ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 14 January 2014

AMAH INDONESIA MAUT TERJATUH PANGSAPURI DI PULAU PINANG

[ACP Gan Kong Meng]

Oleh : Bernama

GEORGE TOWN, 14 JANUARI 2014 – Seorang pembantu rumah warga Indonesia maut setelah terjatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pagi tadi dipercayai akibat tergelincir ketika membersihkan pangsapuri majikannya itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 ketika Anik Susanti, 33, sedang mengelap lantai berdekatan tingkap di dalam sebuah bilik.

Dia dipercayai terjatuh menerusi tingkap itu.

“Majikan mangsa hanya menyedari wanita itu terjatuh yang dipercayai akibat tergelincir dari tingkap ketika mahu memanggilnya untuk bersarapan,” katanya kepada pemberita.

Anik Susanti dikatakan baru sahaja bekerja di situ Rabu lepas.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute