ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 9 January 2014

BAHASA DAN BANGSA

Oleh : AJ 

"SEMAKIN DI DEPAN"
"SATU HATI"

Antara dua perkataan yang biasa aku lihat pada jentera dua motosikal ini. Melihat perkataan tersebut digunakan di peringkat sukan antarabangsa, aku mula terdetik dan bertanya. Siapakah gerangan orang Melayu yang cukup berani mengangkat bahasanya di peringkat sebegini? Kerana kebiasaanya jikalau melibatkan tujuan penajaan, pastinya syarikat-syarikat koprat tempatan lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai strategi pengiklanan mereka.

Bagi mencari jawapan, aku mula melakukan kajian dengan kaedah paling mudah iaitu mencarinya di Google.

Amat memeranjatkan sekali apabila pemilik slogan 'Semakin Di Depan' itu merupakan syarikat Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) yang menjadi syarikat pengeluaran motosikal Yamaha bagi pasaran Indonesia.

Jadi sangkaan aku selama ini menyangka bahawa Petronas merupakan pemilik slogan tersebut ternyata meleset.

Manakala Slogan 'Satu Hati' pula merupakan slogan yang digunapakai oleh Astra Honda, Syarikat subsidari Honda yang mengeluarkan jentera Honda bagi pasaran Indonesia. Namun begitu penggunaan slogan 'Satu Hati' tidak lagi digunakan pada jentera Honda sebaliknya digantikan dengan 'One Heart' pada musim berikutnya.

Apapun tabik spring padaku buat warga Indonesia, kerana kalian amat mencintai, mengkagumi, dan mengangkat maruah Bahasa Indonesia. Tidak seperti kami di Malaysia. Semuanya malu Berbahasa Melayu malah sibuk nak mengangkat Bahasa Inggeris dan Mandarin. Malah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS sendiri tidak berani mendepankan Bahasa Melayu ke peringkat seperti ini. Malah dalam sesetengah kes, PETRONAS kelihatan lebih mendahulukan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin daripada penggunaan Bahasa Melayu. Contohnya seperti dibawah ini.

Sumber :
http://yamahamotogp.com/sponsors/semakin-di-depan.php
http://bokunosekai.wordpress.com/2011/04/03/indonesia-language-in-motogp/
http://motomatters.com/news/2010/11/04/a_hint_of_the_future_repsol_honda_team_a.html
http://world.honda.com/HRC/repsolhondateam/news2010/20101104/
http://www.dapurpacu.com/slogan-satu-hati-menghilang-dari-motor-pedrosa-dan-marquez/
http://www.petronas.com.my/Pages/default.aspx

4 comments:

  1. Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...


    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  3. Anak muda Melayu kita yg. SEJATI! Alhamdulillah!

    Malangnya Petronas ini makin diJAHANAMkan si liberal Islam/Melayu termasuk penyamaq Islam/Melayu, yg. seolah MENGGADAI identiti dan hak Islam/umatnya, yg. termasuk Bumiputera Melayu!

    Dan si Islam/Melayu liberal mcm. ni selalunya malu nak baca akhbar Melayu kat tpt. awam - siap TERHEGEH dgn. akhbar Inggeris yg. dikuasai si liberal atau si Kapir, terutamanya Evangelis Star atau the Sun! Dan ramai jenis liberal ini juga sibuk kumpul dgn. megah-mcm-PENYANGAK barnagn keluaran hard rock cafe, yg. kononnya glamour!

    Dan anak-anak muda mereka pun malangnya terus TERHASUT budaya Barat-Zionis - jadi lagi satu jenerasi liberal Islam/Melayu mcm ni! Maka hancoqlah Tanah Melayu NUSANTARA PUSAKA kita ini sbg. NEGARA ISLAM!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  4. Kat malaysia ni kalau nak lihat Bahasa melayu di martabatkan di peringkat tertinggi pergilah ke IKEA, semua perkataan di tulis dalam Bahasa Melayu dgn besar dan jelas,manakala Bahasa Ingeriss dalm terjemahan kecil,Bahasa lain tak ada langsung.tabik pada pengurusan dan falsafah IKEA sebuah syarikat asing yng bangga menggunakan Bahasa Melayu.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute