu Daud/6741).

Kedua :

Rasulullah ﷺ bersabda: "Akan muncul diantara umatku, kaum yang membaca Al-Quran, yang mana bacaan kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan bacaan mereka, dan solat kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu tidak ada ertinya dibandingkan dengan puasa mereka, mereka membaca Al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahawasanya Al-Quran itu milik mereka sahaja, padahal sebenarnya Al-Quran itu akan melaknat mereka. Tidaklah solat mereka melalui kerongkongan mereka, mereka itu akan memecah agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya ” (Sahih Muslim/ 2467, Sunan Abu Daud/4748 ).

Ketiga :

Said al Khudri menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Akan muncul diantara kamu kaum yang menghina solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, amal perbuatan kamu dibandingkan dengan amal perbuatan mereka. Mereka itu membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka tidak akan melewati kerongkong mereka, dan mereka akan memecah agama sebagaimana anak panah keluar dari busurnya ” (Sahih Bukhari/5058 ).

Keempat :

Sayyidina Ali bin Abi Thalib menyatakan bahawasanya dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: ”Pada akhir zaman nanti akan muncul kaum yang berusia muda (ahdasul asnan), berfikiran pendek (sufahaul ahlam), mereka memperkatakan sebaik-baik ucapan kebaikan, mereka membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka itu tidak melebihi (melampui) kerongkong mereka, mereka memecah agama sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya maka dimanapun kamu menjumpainya maka perangilah mereka sebab dalam memerangi mereka terdapat pahala disisi Allah pada hari kiamat kelak. ” (Sahih Bukhari/6930, Sahih Muslim/2462, Sunan Abu Daud/4767, Sunan Nasai/4107 Sunan Ibnu Majah/168, Sunan Ahmad/616 ).

Kelima :

Dari Anas berkata : Ada seorang lelaki pada zaman Rasulullah berperang bersama Rasulullah dan apabila kembali (dari peperangan) segera turun dari kenderaannya dan berjalan menuju masjid nabi melakukan solat dalam waktu yang lama sehingga kami semua terpesona dengan solatnya sebab kami merasa solatnya melebihi solat kami, dan dalam riwayat lain disebutkan kami para sahabat merasa ta’ajub dengan ibadahnya dan kesungguhannya dalam ibadah, maka kami ceritakan dan sebutkan namanya kepada Rasulullah, tetapi Rasulullah tidak mengetahuinya, dan kami sifatkan dengan sifat-sifatnya, Rasulullah juga tidak mengetahuinya, dan tatkala kami sedang menceritakan mengenainya, lelaki itu muncul dan kami berkata kepada Rasulullah: Inilah orangnya ya Rasulullah. Rasulullah bersabda : ”Sesungguhnya kamu menceritakan kepadaku seseorang yang diwajahnya ada tanduk syaitan. Maka datanglah orang tadi berdiri di hadapan sahabat tanpa memberi salam. Kemudian Rasulullah bertanya kepada orang tersebut : "Aku bertanya kepadamu, apakah engkau merasa bahawa tidak ada orang yang lebih baik daripadamu sewaktu engkau berada dalam suatu majlis. "Orang itu menjawab: Benar". Kemudian dia segera masuk ke dalam masjid dan melakukan solat dan dalam riwayat kemudian dia menuju tepi masjid melakukan solat, maka berkata Rasulullah: "Siapakah yang akan dapat membunuh orang tersebut ?". Abu Bakr segera berdiri menuju kepada orang tersebut, dan tak lama kembali. Rasullullah bertanya : Sudahkah engkau bunuh orang tersebut? Abu Bakr menjawab : "Saya tidak dapat membunuhnya sebab dia sedang bersujud". Rasul bertanya lagi : ”Siapakah yang akan membunuhnya lagi? ”. Umar bin Khattab berdiri menuju orang tersebut dan tak lama kembali lagi. Rasul berkata: "Sudahkah engkau membunuhnya?" Umar menjawab: ”Bagaimana mungkin saya membunuhnya sedangkan dia sedang sujud”. Rasul berkata lagi ; Siapa yang dapat membunuhnya ?”. Ali segera berdiri menuju ke tempat orang tersebut, tetapi orang tersebut sudah tidak ada ditempat solatnya, dan dia kembali ke tempat nabi. Rasul bertanya: "Sudahkah engkau membunuhnya?" Ali menjawab: "Saya tidak menjumpainya di tempat solat dan tidak tahu dimana dia berada. "Rasulullah ﷺ  melanjutkan: "Sesungungguhnya ini adalah tanduk pertama yang keluar dari umatku, seandainya engkau membunuhnya, maka tidaklah umatku akan berpecah. Sesungguhnya Bani Israel berpecah menjadi 71 kelompok, dan umat ini akan terpecah menjadi 72 kelompok, seluruhnya di dalam neraka kecuali satu kelompok ”. Sahabat bertanya : ” Wahai nabi Allah, kelompk manakah yang satu itu? Rasulullah menjawab : ”Al Jamaah”. (Musnad Abu Ya’la/ 4127, Majma’ Zawaid/6-229).

Keenam :

Rasulullah ﷺ bersabda: "Nanti pada akhir zaman akan muncul kaum yang mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya, dan mereka akan terus muncul sehingga keluar yang terakhir daripada mereka bersama Dajjal, maka jika kamu berjumpa dengan mereka, maka perangilah, sebab mereka itu seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah. "(Sunan Nasai/4108, Sunan Ahmad/19783 

Ketujuh :

Abu Said al Khudri menceritakan bahawa Ali - sewaktu berada di Yaman - menghantarkan Dhahiibah dalam taribahnya kepada Rasulullah. Barang tersebut dibahagi-bahagikan Rasulullah kepada : Aqra’ bin Habis al Hanzali, dan Ainah bin Badr al Fazari, Alqamah bin Alasah al Amiri, dan salah seorang daripada Bani Kilab, dan Zaid al Khair al Thai, dan salah seorang Bani Nabhan. Pembahagian itu membuatkan kaum Qurasiy dan Ansar merasa tidak senang sehingga berkata : Ya Rasulullah, kamu telah memberikannya kepada kelompok askar daripada Najd dan meninggalkan kami ”. Rasulullah menjawab: ”Aku berbuat sedemikian, semata-mata untuk menjinakkan hati mereka. "Abu Said melanjutkan: Tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang buta, lebar dahinya, lebat janggutnya, gundul kepalanya berkata: ”Ya Muhammad, bertakwalah kamu kepada Allah”. Baginda berkata : "Siapakah lagi yang akan taat kepada Allah jika aku tidak taat kepadaNya. Dia (Allah) telah memberikan kepercayaan kepadaku untuk menjaga bumi ini, mengapa engkau tidak percaya kepadaku ? Abu said melanjutkan: ”selanjutnya seorang lelaki –menurut sebahagian riwayat Khalid bin Walid-telah meminta izin kepada Nabi untuk membunuh lelaki tersebut tetapi baginda melarangnya. Setelah lelaki itu pergi Rasulullah ﷺ bersabda : ”Sesungguhnya dari keturunan lelaki ini nanti akan muncul satu kaum yang membaca Al-Quran tetapi ianya tidak melepasi pangkal kerongkong mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya. Mereka membunuh umat Islam dan membiarkan umat penyembah berhala. Sekiranya aku menjumpai mereka, niscaya aku akan memerangi mereka seperti yang menimpa kaum Ad. ” (Sahih Bukhari/3344; Sahih Muslim/2451)

Kelapan :

Diriwayatkan oleh Ibn Umar: (Nabi) mengatakan, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Maka Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” .(Sahih Bukhari [2:147])

Kesembilan :

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar: Saya melihat Rasulullah menunjuk ke arah timur (Najd), “Lihatlah Penderitaan sungguh akan muncul oleh kerana itu; penderitaan  sungguh akan muncul oleh kerana itu di mana tanduk syaitan muncul. (Sahih Bukhari [4:499])

Kesepuluh :

ُ”Akan muncul sekelompok pemuda yang (pandai) membaca Al-Qur‘an namun bacaan tersebut tidak melewati kerongkongnya. Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas.” Ibnu ’Umar berkata: ‘Saya mendengar Rasulullah mengulang kalimat: “Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas” lebih dari 20 kali.’ Kemudian baginda berkata: “Hingga muncullah Ad-Dajjal dalam barisan pasukan mereka.” [HR. Ibnu Majah]
Read more ...

Tuesday, 30 December 2014

RITUAL SYIAH DALAM BUDAYA MELAYU

Berzanji merupakan antara ritual yang mengambil ritual Syiah
Oleh : Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman (Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Kemunculan ajaran dan pemikiran budaya Syiah menjadi salah satu aspek perbahasan yang penting dalam kajian para sarjana mengenai sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Pemikiran Syiah telah dibincangkan bersama pengaruh-pengaruh lain seperti Arab dan Parsi yang dianggap penyumbang terbesar dalam pemikiran keagamaan dan budaya umat Islam di rantau ini. 

Beberapa sarjana cuba menjelaskan bahawa aliran Islam yang terawal diterima oleh masyarakat melayu di Alam Melayu adalah fahaman Syiah sebelum dikuasai oleh aliran teologi Ashairah bermazhab Syafie. Kenyataan ini telah cuba dinafikan oleh beberapa sarjana yang menganggap bahawa Syiah tidak memiliki pengaruh teologi selain hanya telah bercampur aduk dengan budaya Arab-Parsi yang telah meresap dalam pemikiran tasawuf Sunni dan sastera Melayu klasik. 

Kajian ini dilakukan untuk membincangkan tentang kemunculan pemikiran budaya Syiah di Alam Melayu. Kajian ini juga akan menyentuh pengaruh Syiah dalam budaya Melayu, khususnya dalam bidang pemikiran tasawuf dan sastera Melayu. Kertas kerja ini akan membincangkan pemikiran budaya Syiah sejelasnya wujud di Alam Melayu bermula pada abad ke-12M, menerusi ajaran tasawuf falsafah. 

Pengaruh budaya Syiah in sangat ketara terdapat dalam beberapa amalan ritual dan sastera melayu klasik bersifat keagamaan dalam masyarakat Melayu. Perkembangan budaya Syiah telah dibantu dan diperkukuhkan lagi oleh peranan pendakwah golongan berketurunan Ahli Bayt dan kegiatan ahli tasawwuf falsafah yang dianggap mempunyai peranan yang sangat besar dalam penyebaran Islam di Alam Melayu.


Read more ...

Monday, 29 December 2014

ONANI BAGI PASANGAN YANG TELAH BERNIKAH

[Gambar Hiasan]
Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits
Terjemahan : Jebat

Onani Dibolehkan?

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Islam mengizinkan suami isteri untuk melakukan apa jua usaha dalam rangka mencari kepuasan di ranjang, selama mana ianya tidak melanggar perkara yang dilarang, seperti hubugan badan ketika haid dan hubungan melalui dubur.

Sepasang suami isteri dibolehkan menikmati anggota badan pasangannya sepuas dirinya, sekalipun sampai menyebabkan klimaks. Jika ini dikatakan onani, maka ini adalah onani yang halal.

Diantara dalilnya,

Firman Allah,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ( ) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُون

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;" (Al-Mukminun: 5 – 7).

Kemudian, di ayat lain, Allah berfirman,


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah: 222).

Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah ﷺ pernah menjelasakan interaksi yang boleh dilakukan antara suami isteri ketika sedang haid,


اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاحَ

“Lakukanlah segala sesuatu (dengan isteri kalian) kecuali nikah.” (HR. Muslim 302).

Ketika menjelaskan hadis ini, At-Thibi mengatakan,


إِنَّ الْمُرَادَ بِالنِّكَاحِ الْجِمَاعُ

“Makna kata ‘nikah’ dalam hadis ini adalah hubungan intim.” (Aunul ma’bud, 1/302)

Dan inilah yang membezakan antara kaum Muslimin dengan Yahudi. Kaum Muslimin dibenarkan untuk berinteraksi dengan isterinya yang sedang haid, selain hubungan badan. Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu menceritakan berkaitan dengan ayat di atas;


أن اليهود كانوا إذا حاضت المرأة فيهم لم يؤاكلوها ولم يجامعوهن في البيوت فسأل الصحابة النبي صلى الله عليه وسلم فأنزل الله تعالى : ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض…

Sesungguhnya orang yahudi, ketika isteri mereka mengalami haid, mereka tidak mahu makan bersama isterinya dan tidak mahu tinggal bersama isterinya dalam satu rumah. Para sahabatpun bertanya kepada Nabi ﷺ, kemudian Allah menurunkan ayat, yang ertinya,

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah bahwa haid itu kotoran, karena itu hindari wanita di bagian tempat keluarnya darah haid…” (HR. Muslim 302).

Onani dengan Tubuh Isteri, Itu Yang Dihalalkan

Abu Yusuf menceritakan,


سألت أبا حنيفة عن الرجل يمس فرج امرأته أو تمس هي فرجه ليتحرك عليه هل ترى بذلك بأسا؟

Saya pernah bertanya kepada guruku Imam Abu Hanifah, tentang suami yang memegang kemaluan isterinya atau isteri memegang kemaluan suaminya agar bergerak (membangkitkan syahwat), apakah menurut Anda ini bermasalah?

Jawab Imam Abu Hanifah rahimahullah,


لا إني لأرجو أن يعظم الأجر

“Tidak ada masalah, bahkan saya berharap ini akan memperbesarkan pahalanya.” (Tabyin al-Haqaiq, 16/367).

Beliau memahami, usaha suami untuk membahagiakan isterinya atau usaha si isteri untuk membahagiakan suaminya, bukan usaha sia-sia, kerana semua tercatat sebagai pahala.

Isteri Dilarang Menolak

Rasulullah ﷺ bersabda,


إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

“Apabila suami mengajak isterinya untuk berhubungan, lalu isteri menolak dan suami marah kepadanya maka dia dilaknat oleh para malaikat sampai subuh.” (HR. Bukhari 3237 dan Muslim 1436).

Berdasarkan hadis ini, ulama melarang keras para wanita yang menolak ajakan suaminya dalam batas yang dibolehkan syariat.

Imam Zakariya al-Anshari – seorang ulama mazhab Syafii – mengatakan,


ويحرم عليها أي على زوجته أو جاريته  منعه من استمتاع جائز بها تحريما مغلظا لمنعها حقه مع تضرر بدنه بذلك

Dilarang keras bagi isteri untuk menolak ajakan suami untuk bercumbu dengannya dalam batas yang dibolehkan. Kerana wanita ini menolak hak suami, sementara itu membahayakan badan suami. (Asnal Mathalib, 15/230)

Allahu a’lam.
Read more ...

Sunday, 28 December 2014

NASIHAT INDAH UNTUKMU WAHAI WANITAKU

Oleh : Abu Abdurrahman As-Sahibi

Wasiat Seorang Ibu Kepada Anak Perempuannya

Anjuran Berwasiat Kepada Calon Isteri

Anas mengatakan bahawasanya para sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam jika mempersembahkan (menikahkan) anak perempuan kepada calon suaminya, mereka memerintahkan kepadanya untuk berkhidmat kepada suami dan sentiasa menjaga hak suami.

Pesan Bapa Kepada Anak Perempuannya Saat Pernikahan

Abdullah bin Ja’far bin Abu Thalib mewasiatkan anak perempuannya, seraya berkata, “Jauhilah olehmu perasaan cemburu, kerana rasa cemburu adalah kunci jatuhnya talak. Juga jauhilah dari banyak mengeluh, kerana keluh kesah akan menimbulkan kemarahan, dan hendaklah kamu memakai celak mata kerana itu adalah perhiasan yang paling indah dan wangian yang paling harum”.

Pesan Ibu Kepada Anak Perempuannya

Diriwayatkan bahawa Asma binti Kharijah Al-Farzari berpesan kepada anak perempuannya disaat pernikahannya, “Sesungguhnya engkau telah keluar dari sarang yang engkau tempati menuju hamparan yang tidak engkau ketahui, juga menuju teman yang engkau belum merasa rukun dengannya. Oleh kerana itu jadilah engkau sebagai bumi baginya, maka dia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau hamparan baginya, niscaya dia akan menjadi tiang untukmu. Jadilah engkau hamba sahaya baginya, maka niscaya dia akan menjadi hamba untukmu. Janganlah engkau meremehkannya, kerana niscaya dia akan membencimu dan janganlah menjauhi darinya kerana dia akan melupakanmu. Jika dia mendekati kepadamu maka dekatkanlah dirimu, dan jika dia menjauhimu maka menjauhlah darinya. Jagalah hidungnya, pendengarannya, dan matanya. Janganlah dia mencium sesuatu darimu kecuali wangian dan janganlah dia melihatmu kecuali engkau dalam keadaan cantik. [1]

Pesan Amamah binti Harits Kepada Anak Perempuannya Saat Pernikahan.

Amamah bin Harits berpesan kepda anak perempuannya tatkala membawanya kepada calon suaminya, “Wahai anak perempuanku! Bahawasanya jika wasiat ditinggalkan kerana suatu keistimewaan atau keturunan maka aku menjauh darimu. Akan tetapi wasiat merupakan peringatan bagi orang yang mulia dan bekal bagi orang yang berakal. Wahai anak perempuanku! Jika seorang perempuan merasa cukup terhadap suami lantaran kekayaan kedua orang tuanya dan hajat kedua orang tua kepadanya, maka aku adalah orang yang paling merasa cukup dari semua itu. Akan tetapi perempuan diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk perempuan. Oleh kerana itu, wahai anak perempuanku! Jagalah sepuluh perkara ini.

Pertama dan kedua : Perlakuan dengan sifat qana’ah dan mu’asyarah melalui perhatian yang baik dan taat, kerana pada qan’aah terdapat kebahagiaan kalbu, dan pada ketaatan terdapat keredhaan Tuhan.

Ketiga dan keempat : Buatlah janji dihadapannya dan berhiaslah dihadapannya. Jangan sampai dia memandang buruk dirimu, dan jangan sampai dia mencium darimu kecuali wangian.

Kelima dan keenam : Perhatikanlah waktu makan dan tenangkanlah dia tatkala tidur, kerana panas kelaparan sangat menjengkelkan dan gangguan tidur memburukkan.

Ketujuh dan kelapan : Jagalah harta dan keluarganya. Kerana kekuasaan dalam harta ertinya pengaturan kewangan yang bagus, dan kekuasaan dalam keluarga ertinya perlakuan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh : Jangan engkau menyebarkan rahsianya, serta jangan engkau langgar peraturannya. Jika engkau menyebarluaskan rahsianya bererti engkau tidak menjaga kehormatannya. Jika engkau melanggar perintahnya bererti engkau merobek dadanya. [2]

Bahawasanya keagungan baginya yang paling besar adalah kemuliaan yang engkau persembahkan untuknya, dan kedamaian yang paling besar baginya adalah perlakuanmu yang paling baik. Ketahuilah, bahawasanya engkau tidak merasakan hal tersebut, sehingga engkau mempengaruhi keinginannya terhadap keinginanmu dan keredhaannya terhadap keredhaanmu (baik dalam hal yang engkau sukai atau yang engkau benci). Jauhilah menampakkan kebahagiaan dihadapannya jika dia sedang risau, atau menampakkan kesedihan tatkala dia sedang gembira.

Tatkala Ibnu Al-Ahwash membawa anak perempuannya kepada amirul mukminin Usman bin Affan Radhiallahu ‘anhu, dan orang tuanya telah memberinya nasihat, Usman berkata, “Dimana mana sahaja, bahawasanya engkau mengutamakan perempuan dari suku Quraisy, kerana mereka adalah perempuan yang paling pandai memakai wangian daripada engkau. Oleh kerana itu peliharalah dua perkataan : Nikahlah dan pakailah wangian dengan menggunakan air hingga wangimu seperti bau yang ditimpa air hujan.

Ummu Mu’ashirah menasihati anak perempuannya dengan nasihat seperti berikut (sungguh aku membuatkannya tersenyum bercampur sedih)

: Wahai anakku.. engkau menerima untuk menempuh hidup baru… kehidupan yang mana ibu dan bapakmu tidak mempunyai tempat di dalamnya, atau salah seorang dari saudaramu. Dalam kehidupan tersebut engkau menjadi teman bagi suamimu, yang tidak menginginkan seorangpun ikut masuk campur dalam urusanmu, bahkan juga darah dagingmu. Jadilah isteri untuknya wahai anakku, dan jadilah ibu untuknya. Kemudian jadikanlah dia merasakan bahawa engkau adalah segala-galanya dalam kehidupannya, dan segala-galanya di dunia.

Ingatlah, selalu bahawasanaya lelaki, anak-anak atau dewasa memiliki kata-kata manis yang lebih sedikit, yang dapat membahagiankannya. Janganlah engkau membuatnya berperasaan bahawa dia menikahimu menyebabkanmu merasa jauh dari keluarga dan sanak kerabatmu. Sesungguhnya perasaan ini sama dengan yang dia rasakan, kerana dia juga meninggalkan rumah orang tuanya, dan keluarganya kerana dirimu. Tetapi perbezaan diantara dia dan kamu adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan, dan perempuan selalunya rindu kepada keluarga dan tempat dia dilahirkan, berkembang besar dan menimba ilmu pengetahuan. Akan tetapi sebagai seorang isteri dia harus kembali kepada kehidupan baru. Dia harus hidupnya bersama lelaki yang menjadi suami dan pelindungnya, serta bapa dari anak-anaknya. Inilah duniamu yang baru.

Wahai anakku, inilah kenyataan yang akan engkau hadapi dan inilah masa depanmu. Inilah keluargamu, dimana engkau dan suamimu bekerjasama dalam mengharungi bahtera rumah tangga. Adapun bapamu, itu dulu. Sesungguhnya aku tidak memintamu untuk melupakan bapamu, ibumu dan sanak saudaramu, kerana mereka tidak akan melupakanmu selama-lamanya wahai buah hatiku. Bagaimana mungkin seorang ibu melupakan buah hatinya. Akan tetapi aku memintamu untuk mencintai suamimu dan hidup bersamanya, dan engkau bahagialah dengan kehidupan berumah tangga bersamanya.

Seorang perempuan berwasiat kepada anak perempuannya, seraya berkata, “Wahai anakku, jangan kamu lupa dengan kebersihan badanmu, kerana kebersihan badanmu menambah kecintaan suamimu padamu. Kebersihan rumahmu dapat melapangkan dadamu, memperbaiki hubunganmu, menyinari wajahmu sehingga menjadikanmu selalu cantik, dicintai, serta dimuliakan di sisi suamimu. Selain itu disenangi keluargamu, kerabatmu, para tetamu, dan setiap orang yang melihat kebersihan badan dan rumah akan merasakan ketenteraman dan kesenangan jiwa”.

[Disalin dari buku Risalah Ilal Arusain wa Fatawa Az-Zawaz wa Muasyaratu An-Nisaa, Edisi Indonesia. Petunjuk Praktik dan Fatwa Pernikahan, Penerbit; Najla Press] 
_________
Nota Kaki : 
[1]. Ahkamu An-Nisa karangan Ibnu Al-Jauzi hal.79
[2]. Ahkamu An-Nisa karangan Ibnu Al-Jauzi hal.80
Read more ...

Saturday, 27 December 2014

[VIDEO] KES : TEBUSAN DI PENJARA PUDU



Jimmy Chua bersama 5 banduan lain telah menahan seorang doktor dan pembantunya di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Ia merupakan satu lakaran sejarah kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini, namun kejadian pagi 17 Oktober 1986 itu telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah Perkhidmatan Penjara Malaysia.
Read more ...

[E-BOOK PERCUMA] PELAYARAN BANGSA ARAB

1. Bangsa Arab melakukan penjelajahan dan penerokaan adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah :

a) Mengukuhkan kedudukan politik dan perluasan kuasa. Kerajaan Islam telah berjaya menguasai seluruh Afrika Utara sehinggalah ke Sepanyol dan termasuklah selatan Parsi hingga ke sempadan China dan India.

b) Menjalankan aktiviti perdagangan. Para pedagang Arab telah berulang-alik antara pelabuhan Antioch di Timur dengan Pelabuhan Gibralta di Barat. Kegiatan perdagangan turut berlaku dengan negara China pada abad kedua hijrah. Disamping itu, hubungan perdagangan dengan negara-negara di Asia Tenggara berlaku kerana ingin mendapatkan bunga cengkih, bijih timah dan sebagainya.

c) Menimva ilmu pengetahuan. Orang-orang Arab juga melakukan pelayaran dalam pelbagai bidang seperti geografi, astronomi, perubatan dan sebagainya. Contohnya ialah seperti Al-Khawarizmi yang menulis berkenaan alat astrolab Yunani di dalam bukunya yang bertajuk Zij-Al Sindhind.

2. Bangsa Arab merupakan masyarakat yang banyak menjalankan aktiviti perdagagan dan seterusnya kegiatan ini dapat mengorak langkah kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Sejak zaman Jahiliyyah lagi, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa orang Arab pernah menjelajah ke India, Asia Tenggara dan China. Ketika Yaman terkenal sebagai pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Arab, San'a menjadi pelabuhan persinggahan pedagagang-pedagang dari Timur dan Barat.

3. Hubungan perdagangan masyarakat Arab dengan kerajaan Parsi dan Rom turut terjalin. Bangsa Arab juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pelayaran. mereka menggunakan bintang sebagai penunjuk arah dalam perjalanan mereka.

4. Selain itu, bangsa Arab bukan sahaja terlibat dalam aktiviti pelayaran, malah mereka juga berpengalaman luas dalam peperangan di laut. Mereka mempunyai pengetahuan tentang angin, ombak, arus, ribut, taufan dan juga perubahan monsun.

5. Di samping itu juga terdapat buku-buku yang ditulis oleh bangsa Arab tentang ilmu pelayaran. Antaranya termasuklah kita Al-Anwa hasil karya Abu Hanifa Dinawri yang dapat dijadikan panduan ketika melakukan pelayaran. Tokoh-tokoh besar Arab dalam bidang pelayaran termasuklah Al-Mas'udi, Ibn Battutah, Ibn Majid dan Ibn Hawqal.

6. Kepulauan Melayu merupakan tempat persinggahan pedagang Arab sementara menanti pertukaran angin monsun sebelum meneruskan perjalanan ke China. Antara tempat yang menjadi persinggahan ialah di Kalah (Kedah), Ramni, Tiyuman dan Fansur merupakan antara pelabuhan yang terpenting sekitar 850M bagi pedagang Arab.

7. Menurut Proffesor Wang Gung Wu, Pedangang-pedangang Arab telah berdagang di Nanhai (Asia Tenggara) semenjak zaman purba lagi. Abu Dalaf merupakan pengembara Arab yang membuat catatan tentang Kedah yang disebutkannya sebagai Kalah.

8. Setelah kedatangan Islam ke dunia Arab, matlamat penjelajahan telah berubah dan lebih ke arah untuk mengkaji ciptaan Tuhan dan ingin menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Ramai pendakwah Islam dari Tanah Arab telah menjelajah ke seluruh dunia demi menyebarkan syiar Islam. Syeikh Ismail merupakan salah seorang dari pendakwah yang berasal dari Tanah Arab yang tiba di Samudera Pasai bagi mengIslamkan Raja Samudera iaitu Raja Merah Silu.


Read more ...

Friday, 26 December 2014

[VIDEO] KES : MAT KOMANDO



Pada 12 September 2002, Ahmad Mohd Arshad atau dikenali Mat Komando, 37, ketua kumpulan Geng 13 dan seorang penjenayah No.1 Malaysia yang dikehendaki polis dalam 52 insiden rompakan bersenjata berjumlah RM2.5 juta dipercayai bersembunyi di Felcra Kampung Hujung Ketun di pedalaman Kedah.

Berbekalkan risikan dan maklumat daripada penduduk kampung, 10 anggota 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) dibantu oleh Pasukan Gerakan Am dihantar untuk memberkas penjenayah terbabit yang bersembunyi di dalam sebuah pondok di kampung tersebut.

Menyedari kehadiran polis setelah diberi amaran "Polis! Jangan lari!!!", Mat Komando bertindak memulakan tembakan dan dalam insiden tembak-menembak tersebut pada subuh 12 September 2002, menandakan episod berakhirnya riwayat ketua kumpulan Geng 13 apabila beliau telah ditembak mati dibahagian kepala dan rusuk kirinya.
Read more ...

[SAJAK] TIMANG-TIMANGAN BAGI SEMENANJUNG MELAYU II

Sungguhlah Semenanjung negeri yang mulia
khazanahnya makmur sangatlah kaya
kepada makhluk memberi bahagia
senang sentosa bersuka ria.

Negeri pun aman bertambah ramai
bandar pelabuhan sangatlah permai
rakyat bernaung rukun dan damai
laksana benih baru disemai.

Perintah pun adil dengan sempurna
masyhurlah warta ke mana-mana
kaya dan miskin serupa kana
tiada berbeza mulia dan hina.

Patutlah negeri aman sentosa
rakyat mundur beribu laksa 
saudagar berhimpun berbagai bangsa
perniagaan maju berpanjangan masa.

Demikian pula perusahaan tanah
berbagai hasil memberi khazanah
ada yang emas ada yang timah
menjadi perniagaan sepanjang sunah.

Demikian juga kebun dan bendang
menjadi perusahaan ahli peladang
sangatlah subur mata memandang
ada yang luas ada yang sedang.

Sungguhlah Semenanjung tanah berbudi
memberi kemakmuran barang yang sudi
segala perusahaan sangatlah jadi
istimewa berkebun bersawah padi.

Kebun getah kebun kelapa
segenap daerah boleh berjumpa
kesuburan hidupnya nampak terupa
memberi kehasilan tiadalah alpa.

Patutlah Semenanjung negeri terbilang
murah dan makmur tiada berselang
ramailah dagang datang berulang
mencari kehidupan tiada berhalang.

Kedatangan dagang menumpang diri
berbuat usaha sepanjang hari
beramah dengan anak negeri
kisah dan mesra sama sendiri.

Alangkah manis dipandang orang
daripada dahulu sampai sekarang
berkasih sayang nyatalah terang
bertambah-tambah bukanlah kurang.

Apabila Semenanjung melihat keadaan
putera dan dagang bersuka-sukaan
bersama-sama membuat perusahaan
besarlah hati dengan kegembiraan.

Wahai Semenanjung negeri yang masyhur
tanahmu luas sangatlah makmur 
datanglah dagang Barat dan Timur
menumpang hidup sepanjang umur.

Wahai Semenanjung negeri pusaka
masyhur namamu tanah Melaka
wangi sebut sebilang ketika
tempat dagang menumpang suka.

Payah dicari sebagai jasamu
sangat meraikan sebarang tamu
dagang senteri tiadalah jemu
segenap bangsa boleh bertemu.

Patutlah engkau tanah berjasa
menjadi sebutan sebilang masa
kasih sayang segenap bangsa
datang berkampung berkampung desa.

Wahai semenajung tanah yang bahari
masyhur namamu ke sama ke mari
banyak berhimpun dagang senteri
tumpang berteduh panas matahari.


Malaya, Jun 1926
Read more ...

Thursday, 25 December 2014

[SAJAK] TIMANG-TIMANGAN BAGI SEMENANJUNG TANAH MELAYU I

Alangkah permai dipandang mata
negeri Semenanjung bumi yang rata
bukit berbaris laksana kota
molek dan gerun bersama serta.

Pantas menganjur kanan dan kiri
ombak memecah membanting diri
alunya deras sama selari
kapal belayar pergi dan mari.

Pulau berjejer di tengah lautan
jauh dan dekat tampak kelihatan
seumpama dinding tanah daratan
tampak bersela di celah hutan.

Apabila ditilik diamat-amati
negeri Semenanjung tanah yang sakti
di sebelah jawi besarlah hati
ke benua besar umpama titi

Negeri Semenanjung tanah yang elok
berkenaan letak rantau dan teluk
segenap daerah jajahan takluk
besarlah jasa kepada makhluk.

Tanah menganjur tampak terbentang
Ke Sisi Sumatera hala melintang
menjadi selat seumpama batang
tempat pelayaran pergi dan datang.

Alangkah molek kejadian alam
ditakdir Ilahi Khaliq al-alam
terjadilah selat lautan dalam
tempat pelayaran siang dan malam.

Jika boleh diambil kira
tanah Semenanjung dengan Sumatera
menjadi pintu sama setara
ke laut jawi bandar negara.

Jika difikir seketika masa
Takdir Tuhan yang Maha Kuasa
sangat besar kegunaan jasa
selat terbuka sentiasa.

Apabila diperhati ke dalam peta
keadaan alam benua yang rata
sebelah Timur negeri semata
tanah Semenanjung menjadi kota.

Kota yang kukuh gunung barbatu
dengan Sumatera menjadi sekutu
bagi kebajikan bantu berbantu
kerana selat menjadi pintu.

Wahai Semenanjung tanah bertuah
besar jasamu dikurniai Allah
menganjur ke laut sebelah-menyebelah
kepada dunia besar faedah.

Betapa Semenanjung tanah bertuah
melihat keadaan di dalam benua
putera bekerja tiada kecewa
sama sepakat muda dan tua.

Patutlah Semenanjung sangat murahnya
memberi kehasilan di dalam perutnya
timah dan emas sangat mewahnya
demikian pula tumbuh-tumbuhannya.

Patutlah Semenanjung ibu yang gahara
sangat mengasihi kepada putera
memandang dagang sama setara
sedikit tidak diberi cedera.

Dagang dan putera sama dikasihi
sekalian khazanah sama diserahi
rajin usaha lebih-melebihi
sedikit tidak selisih kelahi.

Berapa luas hutan belantara
rimba berlukar gunung segara
telah bertukar pekan negara
menjadi pekebunan nur dan para.

Berjenis nika boleh dilihat
usaha pekerjaan segenap rakyat
subur dan makmur di segenap tempat
memperoleh kehasilan berlipat-lipat.

Patutlah Semenanjung berbesar hati
segenap kehasilan boleh didapati
memberi kekayaan beribu kati
kepada dagang putera dan jati.

Malaya, Mei 1926
Read more ...

Wednesday, 24 December 2014

[SAJAK] ANGAN-ANGAN DENGAN GURINDAM - OMAR MUSTAFFA

Bangkitlah bangkit!
mengapa tidur lama sangat?
di mana dapat mencari negeri sekaya negeri kita!
bangkitlah bangkit!
timah sudah dimasak sudahlah hangat
mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita?
bangkitlah bangkit!
tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat?
mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita?
bijih dan getah! bijih dan getah!
inilah jalan kekayaan yang tentu
hasil negeri kita yang besar dapat di situ
bijih dan getah! bijih dan getah!
dari sebab itu bangkitlah bangkit!
jangan asyik berjoget
lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit!
hartanya beribu bermilion ringgit!
segeralah tuan jangan lengah
segera berbudai kepada tanah
kerana tanah baik budinya
lambat-laun usaha dan penat kita dibalasnya.


Utusan Melayu, 18 Januari 1913
Read more ...

BEBERAPA PERSOALAN MENGENAI TATACARA BERDOA (SUNNAH)





Regarding raising the hands when making du'aa:

It is important to note that du'aa' is an act of worship, and every act of worship should only be done on the basis of evidence (daleel). The basic principle here is that the hands should be raised when making du'aa', except when the du'aa' is part of another act of worship, in which case raising the hands is regarded as an additional action (and should not be done). Examples of such acts of worship include salaah (prayer), khutbah (sermon), tawaaf (circumambulation of the Ka'bah), sa'ee (running between al-Safaa and Marwah), etc. Salaah includes du'aa' at the beginning of the prayer, in rukoo' (bowing), when standing up from rukoo', in the two sajdahs (prostrations) and in the sitting between the two prostrations -- but whoever raises his hands in these places is considered to have committed an act of bid'ah (reprehensible innovation). The same applies to raising the hands when making du'aa' on the minbar, except in the case of istisqaa' (praying for rain). And the same applies when making du'aa' when doing tawaaf or sa'ee.

When there is evidence to show that it is permissible to raise the hands in certain situation, then there is no dispute. Any du'aa' which has not been narrated in a report and which is not part of another act of worship is regarded as general du'aa'; in this case there is nothing wrong with raising the hands. It was narrated that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) spoke of a man who raised his hands to the sky and said, "O Lord, O Lord," whilst his food was haraam, his drink was haraam, his clothing was haraam, he had been nourished with haraam, so how could his du'aa' be answered?

And the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "Allaah feels shy to let His slave raise his hands to Him and bring them back empty." -- and other ahaadeeth.

With regard to raising the hands after a naafil prayer, if that is not a du'aa' that is regularly offered, such as when a man is faced with some emergency, and he calls upon Allaah at that moment, there is nothing wrong with that. But if he regularly makes du'aa' and raises his hands after praying an obligatory prayer, there is no clear daleel to support doing so.
Read more ...

Tuesday, 23 December 2014

DR. ZAKIR NAIK DILARANG MASUK KE UK. RAJA SINDIR @realDrMAZA @drmazacom TAK NAK PERLI KERAJAAN @David_Cameron @BritishMonarchy ?



Oleh : AJ

Siapa tak kenal dengan Dr. Zakir Naik. Seorang pakar dalam bidang Teologi dan perbandingan Agama. Sering berhujjah dengan orang-orang bukan Islam dalam soal-soal ketuhanan, agama dan yang berkaitan dengan Islam.

Namun aku baru tau bahawa Dr. Zakir Naik adalah salah seorang individu yang di halang memasuki negara bekas penjajah itu. Menurut kenyataan yang mempromosikan keganasan, kebencian dikalangan masyarakat dan menyokong perjuangan Osama. Baca disini : http://www.bbc.com/news/10349564

Sebagai peminat Dr. Zakir Naik, aku berharap agar team Dr. Zakir Naik dapat menghubungi Prof. Madya Dato' Dr. Muzabzib Al-Oxfordi Wal Queen Elizabethi dengan kadar segera.

Ini kerana Prof. Madya Dato' Dr. Muzabzib Al-Queen Elizabethi pastinya mempunyai ramai kenalan di Oxford yang mempunyai link dengan Istana Buckingham. Dan pastinya Dr. Muzabzib akan sedia membantu Dr. Zakir Naik, kerana maklum kita mengetahui, Raja Sindir Malaysia ini adalah seorang yang percaya kepada konsep kebebasan bersuara.

Jadi kita harapkan Dr. Muzabzib dapat menyindir Perdana Menteri Britian, David Cameron dan Queen Elizabeth II agar mambatalkan 'halangan masuk' kepada Dr. Zakir Naik ke UK. Tak guna hanya berani menegur pemerintah Islam, tetapi menelur untuk tegur penaja disana : Pemerintah UK.
(Tak ramai 'Ustaz Malaysia' yang dijemput hadir makan tengah hari melainkan mereka yang rapat dan dilihat 'moderate' mengikut sudut pandang negara Nasrani tersebut. Hanya Muzabzib sahaja yang dapat 'privilege' sebegini)

Read more ...

SALAF ADALAH MANHAJ. BUKAN PERSATUAN, KELAB ATAU KUMPULAN.



The Salafis are Ahlus Sunnah but not according to the ignorant among them who turned it to a sect and tarnished the name of Salafyyah while Salafyyah is innocent of them. Sheikh Bin Othaymeen did not approve using the title and Sheikh Albaani allowed it yet did not call to what some of these wild creatures call to under the Salafee umbrella. Also, most of those of call themselves Salafee today suffer from two diseases: 1) don't live up to the name. 2) Fetch for others faults and miss their own. 
Read more ...

Monday, 22 December 2014

[VIDEO] KES : CANNY ONG



Imbasan kronologi kes pembunuhan penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian tahun 2003. Canny diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

Suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.
Read more ...

Sunday, 21 December 2014

NABI ﷺ LARANG BINA BINAAN DI KUBUR



Building structures & mausoleums over graves is strictly forbidden in Islam and there is unanimous consensus on this matter from the early imams of the Muslims. The Sufis insist in contradicting the pristine teachings of Islam hence shamefully construct tombs over the graves of their saints and encourage visitation for blessings and for needs to be fulfilled. Shaykh Al Arifi walks through one such mausoleum in Tarim (the centre of shirk & bidah) to highlight this endemic problem around the Muslim world.

Untuk hujah lanjut, sila layari : http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2010/03/170-larangan-solat-dan-membina-binaan.html
Read more ...

BUKAN KERJA KITA NAK KELUARKAN SESEORANG ITU DARI MANHAJ NABI & PARA SAHABAT


Question: May Allaah be good to you O esteemed Shaykh. This questioner states: "in recent times the following statement has become widely used, 'so and so is not a Salafee' or 'he is not from The Salafees.' Are these types of statements considered as tabdee' (considering a person to be an innovator) and therefore it is a must that the evidence is established upon him?"

Response: By Allaah, I warn from using these types of nick names. All praise is due to Allaah, It is more befitting for the Muslim and more befitting for the students of knowledge...that they are all upon goodness, they are upon the belief of the Salaf. Some of them may have some deficiencies or some ignorance; however they are not to be exited from Salafiyyah.

This type of speech is not permissible. This type of speech is not permissible between brothers, between students of knowledge, between the children of the Muslims and in the countries of the Muslims - this is not permissible.

If you know of some point of contention with your brother, then you should advise him. As for saying, he is not from 'The Salafees' or 'is not upon salafiyyah'...maybe you yourself do not yet know what salafiyyah is!

Some of them claim salafiyyah and yet they don't know what it is...If you were to ask him what is salafiyyah and what does it mean, then he will not know. Yes.
Read more ...

[CERPEN] YURAN

Oleh : Eddy (Brunei)

AKU duduk bersendirian dia atas batu di tepi pantai. Fikiran jauh melayang memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk membayar yuran persekolahanku. Cikgu Azlan, iaitu guru disiplin sekolahku sering kali mengingatkan kepadaku tentang yuran persekolahanku yang masih lagi belum berbayar.

Kini masuk ke bulan Mei, namun aku belum mampu membayarnya. Pelajar-pelajar yang lain sudah membayarnya pada bulan pertama persekolahan bermula. Hanya aku sahaja yang belum lagi menjelaskannya.

Hari itu aku tidak terus balik ke rumah. Aku ingin mencari ketenangan seketika. Aku malu pada guru dan juga teman-temanku. Bukannya aku tidak mampu membayar tetapi aku memerlukan sedikit waktu untuk mendapatkan wang. 

Ayah sudah lama meninggal dunia. Kini aku bersama dua orang adikku hidup bersama ibu. Ibu hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual nasi lemak dan kuih-muih. 

Pendapatan ibu pula tidak menentu. Ada kalanya jualan itu habis dan ada waktunya tidak. Dengan wang hasil perniagaan ibu digunakan untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

Mataku terus liar memerhatikan kawasan sekeliling pemandangan pantai itu. Kini kelihatan ramai pengunjung telah berada disitu. Ada yang berkumpul bersama keluarga, bermandi-manda, mengadakan aktiviti sukan dan sebagainya. Ada sebahagian ibu bapa pula sedang memerhatikan anak-anak mereka bermain di tepi pantai.

Burung-burung kelihatannya bergembira terbang ke sana ke mari bersama-sama teman seperti berkejaran sesama sendiri. Alangkah eloknya jika sekiranya aku seperti mereka. Fikir hatiku. Bebas daripada memikirkan masalah. Bebas dari segalanya. Boleh terbang sesuka hati dan merantau jauh ke negeri orang. Ah, lupakan saja.

Di sudut lain pula kelihatan nelayan-nelayan sedang sibuk menyusun barang-barang alat menangkap ikan untuk dinaikkan ke atas perahu mereka. Beberapa orang nelayan lain juga sibuk menurunkan perahu mereka dari trailer. Ada yang menggunakan kereta pacuan empat roda dan ada juga yang menggunakan kereta salon untuk mengangkat perahu mereka.

“Hai Lan. Termenung nak kahwin kah? Dari tadi melamun saja,” kedengaran suara usikan seseorang dari arah belakang.

“Eh, kau Jehan. Aku fikir siapa tadi,” tegurku sebaik sahaja menoleh ke belakang. Aku terus mengajak Jehan duduk disampingku.

“Apa yang kau fikirkan?” tanya Jehan inginkan penjelasan daripadaku. Dia seolah-olah dapat menangkap permasalahanku yang sedang aku fikirkan.

“Dilihat dari raut wajah kau, aku pasti kamu mempunyai masalah,” tambah Jehan lagi kerana ingin mengetahuinya.Dia ingin membantu.

“Sebenarnya aku mempunyai masalah tentang yuran sekolahku yang belum lagi aku jelaskan.Cikgu Azlan sering kali mengingatkan padaku. Jikalau aku belum menjelaskan hingga pertengahan tahun ini, aku tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan,” aku menerangkan masalah yang sedang aku hadapi. 

Mulanya aku agak keberatan untuk memberitahu perkara tersebut pada Jehan tetapi disebabkan desakan ingin tahu daripada Jehan, aku terpaksa luahkan juga kepadanya.

“Awakkan tahu tentang keluarga kau bukannya daripada keluarga yang senang. Pendapatan ibu pula tidak seberapa tertakluk pada hasil jualannya. Jika bernasib baik, boleh juga beroleh pendapatan hingga lima puluh ringgit sehari tetapi jika tidak sepuluh ringgit pun susah nak dapat,” aku menambah dan menerangkan mengenai pendapatan yang diperolehi oleh ibuku.

Kami diam seketika dan melayan fikiran masing-masing. Aku terus menikmati keindahan yang cantik di pantai itu. Kini semakin ramai pengunjung berada disitu. Kedengaran suara jeritan ibu bapa memanggil anak-anak mereka yang sedang mandi di pantai. Mereka nampaknya risau tentang anak-anak mereka yang bermain di air.Alunan ombak juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memainkan iramanya. Air yang nampak jernih itu menampakkan bintang-bintangkecil sedang berenang-berenang bermain bersama.

“Aku ada cadangan, itu pun kalau kau setuju,” tiba-tiba Jehan bersuara setelah sekian lamamembisu. 

Jehan membetul kedudukannya. Kini dia menghadap ke arahku.

“Apa dia cadangan itu,” aku bertanya pada Jehan inginkan penjelasannya. 

Aku tidak sabar mendengar cadangan yang akan beritahu olehJehan itu. Mataku beralih memandang wajah Jehan.

“Apa kata kita bekerja di kedai runcit Pak Cik aku. Pak Cik aku sedang mencari pekerja waktu ini. Kita boleh menolongnya selepas habis waktu sekolah,” Jehan memberitahu cadangan untuk bekerja di kedai pak ciknya.

“Cadangan itu bagus tapi aku tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Aku perlu memberitahu perkara ini kepada ibuku. Aku hendak meminta kebenaran daripadanya terlebih dahulu. Aku tidak mahu menyembunyikan perkara ini daripadanya.”

“Baiklah. Aku tunggu jawapan dari kau,” balas Jehan sambil berdiri kerana hendak beredar.

Kebetulan waktu itu jam menunjukkan pukul 5.30petang. Dia ada perkara lain yang perlu dilakukannya.

“Ibu, Lan ada perkara nak beritahu ibu,” aku memulakan perbualan ketika kami sekeluarga sedang menikmati makan malam. Sebelum meneruskan perbualan, aku meneguk air putih.

“Apa dia Lan”, tanya ibu padaku. Ibu menikmati makanan yang terhidang dengan begitu berselera.

“Sebenarnya Lana ada permintaan daripada ibu. Itu pun kalau ibu tidak keberatan. Lan nak bekerja tapi selepas waktu sekolah. Lan boleh juga membantu ibu dalam segi kewangan. Boleh juga Lan membayar yuran Lan yang belum lagi dijelaskan,” aku memberitahu ibu tentang keinginanku untuk bekerja.

Ibu diam dan berfikir seketika. Dua orang adikku pula begitu asyik makan ayam masak cili padi yang diberikan oleh jiran sebelah. Jiran sebelah memang baik hati kerana tidak lokek memberikan sedekah pada keluarga kami sama ada yang berupa makanan atau pun barang-barang keperluan.

“Kalau itu kehendak Lan, ibu tidak melarang asalkan Lan pandai membahagikan masa. Cuma satu sahaja ibu pinta, jangan mengabaikan pelajaran. Pelajaran adalah senjata utama untuk terus hidup Lan, ibu menyatakan persetujuannya sambil memberikan kata-kata nasihat buatku. Aku berasa senang dengan jawapan yang diberikan.

Ibu merasa terharu dan gembira mendegar penjelasan daripadaku. Dia tidak menyangka aku sudi membantunya dalam mencari sumber kewangan walaupun umurku baharu sahaja lima belas tahun. Ibu bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang baik dan hormat kepada orang tua.

Keesokkan harinya aku terus menuju ke dewan sekolah untuk berjumpa Jehan. Kebiasaannya Jehan akan berada di dewan sementara menunggu waktu belajar bermula. Pagi itu aku ingin menyampaikan perkhabaran gembira kepadanya.Tidak sabar rasanya aku ingin memulakan kerja di kedai runcit pakcik Jehan. Aku ingin mengumpul wang untuk menjelaskan yuran persekolahanku yang tertunggak.

“Hai Jehan. Awal kau hari ini,” aku memanggil Jehan dari luar dewan. 

Jehan tidak menyedari dengan kehadiranku. Jehan berhenti membaca dan meletakkan bukunya di atas meja.

“Aku setuju dengan cadangan kau kelmarin.Ibu aku pun dah setuju aku bekerja di kedai runcit pak cik kau,” aku memberitahu Jehan tentang tujuanku berjumpanya pagi itu.

“Kalau macam itu, petang nanti kita jumpa pak cik aku.”

“Baiklah, kita smaa-sama ke sana,” balasku.

Lonceng berbunyi menandakan kelas akan bermula. Aku dan Jehan bingkas bangun dan terus menuju ke kelas masing-masing. Persekolahan pagi itu berjalan dengan lancar. Cikgu Azlan tidak kelihatan. 

Selalunya dia akan melawat ke kelas-kelas untuk melihat persekitaran sekolah dan suasana pelajar-pelajar. Mungkin hari itu dia sibuk ataupun berada di luar sekolah. Aku risau jika Cikgu Azlam bertanyakan lagi tentang pembayaran yuran sekolahku.

Petang itu seperti yang telah dijanjikan, aku dan Jehan pergi ke kedai runcit pak ciknya. Kami berjumpa Pak Cik Hamdan dan menerangkan tujuan kami berjumpanya. Pak Cik Hamdan berasa gembira atas kesanggupan kami membantunya. Pak Cik Hamdan bermurah hati untuk memberikan kami gaji sebanyak $2.00 sejam.

Setiap hari selepas sahaja selesai sesi persekolahan, aku dan Jehan terus sahaja bekerja di kedai runcit Pak Cik Hamdan. Hari Jumaat dan Ahad, kami akan bekerja dari pagi hingga petang. Di musim cuti persekolahan pula, kami akan bekerja setiap hari. Aku semakin seronok bekerja di kedai Pak Cik Hamdan.

Beberapa bulan bekerja di kedai runcit Pak Cik Hamdan, aku telah dapat mengumpulkan wang hasil dari titik peluhku sendiri. Baharulah aku tahu betapa susahnya mencari wang. Begitulah juga kesusahan emak mencari wang buat perbelanjaan kami sehari-hari. 

Fikiranku melayang jauh bersendirian dan di dalam hati berasa gembira dengan hasil wang yang aku perolehi. Hasil daripada wang gaji yang dikumpul, aku akan gunakan untuk menjelaskan yuran persekolahanku dan selebihnya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Hari ini aku pergi ke sekolah dengan penuh kegembiraan. 

Aku hendak berjumpa dengan Cikgu Azlan untuk menjelaskan wang bayaran yuran persekolahanku yang tertunggak. Sebelum kelas bermula pagi itu, aku terus pergi ke bilik pentadbiran untuk mencari Cikgu Azlan.  Sebaik sahaja sampai di depan pintu biliknya, aku terus mengetuk pintu sambil memberi salam. 

“Assalamualaikum cikgu.”

“Waalaikumsalam,” kedengaran suara Cikgu Azlan membalas daripada dalam biliknya.

Tanpa arahan daripada Cikgu Azlan, aku membuka pintu dan melangkah masuk dengan perlahan. 

Kelihatan Cikgu Azlan sedang sibuk memeriksa fail-fail pelajar. Suasana biliknya agak sunyi dan hanya kedengaran ketukan kecil jam dinding yang memainkan peranannya yang penting dalam mengira masa, tanpanya kita tidak akan tahu waktu-waktu yang tertentu.

“Awak Mazlan. Silakan duduk”, Cikgu Azlan mempelawaku duduk.

“Terima kasih cikgu,” jawabku ringkas.

“Ada apa Mazlan berjumpa cikgu pagi ni,” tanya Cikgu Azlan. 

Tangannya masih lagi ligat menyusun fail-fail yang berselerak dimejanya.

“Saya berjumpa cikgu ni kerana hendak membayar yuran persekolahan,” terangku dengansopan. 

Kini meja Cikgu Azlan kembali kemas. Ada beberapa keping kertas tersusun dimejanya.

“Oh… nampaknya selepas ini cikgu tidak akan sering berjumpa kamu,” beritahu Cikgu Azlan sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. 

Cikgu Azlan seorang guru yang baik hati tetapi tegas dalam disiplin.

“Baiklah, kita pergi ke bahagian kewangan,” ujar Cikgu Azkan sambil berdiri dan bergerak meninggalkan biliknya. Aku juga turut mengikutinya dari belakang.

Aku berasa gembira dan tidak perlu risau lagi kerana dapat menjelaskan wang yuran persekolahanku. Ini bermakna aku akan dapat menduduki peperiksaan kelak. Aku akan belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Tajuk asal cerpen ini ialah : Elaun
Read more ...
© 2008-2017 PM Institute